SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, September 9, 2009

SAYA PEMBANGKANG (PARTI PEMBANGKANG)?

'Saya kaki tangan kerajaan dan saya bersahabat dengan para pemimpin BN/Kerajaan, saya juga pengerusi badan NGO yang baik hubungan dengan kerajaan, bahkan saya masih boleh dipanggil untuk mengangkat senjata bagi mempertahankan kedaulatan negara ini, maka wajarkah saya dikatakan oleh "beliau" sebagai Anti-Kerajaan?" - Sanguru
Sejak mula, SAM dianggap pembangkang hanya kerana SAM amat pantas memaparkan kebobrokan dalam masyarakat, papar isu setempat, papar masalah rakyat dan sebagainya. Lucu! Sedangkan ada staf SAM orang berjawatan dalam BN. Dalam kesempatan ini saya menegaskan bahawa SAM bukan pembangkang atau ahli parti pembangkang. Kalaupun suara SAM seperti suara parti pembangkang, bukan kami ikut belakang pemvangkang, pembangkang yang ikut belakang kami? Yang sebenarnya kami d' SAM pendukung visi dan misi kerajaan, bahkan menjadi mata dan telinga kerajaan.
Saya pula sejak tahun 1994 dicop oleh sebuah parti politik komponen BN di Kota Marudu ini sebagai "ANTI KERAJAAN" hinggakan diadukan ke KPM. Ranking No.1 dalam senarai lagi tu. Patutkah, logikkah? Alhamdulilah saya bebas dari fitnah itu. Terima kasih kpd pegawai atasan yang masih boleh membezakan antara warna "putih" dan "hitam". Tahukah anda, selepas election 2004, ramai guru-guru di KM kena panggil menghadap Unit Tatatertib gara-gara komplen orang politik . Pertuduhan yang sama. Anda tahu jawapan mereka? Tanyakan kepada unit tersebut, mereka anti siapa sebenarnya! Tanyakan juga kenapa mereka bersuara, dan untuk siapa suara mereka? Itulah sebabnya mereka dibebaskan tanpa salah. Ini bukan cerita rekaan. Tuan/puan pun kenal saya bukan pak dalang atau lawyer buruk. Jika mahu kepastian sila bertanya kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah (dulunya Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Marudu). Itupun kalau tuan/puan dibenarkan melihat fail-fail sulit di sana. Akhirnya saya ingin kemukakan satu soalan ringkas kepada yang berkenaan: SIAPA SEBENARNYA ANTI KERAJAAN (PARTI PEMBANGKANG) SEMASA ERA 1994-2004? SIAPA SEBENARNYA YANG MENGAJAR RAKYAT JADI PEMBANGKANG? SIAPAKAH PULA YANG PERBODOHKAN RAKYAT? - SAYAKAH ATAU DIAKAH?

5 comments:

DINAKAN said...

saya setuju dengan penerangan sanguru, ini kerana SAM mrupakan 'BEBAS' daripada membuat penulisan berunsur fitnah atau lucah.

SAM juga bukan terdiri daripada PEMBANGKANG, namun keseluruhannya adalah membantu KERAJAAN.

Little Mike (LM) said...

setuju.. SAM bukan PEMBANGKANG

MindaGuru said...

SAM adalah suara rakyat..siapa yang prihatin terhadap KM pasti mendapat manfaatnya..

Sulaiman Hanim said...

Saya memahami apa yg d maksudkan Sanguru tu...Memanglah kalau kita terlalu lantang bersuara pasti kita d Cop anti Kerajaan oleh orang2 Politik apa tah lagi kalau suara dan runggutan kita tu banyak yg negatif...he he he pasti org Politik GAM atau CAM kita bukan menyebelahi pihaknya...Apa tah lagi pada Zaman dahulunya kebanyakaan (Bukan semuanya) guru2 yg pro ke Pihak Be End ketika itu. Almaklum sajalah Parti d dalam negeri Sabah ni belum lagi semuanya d dalam Be End dan sekarang ni kesemuanya Komponen Be End sudah d Divide & Rule oleh pemimpin 1Malaysia kita bah.Permasaalahannya sekarang adalah Rakyat kita d negeri ini harus berani bersuara dan Bijak berfikir kearah pemikiran yg Positif untuk Rakyat Negeri/Negara Malaysia kita, Bukannya hanya takut akan kepentingan Perut belingkar saja yg mau d jaga kalau ada hati nak jaga Rakyat Negeri/Negara Malaysia ni...Selaku rakyat Negara yg berdaulat kita janganlah melangar undang2. Kerana Negara kita ini pun ada Akta OSA...Kalau rakyat kita terlalu d belanggu dengan sedikit2 tangkap dan akta OSA susah juga kita nak bergerak dan menuju kearah kepemikiran yg terbuka....Tergantung saja kepada Pemimpin2 Negara ini mau memundurkan pemikiran rakyatnya atau mau menangkap rakyat yg berani bercakap...?

SANGURU said...

saya suka/setuju ISA dan saya beriman dengan ISA (Nabi Isa). Telah kukaji sejarah para pejuang, tidak semua pejuang hebat mesti merengkuk dalam penjara. Maksudnya, pejuang x semestinya ekstrim, harus jua pandai mengikut rentak, namun...sangat sedikit pejuang hebat yang pegang kuasa di akhir perjuangannya. Inilah jenis pejuang yang menjadi idolaku, anda bagaimana?