SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, September 8, 2009

SAM SEMAKIN MANTAP

Salam 1 Malaysia. Ketika saya berbuka puasa petang tadi, saya mendengar terlalu banyak perbincangan hangat di warung terbuka berkenaan SAM. Pada mulanya, saya hanya mendengar sahaja perbualan tersebut. Namun, saya juga ingin maklumat detail apa sebenarnya yang berlaku berhubung artikel SAM mahupun paparan dalam SAM. Dipendekkan cerita, SAM telah mendapat pujian oleh segelintir golongan elit yang bermastautin di Bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu. Antaranya, SAM seperti polis rahsia dan kadangkala seperti akhbar. Apalagi, saya pun tersenyum lebar juga mendengar perbualan tersebut. Namun, yang paling hangat pada hari ini ialah cerita tentang Sanguru dan Aldusuni yang mereka katakan berpotensi besar dalam mengajukan sesuatu permasalahan masyarakat daerah Kota Marudu dan tidak mustahil menjadi wakil rakyat satu hari nanti walaupun ada golongan mempertikaikannya. Walau bagaimanapun, mereka berkata sesama sendiri tentang kewujudan SAM. Andainya ditakdirkan SAM boleh setanding media di semananjung, mereka bangga kerana SAM adalah yang pertama di Malaysia dan Pertama di Sabah. Syabas....

48 comments:

Anonymous said...

kalau betul la sanguru dan aldusuni jadi yb... susah cakap.

Pintar said...

mantap sudah kamurang. ba apa lagi atur gegaran d km.

tumbangkan BN

Anonymous said...

memang mereka prihatin dgn masalah2 kami di km, sanguru la org yg menolong sy paparkan aduan sy dalam SAM baru2 ini,dan skrng masalah sy sudah selesai.

ison said...

Tiap perkara yang kita buat, akan ada orang yang senang hati dan ada juga yang tidak senang hati. Pembaca di pihak mana akan memperngaruhi bentuk ulasan.

Bagi saya, saya terima semua bentuk ulasan dengan fikiran yang terbuka tanpa perlu terlalu terganggu emosi.

Ini kerana ada orang yang mengomen dengan ikhlas, ada juga yang sengaja buat provokasi. Ada yang mengulas dengan emosional, ada yang rasional.

Apa pun, terima kasih semua ulasan pembaca, dan teman2 SAM kita pertahankan sikap profesional dalam perjuangan ini.

Teruskan perjuangan SAM.

org KG said...

kalau begitu, mmg hebatlah SAM. tapi, apa tujuan SAM paparkan masalah melalui blog?

bukankah terdapat saluran yg betul kpd kerajaan untuk menyalurkan permasalahan.

apa guna YB? apa guna DO? apa guna ada kerajaan d KM kalau tidak berfungsi?

setahu saya hanya pembangkang yg suka buat ini. Mungkin kah, SAM pembangkang.

ison said...

Banyak guna blog ni org KG. Tengok TV3 buat paparan tentang permasalahan rakyat sana sini. 1 Malaysia juga yang tengok TV kan.

Apa beza SAM dan TV3 dalam memaparkan masalah rakyat? Bezanya cuma SAM lebih banyak fokus berita di KM, manakala TV3 buat liputan 1 Malaysia. SAM hanya blog dan dibantu oleh radio online utaraFM. TV3 siaran TV lebih sedap dipandang dan didengar kerana nampak siaran.

Kalau semua saluran lain buat kerja dengan baik tanpa perlu ditegur dan diingatkan berulang kali, mungkin SAM tidak releven.

Tapi sekarang rakyat sudah boleh mengadu dalam blog. Syukurlah ada alternatif lain sudah untuk mengadu masalah supaya saluran2 yang 'betul' tu buat kerja betul2.

Nota: Samada SAM pembangkang atau tidak, terpulang kepada individu2 dalam SAM sendiri. Setahu saya ada di antara ahli SAM ni yang merupakan orang kuat parti dalam kerajaan juga. Tidak tahulah yang belum ada keahlian macam saya ni. :I

TOMPINAI said...

