SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, September 1, 2009

SEDIKIT KISAH MENARIK TENTANG SAM

Semasa saya berada di Sarawak, saya telah menerima SMS dan beberapa panggilan telefon berhubung artikel tentang 'CUKAI' yang dikuatkuasakan oleh MDKM baru-baru ini. Pada mulanya, saya menyangka bahawa seseorang cuba menguji atau mempermainkan saya. Namun, apabila saya amati dengan betul, suara dalam talian tersebut sebenarnya memaklumkan bahawa SAM telah mencapai satu tahap perjuangan yang diluar jangkaan saya. Justeru, saya segera maklumkan sanguru dan sdr Tompinai berkenaan topik tersebut dan mereka juga seolah-olah tidak percaya ianya adalah hasil penulisan atau perjuangan SAM. Jika kita imbas kembali penulisan yang diutarakan oleh penulis-penulis SAM, ianya kelihatan seperti satu perbincangan kosong, satu luahan perasaan kosong atau satu kaedah memaparkan keadaan semasa kepada pembaca atau ahli SAM sahaja. Namun, berkat kegigihan ahli-ahli SAM, tidak sampai dua bulan artikel tersebut telah menarik perhatian Kerajaan. Ianya dapat dilihat melalui agihan peruntukan buat pertama kalinya kepada PBT Sabah dan Sarawak seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini. Justeru, tidak hairanlah jika pada tahun 2010 banyak kemajuan dan perubahan ketara kepada daerah Kota Marudu khasnya. TERIMA KASIH KERAJAAN PERSEKUTUAN...!

11 comments:

kunsikang said...

kalau betul la PBT sabah dapat separuh daripada pemberian geran kepada PBT seluruh malaysia baru-baru ni.

MDKM tu masih mau pungut cukai ka? atau sasarkan projek ja?

duit...duit...duit....

surindit said...

syabas SAM...
satu hari nanti, saya mau SAM jadi mcm Berita Harian atau Harakah pun ok la.

SYABAS... TERUSKAN USAHA SAM MEMBELA DAN PERJUANGKAN NASIB MASYARAKAT KOTA MARUDU.

SANGURU said...

saya dah kata, klu MDKM masih teruskan cukai kpd org2 kampung, sahlah saya jadi PEMBANGKANG tapi bukan PR kerana PR KHUSUSNYA DI KM NI TAK BUAT KERJA BELA RAKYAT, Jangan main2 dgn sahabat rakyat...

SANGURU said...

Kpd PR khususnya di KM, jangan ambil hati teguran ikhlas sanguru ini ya. Buatlah sesuatu jika ingin memenangi hati kami rakyat. Jangan sekadar mengharap menangguk di air keruh. Kalau tuan2 proaktif teguran ini, ada harapan bah. Hehehe

SANGURU said...

Kpd BNku, tingkatkan lagi bakti dan prestasi. Kalau PR buat 1, tuan2 buat 11, klu PR buat 11, kalian buat 111....pasti kekal berkuasa.

Bila BN dan PR berlumba2 buat bakti, kami rakyat seang hati! Inilah motif SAM.
Kami pembawa rahmat, insyaAllah...

Umar al-Longobi said...

haha...surindit, harakah pun oklah ah.

"RAKYAT DIDAHULUKAN, KERAJAAN DIPERTAHANKAN"

Anonymous said...

ape crite korang ni? Cukai ape nye? Org kg pun kena ke? X patutlah gitu bangggg...

Anonymous said...

terima kasih SAM kerana meaparkan artikl ini.... kami sungguh bangga dan terharu.

budak cute said...

saya harap MDKM kan dapat kesedaan melalui bajet dan teguran org2 kita dalam SAM.

teruskan menulis tuan/puan dalam SAM. RAKYAT BANGGA!!!

budak marudu said...

buli tahan ini SAM...
Semoga terus memaparkan benda positif.

Anonymous said...

harap2 tiada sudah itu cukai.