SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, September 7, 2009

Siapa Yg Menjadi Pilihan?

Hujan begitu lebat pada petang itu. Kilat sambung-menyambung. Guruh membingitkan kedaan kelam. Di sebuah perhentian bas, ada tiga orang yang sedang menunggu teksi. Katakan anda membawa kereta yang muat untuk seorang penumpang sahaja. Maknanya, dalam tiga orang itu hanya seorang sahaja yang boleh menumpang dengan anda. Sementara dua orang lagi terpaksa tinggal. Kriteria penumpang adalah seperti berikut: Penumpang 1- Wanita tua yang uzur. Penumpang 2- Sahabat karib. Penumpang 3- Kekasih. Soalannya, penumpang mana yang akan menjadi keutamaan atau pilihan anda? Adakah kekasih anda? Sahabat anda? atau nenek yang tidak berdaya itu? Biasanya orang akan mengutamakan kekasih. Al-maklumlah, semuanya harum masa cinta berbunga, hahaha! Jawaban anda akan menggambarkan 'permata' jenis apa yang anda miliki. Pengunjung boleh meninggalkan jawaban di ruangan komen. Jika tidak berkesempatan, jawablah sendiri di dalam hati masing-masing. Selamat mencuba!
Nota: Sekadar merehatkan minda.

18 comments:

Anonymous said...

saya pilih kekasih..ada sebab....

Anonymous said...

kekasih.. bleh menambahkan zuriat.

Anonymous said...

urang tua yg mau mampus suda ... ada pasal

Umar al-Longobi said...

haha, tq semua. minda anda memang fresh, bagus!

"menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak"

ada 1 jwpan yg memenuhi kehendak peribahasa di atas. teruskan berfikir... :-)

anak sungai said...

hai kawan..kalau saya, ini peluang terbaik berdua-duan dgn kekasih dalam keadaan hujan di bus stop. minta sahabat karib antar itu orang tua dulu..he..he dpt berbakti sambil dapat dating..

Little Mike (LM) said...

sya akan suruh kekasih pandu kereta hantar SAHABAT KARIB... saya akan menemani orang tua dan bertanyakan asam garam hidupnya untuk pedoman seterusnya...

kekasih anda sudah bersama dengannya sebelumnya dalam tiap waktu, tiap tempat dan masa...

anda juga ada sahabat kerib yang menemani keriangan waktu-waktu terluang... dan bila2 masa anda boleh memiliki waktu lagi bersama sahabat atau kekasih...

dengan orang tua- anda tinggal punya waktu yang singkat untuk menyelami pengalamannya...

Umar al-Longobi said...

AS,

jwban anda hampir2 tepat. sikiiiiit lagi. aik... yg "berdua2an" itu, bahaya tu. sudahlah sejuk hujan, kana sogit lagi. habislah... haha

Umar al-Longobi said...

LM,

terharu sy membaca komen tuan. hehe... ini jwbn seorang calon suami yg baik. dan, penganalisis yg kritis. mungkin juga calon pemimpin KM pada masa akan datang. teruskan perjuangan...:-)

ison said...

Persoalan ini bukan susah mau dijawab tapi... banyak perkara yang kita perlu buat andaian.

Adakah 'anda' yang dimaksudkan itu diandaikan sebagai pemandu teksi yang memang bekerja untuk mengambil dan menghantar penumpang pada waktu itu.

Atau 'anda' sebenarnya memang ke bus stop itu untuk mengambil kekasihnya.

Juga samada 'anda' sedang memandu kereta yang penuh dengan barang muatan atau penumpang lain untuk pergi ke suatu tempat.

Atau 'anda' hanya sedang santai dengan kereta sport yang memang hanya memuatkan dua orang penumpang saja.

Dan kita kena andaikan juga yang hanya 'anda' seorang saja yang mampu untuk menolong ketiga2 orang dalam pilihan tersebut.

Andaian2 seperti itulah yang membuatkan persoalan ini menjadi semakin susah untuk dijawab. Hehe...

Contoh Kes: Jika saya adalah 'anda' itu dan saya memang sedang membawa kereta sport untuk menjemput kekasih saya di bus stop tersebut, sudah tentu kekasih saya yang saya pilih. Lagi pun manalah saya tahu samada sahabat karib saya dan wanita tua tu memang berhajat untuk menumpang kereta saya atau tidak. Kut2 dorang sedang menunggu orang lain juga. Hehe...

Lainlah kalau kes kecemasan seperti orang tua tu tiba2 kena serangan jantungkah atau sahabat karib saya tu memang 'desperate' sangat untuk saya tolong dia hantar ke sesuatu tempat. Itupun ada cara untuk tolong selain daripada tumpangkan ke kerata sport saya.

