SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, September 1, 2009

POLITIK: Suara ini...

Salam merdeka dan salam perjuangan. Saya hanya sekali sekala memuatkan posting di sini. Bukan kerana terlalu sibuk. Bukan juga kerana sudah bosan. Cuma ikut timing saya sendiri. Saya lebih banyak membaca dan memikirkan buah fikiran rakan2 seperjuangan di sini. Saya agak tertarik dengan teori2 yang dikemukakan di sini khususnya yang berkaitan dengan gelombang politik semasa di daerah Kota Marudu. Saya melihat seringkali nama2 dalam SAM dikaitkan dengan pelbagai teori ini sambil dikatakan, "kamu jangan segan2 bah..." Saya paparkan catatan ini bukan mewakili suara ahli2 SAM yang lain, tetapi hanya diri saya sendiri yang seringkali juga menjadi 'mangsa' pelbagai teori ini. Saya paparkan pendapat peribadi ini di sini (SAM) hanya sebagai renungan kita bersama. Terus terang saya katakan, saya menipu kalau langsung tidak ada hati untuk menceburkan diri dalam politik. Salah satu juga sebab kenapa saya resign dari government ialah kerana terlintas juga di fikiran, "manalah tahu suatu masa nanti saya akan menceburi dunia politik." Walau bagaimanapun buat masa ini saya tidak banyak bersuara politik bahkan tidak melibatkan diri dalam mana2 pergerakan parti politik walaupun mendapat dorongan dari pelbagai pihak. Bukan kerana tidak mahu dan tidak tahu apa2. Bukan juga kerana segan dan pengecut. Cuma belum tiba timing yang tepat. Itupun jika saya memilih untuk akhirnya menceburi dunia yang penuh dengan pelakon dengan watak yang pelbagai ini. Terima kasih kepada teman2 yang tidak lupa menyebut nama saya pada setiap teori, tapi pada ketika ini, biarlah saya bersuara sendiri... Kepada teman2 lain yang sudah 'siap', silakan dan semoga berjaya dalam perjuangan. Jika memang sudah ditakdirkan, bertemu juga kita di sana akhirnya... Nota: Tak kan lari gunung dikejar. Cuma jika ingin mendaki gunung itu, jangan sampai sudah hampir hilang kudrat baru hendak bermula2. Renung2kan dan selamat berjuang... :)

5 comments:

SANGURU said...

tuan/kita perlu terus menulis kerana pembaca ingin baca tulisan tuan/kita. Sebagaimana tuan/kita ingin membaca coretan org/kwn2 kita.
T= tulus utk rakyat biarpn nmpk lain2..
U= unity. Utk perpaduan org kita
L= Lulus. Belum ada yg tekong kasi cancel tulisan staf sam. Hehe
I= ikhlas. Mmg kita ikhlas
S= sederhana. Yaa...ini yg paling SAM tittik beratkan...ini yg org suka SAM

ambaya said...

tulisan yang penuh makna namun mudah difahami...mungkinkah individu2 seperti Dr.Nellson dan Sanguru ini adalah antara individu yang akan membawa gelombang perubahan politik Kota Marudu akan datang?

gundohing km said...

...betul doktor, berkhidmat kpd masyarakat tidak semestinya perlu menjadi YB.. ,boleh juga melalui cara2 yang lain..

Umar al-Longobi said...

maknanya mereka mengetahui siapa yg perlu diangkat. benar, tidak perlu tergesa2. timingnya akan tiba juga. God willing...:-)

SANGURU said...

...aku bukan siapa2, namun dgn sedikit kapasiti yang ada, telahku usahakan untuk mengangkat mereka yg wajar diambil perhatian...dan secara diam/tidak langsung...kucuba mengilap permata bangsa...y? Kr aku memang ingin melihat perubahan dan kebaikan...