SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Esok 19 september 2009 akan di umumkan tarikh hari raya samada jatuh pada hari ahad atau hari isnin.Kalau jatuh pada hari ahad tarikhnya cantik sekali 20.09.2009. Tapi jangan pula ada yang beli nombor ekor ya mentang-mentanglah nombornya begitu cantik. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,MAAF ZAHIR dan BATIN kepada semua warga SAM serta seluruh umat islam dimana saja berada. Sengaja buat ucapan awal-awal kerana selepas ini saya akan sibuk membuat persiapan menyambut hari raya. Entah macamana dulu almarhum ibu menguruskan kami 14 orang kerana saya setakat menjadi ibu kepada 5 orang anak lelaki sahaja sudah cukup bengang.Hmn.... Awalnya saya bercadang untuk berhari raya di rumah peninggalan almarhum ibu dan bapa di Tandek, tapi apakan daya kerja-kerja membaik pulih rumah tersebut masih belum siap. Maka terpaksalah saya berhari raya di Kota Kinabalu. Seperti selalu saya akan membuat rumah terbuka pada malam hari raya pertama.Jika berkesempatan jemputlah datang kerumah saya di A40-27,Lorong 8,Taman Indah Permai,Jalan Sepanggar,Kota Kinabalu. Kepada mereka yang balik kampung tu berhati-hati di jalan raya.

11 comments:

maikong said...

terimakasih atas jemputan pn,,,bah kwn2 sam apalagi cuba2la pigi indahpermai..sya indala dpt pigi..jauh sikit ..aku di twu bah ini..tempat asal moyang Pn..
happy rayaday..

Gaaman said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri utk puan sekeluarga.

ison said...

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin in advanced juga.

Ooo tinggal sana Taman Indah Permai rupanya si Pn. Kyro kita ni. Ada juga keluarga dan kawan2 yg tinggal di sana tu.

Hopefully jatuh pada hari ahad la Hari Raya ni kali. Kalu ada kelapangan, akan menjenguk la ke sana. Terima kasih atas jemputan. :)

Mogoron said...

Selamat Hari Raya
Bangga dengan bakti bapa Pn terhadap anak-anak Tandek. Bapa kami sempat juga berguru dengan bapa pn.

kak jayn said...

tatap raya tahun ini aku datang!!! yah...

JMimie said...

Kali ni gerenti sya tidak konfius gender lagi sbb siap dgn gambar ni entry...hehe

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Puan Kyro & keluarga juga kpd semua staff SAM dan pembaca2 setia SAM.

SANGURU said...

adehhh...bah tahun depan kita raya d rumah bersejarah itu kie.
Maaf zahir d batin.
Tq atas sumbangan selama ini.

SANGURU said...

20 09 2009 mmg lawa dan jarang2 akan berlaku.

ILLIE said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Kyro dan keluarga..100% sia inda dapat datang ke rumah terbuka tapi bulan 10 nanti sia tatap datang makan di restoran Kyro..kalu ada saki baki kuih raya...kasi hidang sija lah..biarpun serbuk2 biskut..hehehe

Anonymous said...

Mungkin raya tahun 2009 belum pasti jadi tau...Tadi pemegang Mohor tu ada sms saya, dia bilang "RAYA TAHUN NI MUNGKIN TDK JADI,DAN TERPAKSALAH KITA MENYAMBUNG PUASA LAGI SAMPAI BULAN OGOS 2010 NANTI" Aduh saya bilang bagus jugalah kalau ada Amanat dari Nabi besar kita kata begitu...he he he he...Tanpa ada CANDA dekat2 hari raya ni tidak bagus juga bah...Puasa cuma 2 hari saja lagi...Tanpa Gurauan dan ketawa maka stress kita berpuasa..."SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI" dari saya "TUAN COBRA"

Umar al-Longobi said...

salam aidilfitri kpd pn. kyro sekeluarga & semuanya. maaf zahir & batin...

note: bulih2 tu pic pn. jelingan panganu ketu? hehe. gurau ya bos...