Nota: Ini baru satu kemungkinan kes. Banyak lagi kemungkinan kes yang lain dan sudah tentu lain lagi jalan ceritanya nanti. Hehe... :P

Umar al-Longobi said...

Ison,

Memang layaklah tuan dilantik sebagai doktor. Cara berfikir lain drp yg lain... mantap! hehe..

note: komen tuan/puan mungkin akan mengubah jwban asal persoalan ini. sy sedang berfikir...

ison said...

Haha... Umar. Macam biasa juga bah. :P

Mr. Aki Abad 21 said...

kalau pikiran mr. aki yang kampung2 sahabat dan kakasi biar dulu.... urang tua ini sya lasi muat dulu pasal dia suda uzur dan tua... mana tau atas kabaikan kita itu sagala ilmu dia kasi turun pada saya... ilmu itu paling mahal, kakasih bulih dapat lagi kalau dia marajuk gara2 sya angkat urang tua ini...bagitu juga sahabat kalau diurang marajuk gara2 saya angkat urang tua....atau sya hukum sahabat dan kakasih sya itu kalau diurang mara2 atau marajuk. hukumannya, kakasih sya itu sya putuskan ikatan, banyak lagi sumandak d dunia ini yg bagu2...parangai marajuk2 ini indada guna... sahabat sya hukum dia dngan panampar...pasal dia laki2 indada tangung jawap....ringkasnya; urang tua sya kasi naik kurita saya duluan...kakasih,sahabat yag marajuk2 atau parangai2 indada guna layak d kasi buang sana lungkangggggggg......

SANGURU said...

setuju cara pemikiran ison dan LM. Klu ngam2 kreta sy blh muat lebih, sy x rugi bawa semua. Keputusan ditangan saya mehhh...dan ini amalan sy pun selama ini. Kekasih sy/isteri sy ok saja. Bersuamikan org NGO, isteri mmg setia, sabar dan prihatin. Klu keta sy dua seat saja, bah pa blh buatlah, ambil kekasih la dulu. Tentunya sy dtg khusus utk si dia, so, dahulukan yang utama. Org besar pernah jemput sy ke rumahnya ada keramaian, coz ada org kg jemput duku, sy dahulukan org kg.

JMimie said...

waa...hebat2 ni pandangan semua :D

kalau sya yg bagi pendapat mungkin lain sedikit sbb sya memandang dari kaca mata sebagai wanita, so driver itu pun mestilah sya andaikan sbg wanita..hehe.

Kalau 'anda' itu saya, spt yg dikatakan oleh ison, sblm memutuskan pilihan, harus betul2 jelas dulu situasi yg sebenar barulah dapat buat keputusan yg sepatutnya....

tapi kalau memang terpaksa memilih 1 di antara 3 (dengan mengabaikan dulu semua andaian2 yg lain)maka sebelum sya memilih saya akan pertimbangkan keadaan dan perasaan ketiga2 mereka dengan sebaiknya:

1) siapakah di antara mereka bertiga yg paling kecewa/terluka jika saya tidak memilih dirinya?

wanita tua dan uzur - jika saya tidak memilih dia, dia tidak akan terlalu kecewa kerana dia tahu dan redha bahawa ada orang yg lebih penting dari dirinya di mata saya

sahabat karib - mungkin dia kecewa tetapi dia masih dapat menerima kerana dia pun sedar kekasih saya lebih berhak dari dirinya

kekasih - jika saya tidak memilih dia, dia pasti orang yg paling kecewa kerana akan merasa dirinya tidak terlalu bernilai pada saya sehingga orang lain kelihatan lebih 'berharga' daripada dia di mata saya

Dalam situasi spt ini, sudah pasti saya tidak mahu mengambil risiko melukai hati orang yg sangat saya sayangi....umpama benda yg fragile begitu jugalah hati seorang kekasih...merajuk bukan bermakna dia tidak boleh memahami tetapi kena ngam cara agar hati yg fragile tidak mudah 'pecah'.

2) Keadaan siapakah yang paling mendesak memerlukan pertolongan saat itu?
Jika wanita tua atau sahabat karib, maka saya akan mencari kata sepakat dari kekasih untuk mendahulukan mereka dahulu. Jika tidak menemui kata sepakat, maksudnya kekasih tetap tidak boleh bertolak ansur, maka saya akan mencari ikthiar lain utk membantu wanita tua/sahabat karib tersebut dgn cara mencari teksi lain atau menghubungi rakan2 lain etc utk membantu dua orang ini. Kecualilah kalau memang betul2 emergency, sudah pastilah wajib ditolong serta merta tidak kira siapa dia.

SANGURU said...

tahniah umar. Org bijak pandai ada berkata, utk menilai orang, antaranya 2 cara:
1. Caranya bertanya, dan/atau
2. caranya menjawab.
Maka taulah kita skg?...

