SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, September 29, 2009

RASUAH....APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN

Oleh MindaGuruSabah ( Penulis Tamu SAM)

>> SELASA, 2009 SEPTEMBER 29

Dalam satu laporan akhbar bertarikh 27 september 2009, dinyatakan Indeks Persepsi Rasuah di Malaysia sekali lagi merudum, pada tahun 2007 indeks persepsi rasuah negara pada kedudukan ke-43, manakala 2008 ia jatuh lagi ke tangga 47. Singapura adalah antara tiga negara di dunia yang paling bersih dari gejala rasuah. Menurut akhbar ini juga negara kerugian kira-kira RM10 bilion? setahun akibat perbuatan rasuah. Kita bayangkan jika RM10 bilion itu digunakan untuk membantu rakyat. Nah.. bagaimana kita dapat membantu mengurangkan gejala buruk ini;
  • Jika anda seorang ulamak, imam, padri, pastor, sami atau apa sahaja gelaran anda, ajarlah bahawa rasuah itu "dosa", war-warkanlah kepada umat manusia memberi makan pada anak-anak atau orang tua hasil rasuah akan menyebabkan "kutuk"akibat rasuah turut terpalit pada keluarganya. Jika anda berpeluang menyampaikan ajaran agama di masjid,surau, gereja, kuil dan sebagainya, selitkanlah bahawa rasuah itu "musuh negara".
  • Jika anda seorang pendidik, ajarlah murid-murid tentang bahaya"najis rasuah". Jikapun anda bukan guru agama, sivik, pendidkan moral, tetapi bukankah pendidikan nilai murni itu merentasi kurikulum dan kokurikulum?. Salah satu elemen terpenting dalam nilai murni ialah membenci dan jijik terhadap perbuatan rasuah.
  • Jika anda seorang ibu atau bapa ataupun bakal ibubapa tanamkanlah cara berurusan dan berurusniaga yang bersih, sihat serta mengikut hukum agama dan negara pada anak-anak. Anak-anak harus diajar perbuatan memberi dan menerima rasuah"sama sahaja takarannya". Implikasi buruk perbuatan rasuah pada negara, keluarga dan diri sendiri perlulah diterapkan pada anak-anak. Ia harus dilakukan sejak anak-anak itu masih kecil agar apabila dewasa, sikap jujur, ikhlas dan benci rasuah jadi amalan mereka
  • Jika anda seorang kakitangan kerajaan atau swasta, laksanakan tugas dengan penuh integriti berasaskan "Bersih, Cekap dan Amanah". Bukan dengan omong-omong sahaja tetapi secara praktik. Jangan jadikan kata2 saya benci rasuah atau rasuah musuh negara hanya sebagai slogan penghias dinding pejabat tetapi hiasilah jiwa anda dengan kata2 ini dan lafazkan melalui perbuatan. Ya jangan terima pemberian yang bukan hak anda. Walaupun manusia tidak melihatnya tetapi Dia mampu melihatnya walaupun di tempat tersembunyi.
  • Jika anda politikus atau tokoh terkenal atau bakal politikus jadilah seorang yang bersih, berpegang pada agama yang membenci rasuah. Jangan sekadar pada musim perayaan sahaja anda kelihatan "alim bak malaikat", tetapi biarlah seumur hidup. Tuhan telah berikan kedudukan yang tinggi pada anda untuk berkhidmat kepada rakyat juga mewakiliNya membantu rakyat. Jadilah idola yang terbaik kepada anak-anak muda dengan cara kerja yang berintegriti, transperan, bersih dan amanah .
  • Jika anda cintakan negara, mari kita tanamkan sikap bermusuh dengan perbuatan rasuah. Elakkan terlibat samada memberi atau menerimanya kerana hukumnya tetap salah.Jika anda tercari-cari seorang idola atau " role model",jadikan mereka yang tulus, jujur, bersih, bersemangat tinggi yang berjaya dalam hidupnya dengan cara baik dan tidak terlibat dalam memberi atau menerima suapan sebagai idola. Jangan sekadar " kabur mata dan buta hati " menjadikan orang-orang jutawan yang kita tahu mendapatkan kekayaanya dengan penuh penipuan serta bergelumang dengan rasuah sebagai idola anda.
Teman2 saya bukan mengajar sekadar berkongsi tentang bahaya perbuatan makan suap terhadap diri, keluarga, bangsa dan negara kita. Mari kita mulakan kebencian terhadapnya, bukan esok tetapi hari ini, bukan oleh orang lain tetapi kita. Mari kita sama-sama "belajar"hidup dan beragama tanpa rasuah sebagai amalan.

