SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, September 20, 2009

SALAM AIDILFITRI UNTUK STAFF SAM DAN PEMBACA-PEMBACA SAM

Hari ini Ahad 20hb September 2009,saudara2 Islam akan meraikan hari raya juga hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.Mungkin ketika artikel ini ditulis,rakan2 saya di SAM yang meraikan hari mulia ini sedang bergembira disamping keluarga tersayang begitu juga para pembaca2 SAM.Keseronokan di hari raya memang tidak ada tolok bandingnya.Sambil2 bermaaf maafan sesama keluarga,rakan taulan sudah tentu banyak hidangan2 lazat akan dihidangkan.Saya sangat merindui suasana seperti ini.Apakan daya...saya dikejauhan hanya dapat membayangkan keseronokan suasana ini. Dikesempatan ini,saya bersama keluarga AKIE OGINO(isteri) dan RINTARO J SAMBION(anak) seikhlas ikhlasnya mengucapka SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada ahli2 SAM dan semua pembaca /pengunjung SAM.Kemaafan dipinta sekiranya berlaku kesalahan yang sengaja atau tidak sengaja kepada mana2 individu samada ahli2 SAM ataupun pembaca2 SAM. Kepada anda yang balik kampung,selamat balik kampung dan kepada anda yang ingin melakukan perjalanan jauh..saya mengharapkan agar anda sentiasa berhati-hati didalam perjalanan. Saya harap dapat betemu dengan semua penulis2 SAM pada 10/11 hb oktober nanti.Kerana inilah buat julung2 kalinya semua staff2 SAM akan bertemu buat pertama kalinya.Saya sangat gembira dan tidak sabar2 untuk bertemu dengan rakan2 dalam SAM kerana hampir semua penulis2 SAM tidak pernah saya jumpa seumur hidup kecuali beberapa indvidu seperti TEKONG(rakan sekampung dan rakan sepermainan ketika budak2 hingusan-dekat 30 tahun tidak bertemu dengan beliau) LittleMike(rakan sekampung-pernah jumpa ketika zaman kecil2),LEM(rakan sekampung-hanya melihat beliau ketika masih berumur 6-7 tahun),MOGORON(rakan semasa kursus muzik pinakang di Salimandut-selepas itu tidak pernah bertemu lagi),CARL(rakan menjajal ketika zaman2 kegemilangan) dan ALDUSUNI(pernah bertemu zaman2 lampau)...semantara nama2 seperti ISON,NONG,TOMPINAI,MING,ELLY,MIMIE,UMAR AL-LONGOBI,KYRO,TULUNBUNOU,LtM MUSLI,AZIRUL dan DINAKAN tidak pernah saya temui. SELAMA HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

8 comments:

azrulgcarl said...

Thanks.

Di kesempatan ini sy ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin untuk semua staff SAM dan pembaca-pembaca setia.

begembira dihari lebaran.

azirul @ Tody J.

:P

maikong said...

aman hebat nama anak kau..ada sambion..

SANGURU said...

ya...lama btl x jumpaaa...Saya Amat Merindui (SAM)...

Little Mike (LM) said...

salam SAM... teruskan perjuangan illie. Kita akan bertemu lagi jika bukan di SAM, bila2 waktu sentiasa ada, selagi diizinkan-Nya

Umar al-Longobi said...

semoga berjumpa... 1 perjumpaan yg bakal membawa 1001 makna perjuangan.

SANGURU said...

andaipun x bersua muka, nur perjuangan itu tetap bercantum mewarnai langit harapan.

ison said...

Ada pertemuan yang tidak dirancang, tetapi setiap pertemuan bukan suatu kebetulan. Ada tujuan yang sudah ditentukan oleh-Nya. Take care my friend.

ming2elly said...

julung kalinya, semua staff SAM bakal bertemu. dan ini akan menjadi sejarah bagi kita SAM ! sejarah yang bakal tercipta untuk menjadi lipatan ingatan sejarah SAM !

HIDUP SAM !