Umar al-Longobi said...

tq mr. aki, sanguru dan mimie atas pandangan yg mantappp! si mimie tidak hairanlah, sebab dia baru menghabiskan penulisannya ttg "Determining The Right Choice"-part 3, hehe..

sebenarnya teka-teki ini ditanyakan oleh seorg tertuduh (lelaki-tidak bersalah) yg dipenjarakan kpd seorg pegawai polis (lelaki-yg jujur) dlm movie "16 Blocks". si tertuduh balik2 bertanyakan soalan itu tapi tidak dilayan oleh anggota polis tsbt. di akhir ceritanya barulah anggota polis itu menjawab bhw, dia akan keluar dari kereta dan meminta sahabatnya pergi membawa wanita tua tsbt. sementara dia akan bersama2 dgn kekasihnya menikmati keindahan suasana.

haha... mungkin jwpn itu sesuai utk cara hidup di Barat (walaupun bertentangan dgn hukum beberapa agama). tapi bagi kita rakyat msia pastinya akan berpegang dgn nilai2 ketimuran. situasi berikut mungkin boleh dipertimbangkan (cth: jika "anda" & sahabat =lelaki):

1. kalau nenek itu yg dibawa, sanggupkah kita membiarkan kekasih kita berdua2an dgn sahabat kita? sahabat pun kdg2 bukan boleh percaya, haha..

2. kalau sahabat yg kita bawa, bgm dgn keselamatan kekasih dan nenek itu. kalau peragut atau per...l datang, mcmana?

3. kalau kekasih yg dibawa, mungkin keselamatan nenek itu lebih terjaga kerana sahabat kita ada. risikonya, si "anda" itu tidak menyimpang kah? haha...

saya pun x tahu apa jwpannya. tapi, bilang org bijak pandai... kalau berkumpulnya 2 kemudharatan, pilihlah kemudharatan yg paling ringan. "ringan" itu pula berbeda mengikut kemampuan masing2.

Salam perjuangan!

Balsam said...

Wah...pandangan2 yang siukk dibaca...Sdr Umar..permata sy tidak cukup kasi bekilat keliling2 sy...

Macam sy x mau jadi tukang bawa kereta tu...Hehehe..Sy mau tambah satu watak lagi; Budak yang kasajukan duduk di pisuk2 bus stand...

Sy tinguk sajalah 'si anda' tu mengurus 3 orang di bus stop...
Sy rasa, apapun tindakan diurang, ngamm saja ikut situasi, emosi n niat masing2...Nilaian akhir bukan letak pada diri sendiri tapi pada Dia...

Hehehe..time meninguk-ninguk, mungkin sy pun teringin juga tumpang keta 'si anda' tu...ahh...di bonet pun buli juga, selesa untuk budak kecil...kekekekek

Maya said...

Bukan tersesat tapi memang sedang mencari tempat untuk berehat lalu menyinggah di sini.

Wah! Bagus2 tu komeng dan walau pun sudah banyak jawapan mengikut persepsi sendiri tetapi saya teringin berkongsi komen mengenai 'anda dan 3 orang' itu.

Kalaulah saya menjadi anda yang dimaksudkan dalam cerita bebbentuk pertanyaan itu, saya akan berbincang dengan kekasih saya terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan. Bukannya ap, sekurang-kurang, saya dapat menghidu kekasih saya itu boleh saya jadikan pasangan hidup sehingga ke akhir hayat atau pun sebaliknya.

Berkenaan dengan sahabat pun saya tak boleh ketepikan pendapatnya, namun pendapat sahabat saya itu akan saya nilai kalau2 ada udang di sebalik maggi.

Tentang orang tua yang uzur sebab menurut cerita ini, orang tua itu tidak dikenali oleh 'anda', maka ianya sangat bergantung kepada perbincangan singkat yang saya buat dengan kekasih dan sahabat saya.

Apabila saya mengutamakan keutamaan, sudah tentu saya pilih kekasih dahulu tetapi keutamaan pada situasi2 tertentu harus didokong oleh 'utama dan sangat penting/mendesak'.

Lalu, akhirnya saya rela memilih Orang tua yang uzur itu sebab kalau kekasih saya jenis yang setia dan berhati mulia, kekasih saya pasti bangga dengan keputusan yang saya buat sementara sahabat saya pula, kalau dia sahabat yang baik dan tulus, dia pasti menyokong keputusan yang saya buat.

Kekasih yang saya perlukan adalah orang yang saya mahu habiskan susah senang hidup saya bersamanya.

Sahabat yang saya inginkan adalah sahabat yang saya boleh bantu dan percaya sebagaimana dia boleh percaya dan menerima bantuan saya.

Komen ini sekadar hiburan.....