SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, September 19, 2009

Sarawak, Sabah dapat lebih peruntukan

Oleh Misiah Taib ( Sumber: Berita Harian ) misiah@bharian.com.my

Langkah untuk rapatkan jurang dengan Semenanjung
NAJIB sambil diiringi Abang Johari (kiri) bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di Masjid Jamek, Petra Jaya pada majlis berbuka puasa di masjid berkenaan, semalam. KUCHING: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Sarawak dan Sabah akan diberi keutamaan dan peruntukan lebih besar oleh Kerajaan Pusat menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dalam usaha kerajaan merapatkan jurang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pusat ingin melihat pembangunan prasarana yang lebih meluas di kedua-dua negeri berkenaan yang kini masih jauh ketinggalan, termasuk dari segi bekalan air dan elektrik. "Sudah tentu Sarawak akan mendapat peruntukan lebih dalam hal ini kerana agendanya perlu diperjuangkan kerajaan. Kita inginkan pembaharuan lebih besar supaya negara kita, termasuk umat Islam dan bukan Islam dapat menikmati pembaharuan yang lebih bermakna," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama kira-kira 5,000 umat Islam di Masjid Jamek, Petra Jaya, di sini, malam tadi. Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Openg, menteri kabinet negeri dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum. Najib dan isteri turut menyertai umat Islam menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di masjid berkenaan. Mengenai kemiskinan, Najib berkata, ia adalah musuh Islam kerana kemiskinan membawa kekufuran dengan tidak ada mana-mana negara yang memerangi kemiskinan lebih berkesan berbanding Malaysia. "Kita amat komited untuk terus memerangi kemiskinan menjelang akhir tahun depan dengan 45,000 rakyat miskin tegar dalam senarai e-kasih Jabatan Perdana Menteri, insya-Allah tidak lagi akan tersenarai dalam golongan miskin tegar," katanya. Beliau berkata, kerajaan bukan saja melihat kemiskinan dari segi pendapatan, malah kemiskinan dari segi teknologi, ilmu, kemahiran dan semangat serta jiwa. "Kita akan membawa lebih banyak kemajuan kepada Sarawak, insya-Allah. Kita akan pastikan pembahagian (pembangunan) ini dilakukan secara adil dan saksama kerana Islam menuntut kita supaya berlaku adil bukan saja kepada sesama Islam, malah kepada bukan Islam," katanya. Najib berkata, dalam konteks membina sebuah negara bangsa, kekuatan dalaman adalah amat penting. Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari yang mewakili Ketua Menteri Sarawak menyifatkan kehadiran Perdana Menteri dan isteri untuk berbuka puasa bersama rakyat di negeri ini sebagai bukti keprihatinan pucuk kepemimpinan negara terhadap rakyat Sarawak, sekali gus membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa rakyat.

9 comments:

SANGURU said...

alhamdulilah. Terima kasih.

Anonymous said...

Syukur Alhamdulilah semoga dari hari ini biarlah berlarutan peruntukan yg banyak d berikan kepada negeri Sabah/Sarawak....
Bukan kerana Tsunami politik yg melanda Politik UMNO/BN d Semenanjung tetapi biarlah ia datang dari hati pemimpin 1Malaysia yg benar2 tulus,Ikhlas,jujur dan nawaitu untuk Rakyat d Malaysia Timur ni....Benar2 kasihanlah Rakyat d Malaysia Timur ini Perdana Menteri yg mungkin terakhir dari UMNO/BN ini sahaja yg benar2 mengambil berat tentang kemiskinan dan kesusahan rakyat d Negeri Sabah/Sarawak ini.Kenapa PM2 no 1,2,3,4,dan 5 sebelum ini tidak berbuat sedemikian? Syukurlah kepada DS.Najib yg prihatin kepada rakyat d Malaysia Timur...D harapkan agar sebelum peruntukan ini d datangkan dari Kerajaan Persekutuan kenegeri Sabah d bawah bayu,Saya berharap Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman d GANTIkanlah terlebih dahulu....Almaklum sahajalah Pemimpin UMNO negeri Sabah pun lebih dari seperuh tidak menyukai akan CM yg ada pada hari ini. Apatah lagi Komponen BN yg lain mereka hanya kaki angguk sahaja seperti mana peribahasa berbunyi "SOKONG MEMBAWA REBAH" sahaja.....