Terima kasih orgKG... suda dijelaskan yg SAM hanya membantu saja.. mmng ada dan masih ada. SAM cuma menjadi saluran alternatif. Memaparkan permasalahan disini tidak bermaksud SAM menjadi pembangkang. SAM neutral. SAM hanya membantu mereka yg memerlukan bantuan itu saja. Jauh sekali mengambil tugas org lain. Lagi pun, untuk sesuatu masalah disampaikan mmng lambat sampai kepada yg berkenan terlalu banyak peringkatnya. Rasa2nya mungkin orgKG sendiri pernah mengalaminyakan, untuk berjumpa dgn Yb kita pun, kadang perlu temujanji...Apa pun jangan risau dgn SAM..SAM tetap dengan pendiriannya untuk memyampaikan maklumat dan permasalah rakyat kwsn Kota Marudu.. Salam SAM

tenang said...

org.KG wrote:
bukankah terdapat saluran yg betul kpd kerajaan untuk menyalurkan permasalahan.

apa guna YB? apa guna DO? apa guna ada kerajaan d KM kalau tidak berfungsi?
----------------------------------
- kenapa org.KG tak buat apa yg dikata..jangan pandai komen sahaja tapi tak mampu bertindak..

- lebih baik ada daripada langsung tiada..

Balsam said...

Sy percaya, siapapun di kalangan staf SAM (semua) yang jadi pemimpin kelak, mereka pasti bekerja untuk rakyat..Sekarang saja, mereka meluangkan masa untuk rakyat walaupun mereka bukan wakil rakyat...

Kerja-kerja menulis, menghasilkan buah fikiran, memaparkan pelbagai masalah, memotivasi, memberi cadangan dan macam-macam 'me' lagi mereka lakukan tanpa berkira...bukan kerja santai & bukan semua orang boleh buat macam ni...

Jadi, kepada mereka yang tidak puas-puas mengutuk, mengesyak, menyindir dan macam-macam bentuk 'me' yang boleh dikategorikan sebagai'kurang menyenangkan', sila pikir balik dengan fokus dan tenang akan niat kita 'meng..me' tu untuk apa...kalau takat kasi puas hati sendiri, tidak ingat urang len...tidak payahlah..walaupun staf SAM terima semua bentuk kritikan +ve & -ve.

Ingatlah, cakap-cakap & coret-coretan kita walau pendek, bakal dinilai & ditentukan bentuk 'saham'nya...

P/s: Syabas untuk semua staf SAM. Teruskan menge'SAM'!

PRIHATIN said...

SAM sebenarnya baru setahun jagung, saya setuju pendapat org KG. jadi apa guna ada saluran yg betul kalau SAM turut mengorek masalah tersebut.

memang tidak ada kesudahannya kalau setakat tulis dan papar sahaja.

apa yg SAM dapat?

SANGURU said...

hmm, agensi kerajaan pun suka SAM. Do, YB pun suka SAM. Tak caya? Tanya mereka.
Ttg YB ni, bukan matlamat saya pun.
Sila baca entri2 penjelasan mengapa saya melobi dulu2. Saya melobi utk harga diri bangsa dan kawasan saya.
Ada individu kata tiada yg boleh dari KM. Org KM kecewa dan marah. Maka saya terpaksa melobi utk bersuara. Kini suara sumbang itu tidak kedengaran lagi. Ini hasil perjuangan siapa? Ingat mudahkah org biasa mcm sy berjuang...

SANGURU said...

SAM mmg bukan saluran rasmi tapi fungsinya sama dan kami jauh lebih telus. Cuba tengok bagaimana kami paparkan aduan. On the spot pengadu ckp kami terus post di kedai kopi. Siap dgn gambar, nama sebenar dan isu yang benar.
SAM AKAN TETAP MEMAPARKAN ADUAN. PASTI KERAJAAN BOLEH TERIMA CARA KAMI, BANTUAN KAMI.

