SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, September 9, 2009

PECAH KACA PECAH GELAS, HABIS BACA...

13/03/2009 12:17pm
KOTA KINABALU 13 Mac – Seorang pemilik kedai telefon bimbit didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi komen-komen dalam blog yang menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Dalam pendakwaan kira-kira pukul 9 pagi itu, tertuduh, Rutinin Suhaimin, 35, yang berasal dari Kundasang, Ranau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Hakim, Ummu Kalthom Abdul Samad memutuskan tarikh 25 dan 26 Mei ini perbicaraan kes tersebut.

Tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan deposit sebanyak RM5,000 bersama dua penjamin dari Ranau dan Kota Kinabalu. - Utusan

***

Saya paparkan kembali berita ringkas dari Utusan di atas sebagai satu peringatan kepada para pengomen dalam blog SAM bahawa anda bertanggungjawab atas setiap komen sensitif yang anda kemukakan (samada komen artikel blog atau dalam chatbox). Lebih2 lagi blog SAM yang sudah semakin berprofile tinggi.

Meskipun mungkin hanya menggunakan nama anonymous dan yang seumpama dengannya, bukan juga terlalu susah untuk dicari jika memang perlu dicari oleh pihak berkuasa kerana kesalahan menghina, menghasut, dan memecah-belahkan perpaduan negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum, anutan agama, serta fahaman politik.

Mengemukakan masalah rakyat dan kebobrokan (meminjam kata2 Sanguru) di sana-sini tidak akan memecah-belahkan perpaduan kaum. Ia hanya membuatkan orang yang patut buat kerja supaya buat kerja elok2, agar rakyat senang kerana DIDAHULUKAN dan para pemimpin juga senang kerana PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. :)

Nota: Sekadar ingatan buat kita semua (dalam SAM dan luar SAM). Buat sahabat2 SAM; tidak perlu telalu melayan karenah pengomen yang melampau sehingga membuatkan diri kita terjebak dengan perangkap psikologi. Masing2 bertanggungjawab dengan perkataan sendiri.

5 comments:

SANGURU said...

sudah baca maka dibalas: Ngam betul. Sama2 kita berhati2, jgn ikut rasa, jangan ikut hati. Setakat ini saya yakin SAM tidak menyalahi etika penulisan sama ada secara elektronik atau massa. Kekalkan.

Little Mike (LM) said...

membalas komen dengan cara yang betul tidak akan menjerumuskan etika penulisan ke gaung provokasi... elakkan perkataan mencarut, menghina, hentam keromo, pasti tulisan akan terarah dengan cara yg betul

Sulaiman Hanim said...

Yah saya sengat2 bersetuju tu LM menulis dan komen dengan fikiran dan akal yg sempurna pasti tidak ada salahnya...D samping itu juga kepada Pihak Kerajaan yg bertanggung jawab kepada Dunia Cyber ni (Tok Rais Anak Yatim)janganlah hal2 yg sekecil mana pun mau d perbesarkan...Itu mengampu tu namanya pada Bos 1Malaysia
...Kita boleh bah berfikir dan merasakan apa yg d utarakan oleh Rakyat khasnya anak2 muda zaman kini...Tengkap menangkap ni bukanlah 1 jalan yg terbaik d lakukan oleh pihak BE END (Kerajaan Malaysia).Mungkin itu adalah satu teguran dan kritikan Rakyat jelata Negara Malaysia. Jika kebebasan bersuara pun sudah d manipulasi oleh pihak Kerajaan maka inilah yg membinasakan Kerajaan itu sendiri....D samping Pemimpin yg suka membodek Pemimpin (Bos....Lihat sehaja Syed Kecik dengan Tun Datu Mustapha d tahun 1970an dulu...Mcm mana Kerajaan USNO dulu? Kecundangkan...Kerana pada masa tu teguran dan berambut panjang pun d tengkap d atas arahan Pemimpin yg kuat membodek....

SANGURU said...

kunjungan dan titipan komentar sdr Hanim sering menyegarkan SAM...x semestinya SAM sependapat namun SAM mmg mengalu2kan...
Selamat bersahur sdr.

Umar al-Longobi said...

kalau ada siapa yg ada masa, bagus juga tulis berkenaan akta2 yg berkaitan selain 8 yg pernah sy tuliskan sebelum ini. akta2 baru dan yg telah dipinda mungkin tidak termasuk di dlm senarai 8 itu.