SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, September 18, 2009

Pengalaman Zaman Jepun

Hahaha jangan terkejut...saya tidaklah se Tua itu.Pengalaman ini sebenarnya adalah sebahagian daripada apa yang di lalui oleh almarhum bapa saya sewaktu perang dunia kedua atau tepatnya musim jipun kata orang Sabah. Almarhum bapa saya Kee Abdul Jalil Abdullah dilahirkan pada 23 Oktober 1919 hasil perkongsian hidup antara Kee Kim Swee @ Kee Abdullah dengan Jumatiah Binti Sheikh Ami Maideen.Dilahirkan serta dibesarkan di Tawau,Sabah; bapa kemudian menjadi guru pada tahun 1935.Memandangkan di ketika itu bilangan guru masih terlalu kurang maka bapa selalu berpindah-randah mengikut arahan pemerintah The British Chartered Co yang memerintah North Borneo ketika itu. Kerana tugas bapa akhirnya berpindah ke Kudat pada tahun 1940an dan berkenalan dengan salah seorang pekerja yang bekerja di pejabat residen Kudat ketika itu iaitu Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun.Mempunyai hobi yang sama iaitu bermain alat muzik terutama sekali biola maka kedua mereka menjadi sahabat karib. Persahabatan mereka tidak terhenti disitu.Walaupun sibuk dengan tugas harian mereka masih mempunyai masa untuk menganggotai kumpulan bangsawan dan seringkali membuat persembahan pentas sebagai penggesek biola.Namun waktu senggang bermain muzik tidak disia-siakan, mereka mengambil kesempatan ini bertemu kawan-kawan sambil meniupkan semangat kemerdekaan dikalangan rakyat tempatan. Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun telah menubuhkan pasukan tentera bawah tanah (gerilla) untuk menentang penjajah.Kata bapa pernah sekali Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun tidak turun bekerja selama 3 bulan kerana sibuk dengan tugasnya sebagai gerilla.Ketika beliau muncul di pejabat selepas 3 bulan cuti beliau mengenakan kaca mata hitam.Bila disoal kenapa lama tidak hadir ke pejabat jawapan beliau mudah saja " saya sakit mata tuan".....hehehe pintarkan,orang putih tidak berani buka kaca mata dia nanti terjangkit sakit mata.Hahaha Begitulah mereka meneruskan perjuangan secara diam-diam.Namun ketika tentera jepun datang menyerang kedua-dua mereka telah menjadi tawanan.Bapa berjaya melarikan diri manakala Tun berjaya menawan hati tentera jepun dengan gesekan biolanya.Mereka terpisah. Bapa terus melarikan diri tidak tahu kemana arah hendak dituju yang penting bebas dari tawanan jepun. Lari punya lari entah macamana bapa sampai di Tandek.Apa yang bapa ingat ialah dia telah menghanyutkan dirinya dengan berpaut pada sekeping papan di sungai Tandek.Beliau tidak bersendirian.Seorang lelaki tionghua ada bersama namun keadaan tidak mengizinkan mereka berkenalan,bapa hanya menggelar orang itu sebagai si kajam mata berdasarkan matanya yang selalu terpejam-pejam. Bapa dan si kajam mata walaupun bersama hakikatnya mereka membawa haluan masing-masing.Bapa meneruskan perjalanannya sejauh mungkin ke atas bukit agar tidak dapat di jejaki oleh tentera jepun.Namun deria tentera jepun dapat menghidu dan terus mengejar.Bapa bersembunyi dalam belukar sambil berdoa memohon perlindungan dari yang maha kuasa.Kata bapa mujur ajalnya belum sampai tapi kecut perutnya ketakutan tidak dapat digambarkan.Apa tidaknya tentera jepun yang mengejar bapa melibas-libaskan pedangnya betul-betul diatas kepala bapa. Kuasa Allah swt tentera jepun beralih dan meninggalkan tempat persembunyian bapa.Sepasang suami isteri orang bukit menyelamatkan bapa.Mereka mengajak bapa pulang kerumah mereka dan membantu merawat luka-luka dibadan bapa.Ketika melarikan diri bapa sudah tidak berkira lagi,ranjau dan duri semua dia redah akibatnya badannya habis calar balar dan luka. Agak lama juga bapa tinggal bersama orang bukit itu.Bila sembuh beliau meneruskan perjalanan dan kali ini turun semula ke tanah rata.Entah bagaimana beliau dapat bertemu semula dengan Tun.Kata Tun dia hendak ke Ongkilan.Dia hendak menyelamatkan adiknya yang menjadi tawanan jepun.Pada masa itu Ongkilan merupakan tempat dimana tentera jepun memancung kepala tawanan mereka. Bapa ikut sama bergegas ke Ongkilan dengan harapan dapat menyelamatkan adik Tun.Namun sudah takdir agaknya ketika Tun dan bapa tiba tentera jepun memenggal kepala adik Tun tepat didepan mata.Dan kehadiran mereka disedari tentera jepun.Dengan pantas mereka menembak kearah bapa dan Tun.Dan sepantas kilat juga Tun mengarahkan bapa supaya berlindung dibelakangnya sementara Tun hanya menghulurkan kedua-dua tangannya seolah-olah menahan sesuatu. Maha suci Allah swt....kata bapa dia tidak tahu ilmu apa yang ada pada Tun tetapi yang pasti peluru yang ditembak bertubi-tubi kearah mereka bertukar cair menjadi air.Ini bukan mitos, ini adalah satu kenyataan yang tidak tercatat dalam buku sejarah namun itulah antara kelebihan Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun - Bapa Kemerdekaan Sabah. Akhir kata SELAMAT HARI MALAYSIA KE 46