SANGURU said...

siapa kata paparan SAM tiada hasil. Bila kami papar soal cukai, terus sabah dan sarawak dapat peruntukan utk PBT. Soal lampu d kawasan pekan, terus bercahaya lampu. Pasal semak, terus bersih. Pasal yuran budak sekolah, terus selesai, astaka runtuh, jambatan runtuh dll. Semua sudah diambil tindakan.
SIAPA KATA SAM SAMDOL YG KEBODOH2AN. HEHE..

Anonymous said...

kalau sudah memaparkan aduan dalam SAM, pastu jadi apala konon?

dapat projek? dapat duit? ada tindakan dari mana2 pihak? atau sekadar memaparkan sahaja.

ukur baju d badan sendiri.

SANGURU said...

SAM bkn parti pembangkang, Kami NGO dan orang perseorangan yg prihatin. YB pun suka kami. DO pun ok saja. Org2 putrajaya pun prihatin paparan SAM.
Sory la, bila masa pula kami sokong PR. Kirim salam saja lah. SAM tetap SAM.
Yg tak suka SAM berkemungkinan pengkhianat kerajaan, yg rosakkan imej kerajaan. Perosak kerajaan. Kami pembantu kerajaan bawa kesejahteraan kpd rakyat. Kami juga rakyat, kami berhak bela diri kami jua.

Anonymous said...

setiap perubahan yg dibuat mesti ada tujuan dan matlamat. namun, ada udang d sebalik batu kalau membantu secara tiba2.

KM maju adalah usaha murni YB, bukan SAM.

SANGURU said...

Dapat apa? Dapat penat tapi senang hati. Kerana isu yg SAM paparkan turut melibatkan rakyat keselkuruhan termasuk kami d SAM.
Projek, duit dll bukan matlamat kami. Memadailah SAM enjoy senang hati. Ini prinsip NGO.
Susahlah klu semua berjuang utk projek, duit, dll. Cukup2lah...

Anonymous said...

Jika SAM tahu menilai sesuatu dan mampu bertindak lebih dari itu, kenapa tidak cadangkan buat highway d km, bangunan tinggi d km?

Anonymous said...

bagaimana jika sekiranya SAM buat satu kejutan dengan menubuhkan sebuah parti baru?

atau buat satu pentadbiran baru d KM?

merancang pembangunan lebih baik daripada memaparkan masalah org lain, bukannya dapat membantu terus tanpa usaha org tersebut dalam mengubah corak hidup.

SANGURU said...

siapa kata tiba2. Sejak bangku sekolah saya dah jadi penulis saya papar masalah rakyat juga. Cuma org kita tak kenal, sebab saya menulis pakai nama pena. Hehehe...
Tentang SAM, mmg baru tapi bukan bermakna x blh buat ini kerja, Tak semestinya ada udang. Yang pasti ini era kebangkitan orang2 muda seluruh negara!
Teruskan perjuangan, sama ada dlm SAM atau dimana2 pun. Berjuang bersama kerajaan.

SANGURU said...

tq anonymous, nnti sy jawab ya. Sy fokus dulu cerita2 d kedai kopi ni. Hehe.

Aldusuni said...

memanga ada udang disebalik batu...cukuplah ada redho ALLAH kami dapat. Amin

Anonymous said...

memang perjuangan boleh mdpt tempat. tapi, peliknya perjuangan SAM nampak kurang jelas! matlamat kurang nampak!

jadi, perjuangan apa jika membantu kerajaan, tapi sebaliknya memaparkan sesuatu yg menjatuhkan kerajaan.

apa yg boleh d buat jika membantu dan menjatuhkan. apa pandangan myt jika cara ini berterusan?

SAM perlu belajar berfikir secara rasional, tidak salah jika mengubah pena atau cara dalam SAM jika benar bantu kerajaan.

mungkin ka perasaan dengki org2 SAM tidak dpt projek? atau laluan jadi YB?

Anonymous said...

untuk SAM, belajarlah daripada teguran sebegini.

