SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, September 2, 2009

Raya Bersama Tandek

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com
Pertemuan bermula di restoran. Isu bagaimana menyatukan masyarakat Tandek dalam pentas UKHWAH dibincangkan bersama dengan sdr. Hasnal, Sanguru dan saya sendiri sebulan yang lalu. Akhirnya, mesyuarat pertama diadakan di Restoran Suria, Tandek sekali gus membentuk AJK pelaksana.
Barisan AJK pelaksana Sambutan Hari Raya bersama Tandek 2009. Program yang kali pertama diadakan ini menyasarkan kehadiran seramai 5000 orang dan terbuka kepada semua warga Tandek tanpa mengira fahaman agama, politik dan suku.
mesyuarat kali kedua di sebuah hotel ,Kota Marudu. Semoga usaha ini berjaya dilaksanakan.

11 comments:

Anonymous said...

ada makan apa tu? tiada H1N1?
tiada lain ka program kamu selain makan ja.

buat amal la, mcm bantu rakyat dgn sumbangkan keperluan barulah dikira ibadah.

SANGURU said...

releks anony. Makan itu sebahagian ibadah. Hehe. Kita kasi makan org time2 mud raya. Bukan budaya kami menjemput orang x kasi makan minum. Sebenarnya ada bnyk lagi pengisian prog: penyatuan, perpaduan, penanaman patriotisme, kenal sejarah, dll...

SANGURU said...

releks anony. Makan itu sebahagian ibadah. Hehe. Kita kasi makan org time2 mud raya. Bukan budaya kami menjemput orang x kasi makan minum. Sebenarnya ada bnyk lagi pengisian prog: penyatuan, perpaduan, penanaman patriotisme, kenal sejarah, dll...

SANGURU said...

tk naz kr siarkan berita ini. 1Tandek yg kenal upaya diri dan kenal sejarah bangsa. Jangan kita diperkuda diperbudak.

Aldusuni said...

[Tanpa nama; ada makan apa tu? tiada H1N1?
tiada lain ka program kamu selain makan ja.
buat amal la, mcm bantu rakyat dgn sumbangkan keperluan barulah dikira ibadah.]

Jawaban 1;
Tentulah ada makan2 yang namanya makanan. Namanya pun hari raya . Sumber kewangan bukan dari kerajaan.

Jawaban 2:
H1N1.. Itu bukan kerja kami untuk menolaknya. Yang penting, kita semua harus mencegah dan ikut nasihat pihak kementerian kesihatan. Amalkan langkah2 pencegahan yang dicadangkan di samping banyakkan doa memohon kepada Tuhan agar kita terhindar dari penyakit ini. Kalau kena juga, itu takdir.

Jawaban 3:
Buat amal, bantu rakyat dan sumbang keperluan. Ini cadangan bagus. Mari kita buat ramai2. Untuk makluman yang bertanya, saya masa ini tunggu apa juga sumbangan dari mana2 pihak berupa pakaian terpakai, makanan kering dan basah, duit raya dan apa juga yang difikirkan perlu untuk diberikan kepada golongan fakir miskin, OKU, ibu tunggal, para mualaf dan anak yatim tidak kira suku & agama . Semua penyumbang dialu-alukan datang bersama ke tempat2 sumbangan itu diagih.

Jawaban persoalan ibadah;
Satu kesilapan jika selama ini kita pandang ibadah itu terlalu sempit, justeru ibadah skopnya terlalu luas. Makan contohnya, bagaimana ia jadi ibadah atau sebaliknya? Makan asal hukumnya harus. Boleh saja kita makan dan boleh juga kita tidak makan. Makan dikira ibadah selagi kita ikut adab2 makan dan sumbernya halal. Makan yang bukan ibadah pula, bila kita makan makanan dari sumber yang haram serta tidak ikut adab2nya..Kupasan lanjut, sila rujuk guru agama di tempat anda.

Rumusan:
5 hukum penyuluh perbuatan kita itu jadi ibadah atau tidak, 1. WAJIB ertinya mesti dibuat kalau tidak berdosa, 2. SUNAT ertinya kalau kita buat dapat pahala tapi jika ditinggalkan tidak berdosa 3. HARAM ertinya berdosa kalau dibuat, kedudukannya mesti tinggalkan, 4. MAKRUH ertinya kalau kita buat tidak berdosa tapi, jika ditinggalkan dapat pahala, 5. HARUS ertinya ikut ringan kita mau buat boleh, tidak buat pun boleh .

Jadi program yang kami buat ini, anda nilailah sendiri, di mana kedudukannya?

SANGURU said...

hmm, rasanya anony dah faham dan kini boleh memahami. Penjelasan yang terperinci dr sdr nazri. Bagus.

SONSOGON said...

kalau si anon inda paham balik..suruh dia balajar agama balik..jadi anon apa kau rasa?

SANGURU said...

utk makluman, penganjur program ini kalangan anak2 muda/ambang veteran dari berbagai parti dan ngo. Kami buat cara ini utk bersatu, kalau sstu prog d buat oleh 1 badan/parti, selalunya ada yg x dtg. Harap kali ini kaum keluarga dpt melupakan aliran mcm2. terlalu lama sudah keluarga mcm org lain gara2 dirosakkan oleh fahaman mcm2. Dan jgn risau, ikut perancangan, semua pemimpin politik berbagai parti d jemput jua. Mmg tujuan utk berkeluargaa dan bermuhibah.

Aldusuni said...

Tanpa nama di jemput datang dan doakan usaha kami...

Umar al-Longobi said...

ngam! program yg bagus. moga yg retak dapat dicantum. yg keruh dapat dijernihkan. yg muram dapat diceriakan.

Little Mike (LM) said...

setuju dengan umar...