8 comments:

SANGURU said...

bagus. Ada faedah.

Umar al-Longobi said...

Rasuah pemusnah ekonomi negara!

Little Mike (LM) said...

ketika ayah masih hidup, kata-kata ini tidak pernah gagal diucapkannya bila saya mengambil waktu serius berbicara satu dengan satu...

'Inilah yang numbur satu masalah betul-betul pemusnah.. kalau sudah pandai main rasuah, fikiran susah mau jalan betul. Cuba la ba kalau sembunyi-sembunyi main rasuah, kalau bukan sekarang, TETAP nanti kena juga. Jadi la mcm naga putih (saya pernah bermimpi naga putih berjalan lurus merentangi sungai luas dan mengisahkan kepada bapa mimpi tersebut). Mana ada naga boleh berjalan lurus, sedangkan naga tabiat ikut cerita bingkuk-bingkuk dia jalan.. jadi, BERJALAN LURUS la...'

setuju dengan artikel mindaguru dan sama-sama la kita menolak rasuah dan BERJALAN LURUS...

Sulaiman Hanim said...

Pendangan peribadi saya adalah,Rasuah memang musuh segala galanya...Cara merobah/ menghentikannya yg sebaik mungkin adalah dengan dari ajaran dan bimbingan (Breeding)keluarga (Ortu)kita sendiri khasnya Agama...D samping itu juga Kementerian Pendidikan WAJIB memasukkan d dalam subjek pembelajaran (D dalam mata pelajaran Sivik) seharian. Apa yg saya perhetikan Pembanjiran dan kedatangan PTI d Negeri ini sedikit sebanyak menyumbang kearah Rasuah terjadi (Rasuah kecil2an)dan d samping Kawasan sempadan Negeri/Negara juga banyak mencetuskan terjadinya gajala2 rasuah ini berlaku. Apa yg saya nyatakan ini bukanlah pembabitan Rasuah Pemimpin dan Rasuah besar2an.D samping itu juga cara2 menghindari rasuah ini boleh d tuntaskan dengan mengubal semula LAW hukuman yg ada pada hari ini ketahap yg lebih "MENAKUTKAN" maksud saya sesiapa yg d dapati Rasuah d buang kerja dan d Hukum Gantung...Macam mana peminat SAM setuju tak?......

anak sungai said...

entri yang sesuai untuk panduan hidup bagi semua..teruskan mgs

MindaGuru said...

Sdr Umar, memang rasuah perosak ekonomi negara, kita harap mereka2 yang terlibat dengan perbuatan ini insaf.anggaplah jantung yang masih berdenyut itu mrupakan peluang yg ada untuk berhenti, manalah tahu jika tiada kesempatan di hari lain.

lagipun kasian anak bini atau ibubapa dikasi makan hasil suapan seperti kata LM, pasti ada balasannya pabila sampai waktu. lagipun bau yang busuk walau disembunyikan lama2 terkeluar juga kebusukannya.

Sh, thks cadangan tuan memang patut. Penguatkuasan amat penting bukan terhadap ikan bilis sahaja tetapi juga para naga putih (istilah LM),ikan yu dan yang seangkatan dgnnya.
Pd.Tekong dan as tkasih

Sulaiman Hanim said...

Selagi Pemimpin2,Penjabat awam,Ikan jerung dan Ikan Paus tu masih berlaluasa masih terujudnya RASUH yg mencelarkan 1MALAYSIA ni selagi itulah Negara ini d Tekok yg memalukkan...Oleh yg sedemikian Menghapuskan Rasuah ni bukan satu2nya kerja yg mudah d hentikan apa lagi kalau sudah Menular keakar umbi...Pemimpin2 Kerajan Negara,Kerajaan2 Negeri dan Daerahlah yg pertama-tama menghentikan Aktiviti Rasuah terlebih dahulu barulah Rakyat bahagia...Masyarakat @ Rakyat dan Pengundi ni tidak ada Peruntukan,Grant2 dan Kuasa2 yg perlu d Rasuahkan d peringkat Kampong....Yg berkuasa dan berperuntukanlah yg menghentikan amalan RASUAH ini terlebih dahulu....

Tanpa nama said...

Masalah rasuah ini mungkin sudah berleluasa dan sukar dihapuskan..mungkin inilah sebab kenapa projek yang dibina kurang berkualiti, kenapa masih ada berkeliaran para penjual rokok haram, IC jatuh ke tangan orang tidak berhak dan pelbagai jenis masalah lain. Kaedah yang paling baik ialah ajaran agama. Pendapat SH tentang penguatkuasaan dan kesedaran para pemimpin juga penting untuk hapuskan rasuah..