SAM perlu prihatin dgn terus menyalurkan maklumat kpd pihak berkenaan, bukan memaparkan sebegini semata-mata mencari publisiti.

malu kita d KM jika kaedah sebegini d teruskan pada masa akan datang.

sesama manusia pun, apa2 agama adalah d larang menjatuhkan selepas membantu seseorang.

berfikir positif.

Anonymous said...

orang akan bangga SAM jika tidak mengkritik, memaparkan sesuatu yg boleh menjatuhkan yb atau yang boleh menyakitkan hati org lain semata-mata kerana ingin menjadi terbaik, contoh dan wadah yg mendapat perhatian drpd mana2 pihak.

SAM mmg hebat jika ikut nasihat sebegini. paparkan kemajuan sahaja agar semua org termasuk semananjung tahu KM membangun.

selamat mengubah cara SAM.

Sebagai rakyat saya prihatin berhubung pelbagai isu yg d ketengahkan tanpa kajian terperinci.

TQ.

Aldusuni said...

Tq banyak2 apa kata kalau kita adakan perbincangan terbuka bertitik tolak persahabatan dan ilmu untuk kebaikan kota marudu.

PENGKRITIK said...

aldusuni.
saya setuju anon punya cadangan jadi tidak payah ada perbincangan.

memadailah jika SAM berubah. itu sahaja.

org KG said...

kami memang setuju cadangan anon tersebut. tiada gunanya perbincangan jika ada otak d anugerahkan tuhan kepada hambanya.

SAM ramai terpelajar, mengapa benda kecik sebegini perlu berbincang? apa guna belajar tinggi jika tidak tahu menggunakan otak?

org KG said...

ada baiknya jika SAM berfikir dan muhasabah diri berkenaan ulasan anon tersebut. saya sebenarnya turut setuju juga jika idea ini d ambil peduli oleh org2 SAM.

KALAU TAHU MENULIS, TAHU MEMAPAR, TAHU MEROSAKKAN, TAHU MATLAMAT SEBALIK MEREKA. Alamat I.S.A.

inilah yg jadi kpd org2 yg belajar tinggi2. terus lupa diri dan tidak ingat asal usul.

belajar betul2 SAM.

Aldusuni said...

perbincangan itu sunah pengkritik .. berbincang ikut peradaban dengannya terhasillah fikiran yang terbaik diantara yg baik2.

Gaaman said...

Syabas SAM!!..SAM telah berjaya membuat kezutan dan mengundang pelbagai idea, komen dan kritikan.

Terussskan paparan keluhan dan rintihan rakyat biasa yg tertindas/ditindas oleh pihak yg tidak bertanggjwp..

SAM adalah sahabat semua pihak samada Kerajaan atau pembangkang, rakyat biasa atau pegawai kerajaan, org kaya atau miskin.

Biasa la tu sapa yg makan cili dia yg merasa pedas!!!

TanakGouton said...

Kepada Anon dan OrgKG atau sesiapa saja yang menganggap SAM ini PEMBANGKANG atas usaha SAM mengetengahkan pelbagai masalah di Kota Marudu ini khasnya, cubalah kamu fikir sendiri risiko yang orang kita akan terima ekoran daripada sikap diam kita.
Sebagai contoh ya sesuatu projek yang dilaksanakan tidak mematuhi piawaian dan kerja CINCAI dan berisiko padahal peruntukan besar. Orang kampung akan tunding jari pertama kepada pemimpin iaitu YB & DO..Kamu ingat kita untungkah dengan mendiamkan diri bila sesuatu permasalahan itu timbul? TIDAK ba!
Kalau orang2 seperti kamu inilah yang diberi mandat untuk menjadi pemimpin atau penasihat, saya yakin dan percaya bahawa kalian AKAN GAGAL kerana tidak jujur dalam mengetengahkan sesuatu hal. HIPOKRIT..mengaku maju padahal masih tergolong dalam top 10 termiskin..
Saya hanya pembaca setia SAM tapi tau mana yang betul dan tidak.
Kita fikir sama2 semua ni..

SALAM PERPADUAN

NONG said...