10 comments:

SANGURU said...

Ini memang bukan MITOS. Tun mmg suka "merayau" di Tandek. Hampir2 dia kawin babu/makcik kita. Hehe...
GPS Tandek (sekolah tertua d KM, 1936) juga atas bantuan Datu Harun ayah Tun.
Almarhun ayahanda kyro jua cintakan Tandek dan ada tempat d hati warga Tandek.Zaman dulu2 memang sengsara namun kesengsaraan itulah mendewasajan mereka seterusnya membentuk diri kita sekarang..
saya pasti kisah ini baru part I, maka ada II, III...nya. Kami menanti tau!

maikong said...

wah pn kryo, bersemangat saya setiap kali baca entri kryo...ada baiknya pula jipun ini ya..klu inda manakan kita bersua dlm SAM..
selamat menyambut hari kemerdekaan sabah dan selamat hariraya..tq

kyro said...

Betul tu Maikong,gara2 itu jipun la bapa saya sampai di Tandek dan kawin org Tandek hehehe

Sangguru...part ii nantilah lepas hari raya.Bising sudah anak2 aku membawa shopping...hehehe

Mr. Aki Abad 21 said...

inda siuk ini cerita kalau inda kasi abis ba... kasi sambung lagi ini cerita aaaaaaa mr.aki suka ini cerita. SALAMAT ARI RAYA,

ison said...

Nostalgic betul ni. :)

kak jayn said...

part TUN berilmu tu memang well-known...yang parang/pedang pandai terbang itu....hehe..yang part si aki kasi tapuk Tun di bawah kandang babi itu lagi Kyro?

JMimie said...

seperti biasa...siuk baca coretan puan :)

SANGURU said...

parang/pedang terbang tu milik org tingkalanon, tandek. Entah kemana suda. Kami sedang menjejaki. Klu ada sesiapa yg tahu, harap hubungi sy bg pihak keluarga empunya. Tq.
mcm2 ada dlm SAM. Hehe

SANGURU said...

jika baca sejarah masa silam, KM dan Tandek ni bkn alang2 nostalgianya, itulah sebenarnya sebab mengapa saya gerigitan betul bila KM dipandang sebelah mata...mcm la org2 KM ni kunsikang talampau. Hehe...
HIDUP KM!

Anonymous said...

Tahniah dan terima kasih Kyro d atas petikan Cerita pre Sejarah daripada Ayahanda Kyro tu...Itulah satu2nya Sejarah perjuangan yg kita hormati dan kita sanjung tinggi selaku anak d bawah kemerdekaan bumi Sabah ini...Kita tidak mau orang2 yg baru saja sampai/datang d bumi kita ini dengan tidak ada kena mengana dengan Negeri kita ni senang2 mengambil peluang dan kekayaan dengan mudah d atas Perjuangan nenak moyang kita yg berkorban untuk Bumi pertiwi Sabah d Bawah bayu ini....Saya berharap kepada anda dan anak SAM menulis dan terus menulis tentang pre sejarah Kemerdekaan negeri kita Sabah ini...Supaya Rakyat Philippine,Indonesia,Pakistan dan India yg d berikan Mykad semudah mendapatkan sebiji pasir d jalanan tu boleh tau betapa siksanya perjuangan Nenek moyang kita dari Penjajah d masa dulu...Sekarang Osman Jamal Pengarah JTDU tu senang2 saja memberikan Tanah pamah kita kepada Company dan suku sakatnya d Pantai Timur....Fikir2kan lah wahai Anak Sabah....