Anonymous said...

Terima kasihlah kpd Kerajaan BN..

Tapi masalahnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian, berapa lama lagi kita menunggu segala peruntukan yang diumumkan itu sampai kepada rakyat.

Lihat ini dalam konteks Kota Marudu:

1. Sabah Baru (1994), janji BN 100 hari kemiskinan sifar bagi negeri Sabah. (Kota Marudu masih miskin sampai sekarang). Hanya menyebabkan rampasan kuasa daripada kerajaan yang dipilih rakyat(PBS) dan eksperimen pengiliran KM.

2. SDC 2007 (hanya gula-gula pilihanraya)satu apa pun tidak nampak.Kota Marudu tiada pun perancangan yang dibuat apa lagi tindakan..

3. RMK 9 (Sabah paling tinggi dapat bajet tapi apa kesudahannya. Apa Kota Marudu dapat setakat ini?.

4. Janji lagi bagi peruntukan yang tinggi dalam RMK seterusnya. Apakah ini omongan kosong Najib untuk minta sokongan lagi?..

Ini hanyalah antara beberapa janji kerajaan BN. Hanya cakap dan janji saja tapi buat tidak.

Sudah tahu Kota Marudu paling miskin di Malaysia tapi tiada satupun Plan Pembangunan yang konkrit khas untuk memajukan kawasan yang termundur di Malaysia ini.

Yang HAIRAN BIN AJAIB rakyat Sabah masih memilih BN. Mungkin menanti bulan jatuh ke riba agaknya...

PTI tidak diselesaikan, Pembangunan hanya ala kadar, Tanah rakyat habis diberikan kpd Syarikat luar, tiada plan ekonomi yang mantap. KENYATAANNYA, SEHINGGA KINI SABAH TETAP DI RANGKING PALING BAWAH DAN PALING MISKIN.



"Tidak salah beralih dari rumah banglo ke rumah teres jika di rumah teres itu tiada yang penipu".

Anonymous said...

Terima kasihlah kpd Kerajaan BN..

Tapi masalahnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian, berapa lama lagi kita menunggu segala peruntukan yang diumumkan itu sampai kepada rakyat.

Lihat ini dalam konteks Kota Marudu:

1. Sabah Baru (1994), janji BN 100 hari kemiskinan sifar bagi negeri Sabah. (Kota Marudu masih miskin sampai sekarang). Hanya menyebabkan rampasan kuasa daripada kerajaan yang dipilih rakyat(PBS) dan eksperimen pengiliran KM.

2. SDC 2007 (hanya gula-gula pilihanraya)satu apa pun tidak nampak.Kota Marudu tiada pun perancangan yang dibuat apa lagi tindakan..

3. RMK 9 (Sabah paling tinggi dapat bajet tapi apa kesudahannya. Apa Kota Marudu dapat setakat ini?.

4. Janji lagi bagi peruntukan yang tinggi dalam RMK seterusnya. Apakah ini omongan kosong Najib untuk minta sokongan lagi?..

Ini hanyalah antara beberapa janji kerajaan BN. Hanya cakap dan janji saja tapi buat tidak.

Sudah tahu Kota Marudu paling miskin di Malaysia tapi tiada satupun Plan Pembangunan yang konkrit khas untuk memajukan kawasan yang termundur di Malaysia ini.

Yang HAIRAN BIN AJAIB rakyat Sabah masih memilih BN. Mungkin menanti bulan jatuh ke riba agaknya...