TERIMA KASIH Anon, Pengkritik, OrgKG dalam post kali ini.

SANGURU said...

Apa maksud tiada arah yang jelas? Matlamat SAM belum jelaskah lagi? Uaha dan hasil kerja SAM apakah tidak jelas? SAM banyak menerima pendapat umum dan antaranya sudah dipakai, namun bukan semua pendapat mesti dipakai apa lagi klu x selaras dgn prinsip SAM sebagai media alternatif.
Anony dll jgn sesekali mengandaikan SAM menjatuhkan kerajaan, itu fitnah dan kenyataan yang melampau.

SANGURU said...

bantu kerajaan lah bila SAM paparkan isu rakyat, agar kerajaan buat pembetulan, tegur agensi2 pelaksana, tegur pemimpin kerajaan dll. Jika kebobrokan ini tidak ditegur ini dinamakan membiarkan kerajaan lemah.
Membiarkan kerajaan lemah maknanya menumbang kerajaan, mungkin anony yg mahu jatuhkan kerajaan atau org kerajaan yang kepanasan.
DS NAJIB, ambil tindakan kpd agensi2 atau pemimpin yg merosakkan imej kerajaan!

MindaGuru said...

yyeep..saya setuju kau gaaman, SAM terbukti menjadi suara rakyat, neutral dari segi kepartian, sdr Sangguru selalu katakan, SAM bersahabat dengan rakyat demi rakyat KM..agar kerajaan terus dihormati rakyat KM. Saya tabik dgn penjelasan Ison,Tom dan Alsdusuni tentang SAM...


Salam perpaduan 1Malaysia

Little Mike (LM) said...

saya tidak faham mentaliti anony, orgKG dan sesiapa yg paranoid dengan SAM.

1. MEnyuruh SAM diam dan paparkan apa yang baik sahaja berlaku di KM?

Minda kelas 2. Anda takut bayang2 sendiri?

2. Meminta SAM berubah agar jangan BISING-BISING masalah rakyat?

Cuba suruh orang politik kita BERUBAH dan diam2 tidak BISING masalah rakyat di DUN atau jangan ambil tahu masalah rakyat....

3. Suara rakyat suara pembangkang?

Kenapa pandang suara rakyat sebagai pembangkang tapi tidak memandangnya sebagai HAK RAKYAT?

4. Jangan suarakan di Blog kerana MALU sebab masalah yang berlaku di KM akan diketahui ramai? 1Malaysia? -

Saya katakan Minda seperti inilah yang mahu KM kekal daerah termiskin di MALAYSIA!

5.Anonymous kata, kenapa tidak sahaja SAM buat highway, bangunan tinggi di SAM? -

saya katakan tanya orang politik yang anda angkat melalui undi. Berapa tahun wacana politik yang kita sokong pijak bumi marudu? Sudah tiba masanya kita untuk BERSUARA... BERSUARA dan PEMBANGKANG saudara boleh faham? Baca media pembangkang. Apa mentaliti penulisan mereka.

nampaknya anda lebih bimbangkan suara SAM daripada PEMBANGKANG yang bakal MEMANIPULASIKAN ISU ini. Saya tidak ingin melihat pembangkang memainkan isu ini. Saya lebih SANGGUP bersuara untuk membantu ORANG LAIN TAHU MASALAH org kampung daripada ANDA DITUNJUKKAN JALAN KELUAR OLEH PEMBANGKANG!


saya masih sayangkan slogan 'YANG TABAH UNTUK RAKYAT'.. Saudara faham apa maknanya falsafah ini???

jalimiksawatan@yahoo.com

Mr. Aki Abad 21 said...

kalu sanguru dan aldusuni jadi yb pun kanapa ? ko mau jadi apa...apa yg ko inda puas ati ini pada diurang dan SAN ? ko cakap butul2 ba...ikut macam barakal ba kalau barcajap...atau jumpa diurang berdapan yg ko inda suka jangan jadi panakuttttttttttt

RIDWAN.ct said...

