SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, September 15, 2009

SIHAT DIHARI LEBARAN

Salam kasih kepada semua rakan2 dan pengunjung setia SAM. Sedar tak sedar saudara dan rakan2 yang beragama Islam akan menyambut Syawal tidak lama lagi.. Sudah tentu sekarang ini sedang sibuk untuk menyediakan persiapan akhir untuk menyambut hari lebaran. Semua perlu disediakan baju raya,duit raya, budget raya (hehehe...) tidak ketinggalan kuih muih dan senarai menu di pagi yang mulia itu nanti..

Saudara terkasih, didalam kesibukan untuk berhari raya jangan lupa utk mengamalkan beberapa amalan kesihatan semasa hari lebaran seperti, Amalkan 5M dalam diet lebaran 5M merupakan satu pendekatan baru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia terutamanya dalam pengambilan makanan secara sihat. Ia adalah singkatan bagi (Mengurangkan GULA, Mengurangkan GARAM, Mengurangkan MINYAK, MELEBIHKAN buah-buahan, MELEBIHKAN sayur-sayuran). 5 Panduan makanan yang selamat ialah ( Jaga kebersihan, Asingkan makanan mentah dari makanan yang sudah dimasak, Masak dengan cara yang betul, Simpan pada suhu yang selamat, Gunakan air dan bahan mentah yang selamat).Gunakan deria anda di Aidilfitri....Semasa berkunjung kerumah sanak-saudara dan sahabat handai di aidilfitri, kebiasaannya kita akan dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah seperti ketupat,rendang, dan lemang. Walaubagaimanapun, makanan ini boleh juga menjadi punca kepada keracunan makanan kerana pada kebiasaannya, menjelang aidilfitri acara memasak dijalankan seawal pagi atau sehari sebelumnya.Untuk mengelakkan masalah keracunan makanan diAidilfitri, anda boleh mengamalkan konsep berikut dalam membuat penilaian ringkas sama ada makanan tersebut masih elok atau telah basi. LIHAT (Berbuih,berlendir,berkulat,tamat tarikh luput), HIDU ( Berbau tidak menyenangkan dan berbeza daripada biasa) dan RASA ( Makanan yg telah menjadi basi/busuk kebiasaannya akan memberi rasa masam atau tidak enak utk dimakan)

SUMBER:-

  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
  • Info Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ADILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

7 comments:

SANGURU said...

posting yang ada faedah besar. Amat sesuai di hari lebaran dan hari2 biasa.

MindaGuru said...

yaaa..kesihatan tidak dapat dibeli dengan duit..mungkin badan sama seperti kereta , susah dapat"spare part", dan nilainya terlalu mahal.

MindaGuru said...

Maaf tersilap bunou, badan manusia tidak seperti kereta, suasah dapat "spare part" (kalau ada) ... jadi masing2 kunun kita jaganya.. Maaf Zahir batin

SANGURU said...

TB, Mindaguru...jemput ke teratak sy raya ke-5 kio. Yg baca jemputan ni pun dijemput sama. Hehehe...
Masa: 10 am - 10 pm
Pakaian: suka hati
Duit raya: adesss...under 12 ja la dpt. Hehe

tulunbunou said...

Saya setuju pendapat Sanguru dan Minda Guru. Menjaga kesihatan tidak semestinya di hari perayaan sahaja kerana kesihatan tidak dapat dibeli dgn wang ringgit..

Sanguru, aturrr... adesss... nda da pla duit raya klu > 12 thn... hehehe

Umar al-Longobi said...

kesihatan zahir & batin. dua2 tu penting. tapi yg paling penting, batinnya...

well done TB!

kyro said...

Babanar ino Tulunbunou,kada padadarakan mangakan mentang2 1 wulan puasa.Hehe