SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, September 17, 2009

SABAH, SARAWAK CONTOH PERPADUAN 1MALAYSIA: PM

17th September, 2009 ( Sumber: News Sabah Times. 17/09/09 )

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semangat perpaduan dan keharmonian di Sabah dan Sarawak adalah salah satu contoh terbaik ke arah mewujudkan perpaduan 1Malaysia.

Perdana Menteri berkata terdapat banyak contoh yang bersemangat untuk menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan keturunan boleh menerima perkara yang menyatukan, dan bukannya berpecah belah dan terpisah.

“Kisah Sabah dan Sarawak ialah kisah 1Malaysia, dan ia telah memberi saya maklumat dan inspirasi kepada komitmen saya terhadap konsep ini.

“Ia merupakan bukti kepada hakikat bahawa perbezaan itu telah menyatukan negara ini,” kata Najib dalam kenyataan peribadinya sempena Hari Malaysia kelmarin, sempena memperingati Sabah dan Sarawak bersatu dengan Semenanjung Malaysia pada 1963 bagi membentuk apa yang kini dikenali sebagai Malaysia moden.

Sambil merujuk kepada perayaan Hari Gawai di rumah panjang di Sarawak, Perdana Menteri berkata beliau dapat merumuskan bahawa rakyat Sarawak telah pun menerima pakai nilai-nilai 1Malaysia “lama sebelum saya menjelaskan tentang pelbagai unsur di dalamnya”.

Katanya contoh itu telah merangsang komitmennya, dan beliau percaya boleh meninggalkan impak yang mendalam kepada pembangunan Malaysia.

“Rakyat Malaysia daripada mana-mana jua bangsa dan fahaman hanya perlu melihat Sabah dan Sarawak untuk memahami perpaduan yang amat sukar dipercayai begitu kukuh dan harmoni yang boleh didapati dalam menerima dan menghormati kelainan rakyat kita,” kata Najib.

Mengenai Sabah pula, beliau berkata negeri itu telah menunjukkan semangat keusahawanan yang membawa kepada pertumbuhan sektor ekopelancongan yang merupakan penyumbang penting kepada ekonomi negara.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata beliau memperluaskan bantuan kewangan kerajaan Pusat kepada Sabah dan Sarawak untuk projek-projek prasarana serta menambahbaik peluang pendidikan di luar bandar.

Beliau berkata adalah penting bagi kerajaan memberi peluang yang sama kepada semua dan meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau “ceruk rantau Malaysia yang mereka pilih untuk menjadi tempat kediaman mereka”.

“Pada akhirnya nanti, sama ada kita tinggal di rumah panjang di pedalaman atau di bangunan tinggi di Kuala Lumpur, kita semua adalah sebahagian daripada 1Malaysia yang kita cintai,” katanya.

Dalam blog www.1malaysia.com.my, Najib juga menulis mengenai ingatannya semasa berusia 10 tahun ketika ayahanda beliau Tun Abdul Razak menjadi saksi peristiwa bersejarah kemerdekaan Sabah pada 1963.

“Saya ingat bagaimana bangganya beliau saat peristiwa penting itu berlangsung. Sabah dan Sarawak memenuhi satu sudut yang istimewa di hati saya kerana peristiwa bersejarah itu,” katanya.

“Rumah-rumah panjang kekal menjadi tulang belakang kehidupan di dua negeri ini kerana ia ialah simbol kepada keperluan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mempelajari bagaimana untuk hidup di bawah satu bumbung dan untuk membina tempat tinggal negara kita secara bersama-sama.

“Apabila matahari terbit di langit Malaysia, ia menyinari Sabah dan Sarawak terlebih dahulu. Masa hadapan kita sebagai sebuah negara bergantung keppada keupayaan kita untuk bekerja dan hidup bersama-sama,” kata Perdana Menteri.

8 comments:

Umar al-Longobi said...

ya... kami lama sudah duluan dlm konsep 1malaysia. walaupun pembangunan ketinggalan, tapi kami tidak kalah dr segi perpaduan. :-)

kyro said...

Its high time for our leaders to recognise how special we sabahan n our sarawakian friends are.Tapi pujian saja tidak memadai,kita telah banyak berkorban dan kini tiba masanya untuk menikmati hasilnya

SANGURU said...

mendapat sinar pertama sang mentari bukanlah keistimewaan yang amat sangat bagi negeri dalam Malaysia. Mendapat hak2 nya adalah lebih utama, alangkah bagus kalau yang pertama mendapatkannya....

SANGURU said...

mendapat sinar pertama sang mentari bukanlah keistimewaan yang amat sangat bagi negeri dalam Malaysia. Mendapat hak2 nya adalah lebih utama, alangkah bagus kalau yang pertama mendapatkannya....

maikong said...

ini adalah sebahagian dari ulasan PM kita ketika 16/sept..kita harap dan ingin sekali agar projek prasarana yg diucapkan agar dilaksanakan cepat/berterusan/bertanggungjawab/berkualiti dan seimbang...ini memang hak kita...macam matahari..

Gaaman said...

Harap2 ini bukan sekadar ucapan semata2(utk menyenangkan hati org Sabah/Sarawak). Tetapi lebih penting ucapan itu dibuktikan dgn penambahan peruntukan pembangunan dgn serta merta. Kpd pemimpin2 BN Sabah, minta dan minta(banyak-banyak-sbb ini termaktub dlm perjanjian pembentukan negara Malaysia) lgi.

ison said...

Sepatutnya ucapan seperti ini sudah diucapkan dan diperjuangkan sejak era pembentukan Malaysia dahulu.

Kenapa memerlukan masa selama 46 tahun untuk menyedari keistimewaan dan kelebihan Sabah dan Sarawak?

Apakah kerana sekarang baru Sabah dan Sarawak penting dalam survival...? (masing2 sambunglah).

Note: Amazing Sabah and Sarawak.

Anonymous said...

Syabas2 pendapat kawan2/anda d atas benar saya persetujui sekali.Sekalipun Intagraasi kita ini telah lama d turunkan oleh datuk/nenek kita sebelum merdeka lagi....Nah apa yg kita mahukan Pemimpin 1Malaysia tidak bisa berikan....Bagi saya permintaan saya kepada Pemimpin2 BN @ UMNO yg benar2 berkuasa d muka bumi Malaysia ini adalah cuma satu sahaja....HENTIKANLAH PEMBERIAN DAN PENGELUARAN MYKAD MALAYSIA KEPADA PENDATANG2 ASING PHILIPPINE/INDONESIA/PAKISTAN/INDIAserta Warga Negara2 lain......Jika ini d Hentikan maka biarlah Rakyat d dalam Negara ini sahaja yg bersaing untuk mendapatkan sesuap nasi untuk keluarganya.....Tolong lah Pemimpin 1Malaysia dengari akan permasalahan Rakyat Malaysia dari Negeri Sabah ni.....