Anon & ogrKG kamu urang KM kah? kalau ia kenapa tidak senang dengan SAM, tidakkah boleh kita sama2 mengangkat martabat daerah dan rakyat KM? kalau kamu ada cara untuk membantu rakyat gunkan lah cara kamu, SAM guna cara SAM ok kan?

cerminlah diri tu sendiri barulah kita menilai orang bah...

sama2lah membangunkan daerah KM dengan tulus ikhlas.

Little Mike (LM) said...

saya ingin perkemaskan kenyataan no 5 saya dalam komen di atas...

5.Anonymous kata, kenapa tidak sahaja SAM buat highway, bangunan tinggi di SAM? -

saya katakan tanya orang politik yang anda angkat melalui undi. Berapa tahun wacana politik yang kita sokong pijak bumi marudu? Sudah tiba masanya kita untuk BERSUARA... BERSUARA dan PEMBANGKANG saudara boleh faham? Baca media pembangkang. Apa mentaliti penulisan mereka.

yg ingin saya perkemas dan fahamkan kepada pembaca ialah BERSUARA dan PEMBANGKANG dua medium yang BERBEZA SAMA SEKALI. Jadi yang jelas SUARA SAM bukan SUARA PARTI PEMBANGKANG atau memiliki MINDA MEMBANGKANG...

SAM NOTA RAKYAT...

Balsam said...

[orang akan bangga SAM jika tidak mengkritik, memaparkan sesuatu yg boleh menjatuhkan yb atau yang boleh menyakitkan hati org lain semata-mata kerana ingin menjadi terbaik, contoh dan wadah yg mendapat perhatian drpd mana2 pihak.

SAM mmg hebat jika ikut nasihat sebegini. paparkan kemajuan sahaja agar semua org termasuk semananjung tahu KM membangun.] Anony 10. 32 pm, 8 Sept 2009



Kadang-kadang lucu juga membaca ulasan pengulas-pengulas bertitle "anony" macam saya pun separuh anony la baini... Apa tidak, ruang atau zon selesanya lebih besar...

Apapun, untung juga kita (anony2) pasal di SAM ulasan-ulasan macam ni diberi keistimewaan, bilang urang 'labang-labang' saja, inda kena tabir-tabir..

Anony, sy sebenarnya tidak habis pikir macamana maksud anony " mengkritik, menjatuhkan YB,menyakitkan hati, untuk jadi terbaik..Hanya papar yang baik-baik di KM untuk jadi hebat?..."

Sy tidak pasti samada Anony yang mengulas ini anak jati KM atau tidak. Saya BUKAN anak jati KM tapi, saya mengikuti perkembangan SAM dari mula hingga sekarang.

Apa yang sy dapat? Sy dapat banyak ilmu. Sy belajar mcm-mcm aura. Sy rasa semangat cinta anak-anak jati KM terhadap tanah tumpah darah sendiri. Sy tidak nampak misi mereka mau jatuhkan sesiapa di KM. Saya nampak sikap sedia membantu, sedia korbankan masa, sedia dimaki dan entah apa-apa lagi..kalau Anony sebagai anak jati KM tidak nampak benda ni, saya nampak jelas..

Saya pikir, cara teguran termasuk menegur pihak-pihak atasan adalah cara terbaik dalam sist demokrasi. Teguran2 ni bukannya dibuat untuk memalukan atau mengaibkan, bahkan ia teguran membina yang menguntungkan semua pihak.

Tolonglah, kalau setakat menganggap teguran itu sebagai aib, dan malu, walhal itulah perkara yang sebenarnya, baiklah kita semua jadi urang BUTA & TULI saja..

Saya percaya, siapapun kepala-kepala jabatan di KM, termasuk DO dan YB-YB KM, tidak pernah menyesal dapat orang-orang seperti staf SAM. Mereka pasti bangga sebab ada orang yang prihatin, mengambil tahu dan turut sama menyumbang buah fikiran dalam menyelesaikan pelbagai isu di KM. Pasal, kerja mereka yang berat boleh jadi'ringan' bah sepatutnyalah...

