SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, September 11, 2009

Pinjamkan Kami Naluri Ibu Mu

Dia mengumpul anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Insan ini yang bernama ibu, yang tahu mengasihani anak-anaknya dengan naluri keibuan yang tepat. Tidak termungkinkan kita dapat menyanggah betapa maksud air mata ibu yang tumpah itu adalah keajaiban yang bisa menyembuh dan jalan terang bagi anak-anak. Benarlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Kita tidak pernah tahu sabar dan ketabahan seorang ibu yang tersembunyi di lipatan waktu. Kita cuma mengerti ibu tersenyum tapi itu adalah goresan derita yang tidak pernah gagal untuk bersujud kepada-Nya memohon kesejahteraan bagi anak-anak. Kalau anak-anak ingin tahu erti kedamaian yang berseri di ruang rumah kecil, ketemukanlah kematu di kakinya. Perhatikan garis-garis usia yang berketar di hujung jemarinya. Di sana ada cerita yang bisa tidak terjawabkan oleh air mata. Dunia pun gentar oleh goncangan buaiannya. Kini... engkau ibu telah mengangkat panji di medan perang memimpin bala tentera . Dan bila palu genderang berhenti taktha kerajaan itu milikmu Engkau kini bukan lagi mengumpul anak-anaknya di ruang rumah kecil. Doa mu kini bukan lagi sekadar kesejahteraan sang suami dan anak-anak. Ibu, engkau kini memimpin anak-anak bangsa. Munajat doa mu kini berjubahkan keringat dan ratap tangis yang berzaman terabai di rimba harapan. Lalu seru kami dari empat arah mata angin. Tangisan dari terbit matahari sehingga ratap yang terkumpul di hujung rona senja ,sentuhlah itu dengan naluri keibuanmu yang tepat. Jika engkau tidak gagal membahagiakan ruang rumah itu, engkau juga tidak mungkin terabai melihat ruang desa yang hanyir oleh luka-luka yang tidak pernah sembuh. Engkau sudah melihat retak yang merekah di tulang bangsa , dimamah oleh kesombongan dan keangkuhan para pembesar yang dulunya menagih simpati di ceruk denai. Demi pedih dan luka yang sudah tidak tertanggungkan di bahu kami, PINJAMKAN KAMI NALURI IBUMU dan kami akan kembalikan kepadamu anak-anak bangsa yang tahu bersyukur...... Luka ini HARUS jangan bertambah dalam.

4 comments:

Umar al-Longobi said...

tangan yg menghayunkan buaian, pastinya bisa menggegarkan dunia. namun... dunia itu tidak akan bergegar jika hayunan belum dimulakan. dunia itu tidak akan bergegarr jika lenggok hayunanmu sumbang. dunia itu tidak akan bergegarrr jika si penghayun itu dimabukkan oleh dunia. ayuh ibu, dekati buaian itu. gerakkan tanganmu dan capai buaian itu. dodoikanlah anak itu dgn kasihmu...

NONG said...

LMike, suatu hasil penulisan penuh simbolik yang berjaya membawa bermacam perasaan dalam diri saya sebagai rakyat dan anak..
Dan itulah YB kita d Tandek sekarang. Seorang dengan naluri seorang ibu.
Keprihatinan beliau sangat2 saya sanjung. Naluri keibuan beliau bawa dalam kepimpinanya dan itulah yang kita dahagakan selama ini.
Kepimpinan bukan sahaja fokus atas nama seorang pemimpin semata2 tetapi membawa sama naluri kekeluargaan itu.

Sifat2 YB.Puan Anita Baranting ini boleh saya samakan dengan sifat2 mantan Perdana Menteri kita iaitu Tuna Abdullah yang begitu kasihkan rakyatnya seperti mana dia mengasihi keluarga dan anak2nya dan
memimpin kita seperti 1 keluarga.

Saya percaya kemunculan YB Pn.Anita Baranting sebagai YB pertama wanita sejak sekian lama akan membawa impak besar kepada penyatuan masyarakat kita juga kepada perubahan setempat. Dan kita sebagai rakyat harus menyokong dari pelbagai aspek termasuklah teguran2 membina untuk penambah baikan.

Dampingi beliau dengan penuh ikhlas, penuh kasih sayang dan penuh setia.

Harapan saya, semoga perjalanan politik beliau akan terus mantap dengan pelbagai idea2 untuk membangunkan masyarakat kita sejajar dengan misi beliau untuk membawa kawasan kita ini keluar dari garis kemiskinan. Semoga semua ini akan dimakbulkan Tuhan yang esa.

Sebagai rakyat yang cintakan pemimpin dan mahukan suatu 'keajaiban'..saya meminta kepada YB kita supaya jangan segan dan jangan belakangkan untuk meminta pendapat daripada kalangan intelek & anak bangsa diluar ini untuk membuat suatu keajaiban.Kerana saya percaya dengan cara berkongsi idea dan perancangan akan mampu menguatkan perpaduan dan mencapai segala kemahuan yang termampun
Kami sentiasa menyokong secara langsung dari belakang.

Salam 1Malaysia & Salam Perpaduan

MindaGuru said...

yaa..Lmike peranan wanita sangat istimewa..ada orang kata di belakang kejayaan lelaki kerana ada wanita, disebalik kegagalan para lelaki juga kerana ada wanita. Jadi wahai kaum ibu.. jadilah pemangkin kejayaan dan bukan sebaliknya...

Nong..tahniah kerana berjiwa ibu yang melihat keistimewaan wanita dan ibu lain..

SANGURU said...

mana2 wanita yg sesuai jd pemimpin, silakan memimpin, mana yg lebih sesuai jadi isteri dan ibu jadilah isteri dan ibu. Lelaki pun demikian juga.
Wanita ada tempat yg sepatutnya demikian jua lelaki. Berada di tempat yg tak sepatutnya boleh mengundang kebobrokan. Saya ulangi : KEBOBROKAN:..