SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, September 18, 2009

ONCE UPON A TIME IN KG LONGOB

Pada waktu itu saya masih budak2 lagi. Hingus masih meleleh keluar dari hidung dan deras masuk balik apabila disingut (Apakah istilah yang sepadan dengan singut ni dalam BM?). Saya masih ingat banyak permainan yang menyeronokkan di kampung pada ketika itu. Seperti sudah diatur, setiap permainan ada musimnya tersendiri.

Kalau musim main gasing, satu kampung budak2 masing2 ada gasing dan hampir setiap halaman rumah ada 'gelangang' untuk bermain gasing. Begitu juga dengan main guli, main getah, main 'tapak' dan macam2 lagi permainan yang lain. Ada juga permainan yang lebih dasyat. Antaranya, main katub (meriam buluh). Musim bermain katub ni seringkali menjadi amalan menjelang dan di musim2 perayaan, terutamanya Hari Raya.

Kg. Longob bolehlah dikatakan mempunyai penduduk yang majmuk dari segi anutan agama; Ada Kristian, Islam, dan Pagan. Namun apa perayaan sekalipun akan disambut oleh semua penduduk kampung dengan meriah. Kanak2lah yang paling 'bersemangat'.

Pada suatu senja yang hening saya bersama dengan beberapa rakan bermain katub dekat sungai Longob. Kalau diimbas kembali sukar untuk saya gambarkan kemahiran kami bermain katub pada ketika itu. Apa yang pasti katub tatap malatop. Tapi tidak tahu apa kurangnya katub kami pada senja itu. Buluh yang dibuat katub tiada masalah. Tempat pembakaran pun ok. Bahan api dan minyak pun ada. 'Peluru' pun sudah tersedia di muncung katub.

Ketika rakan2 saya mengijos (memperbetulkan) katub kami dan cuba menghidupkan api, saya pergi ke muncung katub untuk melihat dan berhajat untuk mengeluarkan 'peluru', sementara  katub masih belum berfungsi. Ketika saya cuba memasukkan sebelah tangan saya untuk mengeluarkan peluru tin sardin kosong King Cup dari mulut katub, tiba2 katub tersebut berdentum dan melancarkan 'peluru'nya yang sempat menyinggah di jari kelingking tangan kanan saya.

Waduh! Pertama saya terkejut. Kedua jari kelingking saya luka terkena penangan tin sardin yang termuntah dari mulut katub. Mujur luka tidak terlalu dalam dan tidak ada urat yang putus. Pada mulanya saya tidak berasa sakit, tapi apabila saya melihat darah keluar, saya terus menangis dan balut tangan saya dengan baju.

Saya terus beredar menjauhi katub dan membiarkan rakan2 terus bermain. Apabila darah sudah berhenti keluar, saya balik ke rumah pura2 seperti tidak ada apa2 yang berlaku, tapi luka di jari tidak dapat disembunyikan. Akhirnya bapa sedar dan turut memberikan saya 'gaji' atas pencapaian saya bermain katub. Sudahlah luka di jari, kaki saya juga kena rotan. Alala...

Sejak dari hari itu, saya tidak pernah lagi bermain katub sampailah sekarang. Luka di jari sudah sembuh, bahkan parutnya pun sudah tidak kelihatan lagi. Namun pengalaman pahit bermain katub menyedarkan saya bahawa ada permainan yang berbahaya dan ada permainan yang kurang berbahaya. Begitu juga, setiap permainan ada peraturan yang tidak boleh dilanggar dan harus berhati2 apabila bermain.

Ketika saya di universiti, ada seorang profesor kesihatan dan keselamatan persekitaran berkata, "Malang memang tidak berbau, tapi ia boleh dielakkan, dan risikonya boleh dikurangkan."

Nota: Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kita semua, dan beringatlah di musim perayaan ini. Maaf Zahir Batin

3 comments:

SANGURU said...

mcm2 "ajangan" (ditempuhi/dirasai) main katub ini. Hangus kening la, melecur la, kena marah la, kena rotan la...
Semua itu kenangan. Blh jg dianggap sosialisasi yg amat berkesan...

maikong said...

tapi bermain mercun/katub adalah kemestian dlm setiap perayaan kita ..tidak kira apa bangsa..walaupun ia amat sekali merbahaya...
sekarang hariraya..tengok saja bila hari krismas..dan lagi tahun baru cina..lagi hebat..

kyro said...

Aikk doc,pandai juga pula ko main katub...hehehe...itu tin sardin mimang dia punya piluru itu hahaha....
kami dulu kicik2 pun main katub sampai terbakar rambut om kirop.Hari raya org lain lawa2 sia tiada kirop hehehe...