Saya bukan puji staf SAM, saya tidak jek staf SAM..Sy tidak ada kepentingan untuk itu dan sy percaya, siapapun di kalangan staf SAM tidak kenal sy pun...Kalau check IP addrs pun belum tentu diurang kenal sy sebab sy 'orang luar' KM..

Apapun, anony-anony berkaitan, jangan turutkan perasaan sakit hati kalau buat ulasan..pikir-pikirlah dulu bah...kalau ada masalah peribadi..selesaikan dulu...asing-asingkan, mana sampah yang betul-betul tidak boleh diguna, buanglah, jangan sampai bikin mudarat. Ada juga sampah yang bulih dikitar semula, bah simpan dulu..ada yang memang masih bagus, jangan buang, pakai sendiri. Bah, mana yang masih cantik, masih ngam kita pakai, bah...itu bulih kita bagi-bagi...sy rasa semua urang suka pakai...

Salam sayang untuk anony-anony...

DINAKAN said...

terima kasih kepada semua anon, org KG dan Pngkritik yang telah berjaya membawa pembaharuan dlm kontek perbincangan secara maya.

semua komen tersebut adalah yg membina buat masa ini. Justeru, tidak hairanlah dgn adanya anon2 semua SAM bertabah mantap sebagaimana entri yang saya paparkan.

pandangan sebegini adalah dialu-alukan, ayuh anon2 semua sebarkan kewujudan SAM kepada semua rakan2.

semakin banyak dan bermacam jenis ulasan anon2 semua, semakin meluas perhatian org ramai berhubung SAM.

SYABAS...

Anonymous said...

ba... apapun, jgn lupa kamurang samua karaja karajaan...

ingat2la pasan anon, jgn kacau org kalau x mengacau.

Anonymous said...

fahamilah sesuatu yg patut d fahami. kamurang muda2 lagi.. jadi jgn lu ikut2 pulitik.

Anonymous said...

semoga SAM terus maju dan cemerlang d sabah dan malaysia.

apapun, INGAT selalu pseanan anon2.

tq

Little Mike (LM) said...

hehe anon..
tunggu orang muda jadi tua dan tidak dilentur dari masa mudanya ka? Kenapa susah sangat bagi orang muda walaupun sekadar BERSUARA. Anak-anak muda ini tidak bercakap mengenai POLITIK dan bukan juga MAIN POLITIK.Kalau orang kampung minta kemajuan/adu masalah, SAM satu daripada wadah. Anak muda sekarang inilah yang bakal meneruskan survival bangsa masa depan. Jika tidak siapa lagi?

SONSOGON said...

kamu orang2 SAM patut berbangga sabap blog ini terus di kunjungi dan banyak anon2 yang buat komen.Ertinya blog SAM ini sangat hebat dan terkenal sabap apa sya cakap macam ini,macam cendawan bah blog2 di Malaysia tapi kalau kita tengok tidaklah seaktif macam blog SAM ini.Kadang2 ada blog yang "mati" separuh jalan..macam blog sya juga bah hehehe..

Jadi kepada org2 SAM kamurang teruskan saja mission kamurang sabap ramai bah yang bagi sapot.Sebenarnya komen2 anon inilah yang menjadikan SAM terkenal.

Apabila sesebuah blog itu terlampau banyak komen ertinya banyak yang suka membaca entri2 dalam blog tersebut.

Komen2 anon yang kadang2 palui itu sebenarnya kasi naik nama SAM..jadi kamurang dalam SAM jangan sajuk atau makan garatak sama anon2..dorang ni pun sabanarnya berminat sama SAM,pasal itu banyak anon2 yang berlumba-lumba membuat komen..mungkin kalau anon2 ini inda dapat mengomen dalam blog SAM,dorang akan damam..

Teruskan perjuangan,

Balsam said...

hehehe..betul itu Sonsogon...misti mo kasi keluar itu komen supaya inda damam....kekekkeke...

Salam dari Balsam untuk Sonsogon...Saya pun saparuh Anon bah sonsogon...