SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, September 29, 2009

SAM & UTARA.FM BOLEH!

KOTA MARUDU, SABAH: Beberapa orang staf SAM telah berkerjasama dengan rakan-rakan DJ Utara.FM menganjurkan beberapa aktiviti termasuk Konsert Felix Agus dan rakan-rakan bertempat di Dewan Komuniti Kota Marudu pada 26 September yang lalu. Di sebelah petangnya team Utara.FM turut membantu menganjurkan pertandingan Auto Show tajaan Titan Power Oil. Beberapa artis telah menyampaikan persembahan termasuklah Felix Agus AF, Ridah Malanjang, Hara Hanara Harun (Finalis Rood To Hollywood 2009), Botak, dan beberapa artis naungan D'sulap Entertainment. Turut menyerikan majlis ialah Nazri Raihan yang turut mempromosikan kehebatan Tinan Power Oil. VIP yang hadir ialah Dato Jaafar Mohamad Yusuf dan YB Anita Baranting, ADUN N5 Tandek serta rombongan beliau.Dalam berbicaraan empat mata antara saya dengan YB Anita, beliau memuji kerjasama dan usaha-usaha murni yang diinisiatifkan oleh pihak SAM dan Utara.FM. Dalam kesempatan itu juga saya mengalu-alukan penglibatan bersama YB Anita dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan anjuran badan-badan NGO yang akan datang.

8 comments:

Anonymous said...

wahhhhhhh....mcm tida pecaya sia kamurang ini. last2 terpaksa sia percaya. kamurang on sija kio. sia x kisah panas ka apa ka, coz sia tida kena mengena. hahahahahahahahahaha...

Anonymous said...

syabas SAM, Utarafm dan semua yg terlibat dlm acara yg berlangsung....sya juga bg pihak MONSTERCREW ingin mengucapkan bebanyak2 trima kasih kerana memberi peluang kpda kami bekerjasama dgn utarafm.MONSTERCREW juga berharap semoga pihak berwajib seperti YB2 dn org2 tinggi kerajaan mengetahui tentang kewujudan2 kami sebagai sebuah kelab kereta yang mementingkan aktiviti2 amal dan sihat agar anak2 muda di kota marudu tidak terjebak dgn aktiviti yg tidak sihat....semoga kita dpat bekerjasama lagi pada masa akan datang....

Mr. Aki Abad 21 said...

parcaya saja bah anon, bukan susa...kalau suda nampak d mata. bukan itu saja sya dengar diurang mau buat...ada lagi yg sya dengar d kasi umum d utara fm... diurang mau bawa lagi dj2 muzik fm dari kl oooooo ada acara diurang buat d dataran bangkuka...kita tungu saja, minyak kurita pun diurang bawa d km suda.... kalau mr. aki sihat mau juga ikut.....inda mustahil ketua memteri satu masa nanti diurang mau bawa program diurang.....

Little Mike (LM) said...

inilah kelebihannya hikmah BERMUAFAKAT..

Syabas dan teruskan langkah gemilang!

jasz said...

assalamualaikum dan salam sejatera.....the 1st 1 is sa gembira dpt bertemua dj2 dan kwn chat SAM dan kusnet kerana selama ini hanya kenal dalam alam maya atau dikenali sebagai kenalan alan cyber...utara fm mimang bgus i like hehe....saya rasa sungguh bangga juga sebab dapat membantu menjayakan kan kosert mini walaupun hanya memungut tikcet di pintu utama masuk ( BONZER )..saya mengucapkan taniah kepada crew yang terlibat menjayakan konsert mini tersebut.....tidak sia2 saya datang dari jauh ...paling tak dapat dilupakan saya diberi peluang menDJ or on air d radio on9 sabahan utara fm..thank untk segalanya kerna layan yang cukup baik....kalau ada umur yang panjang kita akan bertemu lagi..mcm biasa jg ba..hehe..keep on going to utara fm crew n SAM crew

SANGURU said...

kami menghargai kehadiran sdr.
Datang lagi dj jazzzzz....

Umar al-Longobi said...

Fikirkan boleh!

Anonymous said...

SAM MANTAP