PTI tidak diselesaikan, Pembangunan hanya ala kadar, Tanah rakyat habis diberikan kpd Syarikat luar, tiada plan ekonomi yang mantap. KENYATAANNYA, SEHINGGA KINI SABAH TETAP DI RANGKING PALING BAWAH DAN PALING MISKIN.



"Tidak salah beralih dari rumah banglo ke rumah teres jika di rumah teres itu tiada yang penipu".

Gaaman said...

Para Pemimpin BN Sabah x boleh goyang kaki walaupn PM dah berjanji utk menambahkan peruntukan. Itu baru janji dlm ucapan, yg penting kena buat susulan demi susulan demi susulan sehinggalah ke tahap pelaksanaan. Ingat! dulu banyak janji (termasuk yg bertulis-pembentukan Malaysia) tapi tidak juga ditunaikan.. oleh tu dalam kitaorang bersyukur kena beringat dan memantau perkembangan seterusnya.Usah terlalu mudah dibuai dgn janji2 manis.

Anonymous said...

terus terang saya katakan ini hanya omongan kosong..ini janji2 sudah diungkap/diucapakn berpuluh tahun yg lalu namun...KOSONGGGGG..

Anonymous said...

saya harap pemberian ic palsu yg telah duberi ditarik balik..dibatal

kyro said...

Hmm....kita tunggu dan lihat....buruk sudah gigi si Odu semua makan gula2 talampau banyak...

Anonymous said...

Pemimpin2 khasnya UMNO @ BE END yg SAH sudah nak jatuh kelongkang ni memang banyak janji dari dulu lagi. Pemimipin dari Malaysia timur ni saja SAH memang d BODOH2 kan oleh Pemimpin2 UMNO dari sana tu....D janji 100 hari perubahan memang tidak juga berubah ubah... Yg pasti tidak juga kenampakan perubahan yg d janjikan JANJI 100 hari tu...Saya percaya betul Pemimpin Sabah/Sarawak ni memang hidung mereka boleh d cucuk bah d bagi bertali mcm Kerbau d cucuk hidungnya.....Ingat sajalah nanti PRU Ke-13 saya sudah pasti tidak akan membenarkan Family saya utk memberikan Undi terlepas kepada BN. Saya satu family tidaklah banyak sengat d 1 Pusat mengundi (Pengundi d Pusat mengundi kami ada 3 seluran 1600 orang) daripada 1600 orang itu Family kami yg teramai...d sekitar 70% kalu saya boleh mendapatkan 50% Alhamdulilah lah....Kerana pada PRU ke-11 saya pulang ke Kampong dan ikut berkempen (sebuah Parti Pembangkang) untuk 1 org Calon kami memenangi 189 undi keseluruhan 3 seluran tong undi tersebut....Oleh yg sedemikian pada PRU Ke-13 ini saya ingin memestikan sekali lagi undi d sana akan bertembah...Kerana semasa beraya d Kampong selama 5 hari banyak sudah saudara2 dan kawan2 yg dahulunya sewaktu PRU Ke-12 membantu Calon BE END telah menzahirkan kepada saya untuk tidak Mahu mengundi BE END lagi kerana rata2 Saudara dan kawan2 saya mengatakan Kerajaan BN telah banyak memberikan dan mengeluarkan MYKAD kepada Pendatang dari Indonesia (Bugis), Philippine,Pakistan dan India....Seorang daripadanya Dr (Jbt Haiwan)mengatakan kepada saya banyak yg Praktikal d Jabatannya adalah Keseluruhannya Anak2 Bugis dari Pantai Timur...Oleh yg sedemikian dia menyeru kepada yg berhari raya d rumah saya terutamanya anak2 muda Jangan memberikan Undi kepada BE END dan dia juga berkesempatan menyuruh anak2 muda yg belum mendaftar d SPR agar mendaftarlah secepatnya....Fenomena ini dia katakan adalah satu Fenomena yg benar2 menakutkan buat anak2 dan cucu/cicit kita d masa dapan.....Fikir2kanlah !!!(TUAN COBRA)