SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, September 10, 2009

Tandek Oh Tandek

Kalau tidak silap saya,kami sekeluarga mula menetap di Pekan Tandek dalam tahun 1965.Masa itu jalan raya belum ada lagi.Almarhum bapa saya ketika itu bertugas sebagai Guru Besar di GPS Bandau jaraknya lebih kurang 12 batu dari Tandek.Kerana tidak ada jalan raya perjalanan dari Pekan Bandau ke Tandek mengambil masa lebih setengah hari. Untuk ke Tandek kami sekeluarga menaiki basikal.Jalan yang ada ketika itu hanya sampai di sungai Rakit.Dengan menggunakan rakit yang diperbuat daripada buluh atau bangkar dalam bahasa Sabah,kami menyeberangi sungai dan meneruskan perjalanan ke kampung Damai.Dari Kg Damai kami terpaksa berjalan kaki melalui denai (alun-alun kata orang Sabah) di celah hutan di kampung Ongkilan.Sesekali bapa terpaksa menggendong saya. Walaupun perit perjalanan ini kami teruskan dan beginilah kami saban minggu,balik ke Tandek untuk membuka tanah ladang milik almarhum ibu.Di ladang kami tinggal di sebuah pondok yang usang (sulap dalam istilah Sabah).Untuk mendapatkan bekalan air bersih kami mengambilnya dari sungai berhampiran dan hanya bertemankan lampu pelita diwaktu malam. Makan malam berlauk ikan kering panggang (liniking/sinalau) dan sayur rebus terasa enak sekali. Hidup dalam kedaifan tetapi saya merasa sangat seronok dan gembira.Apa tidaknya setiap malam bila bulan mengambang,saya sekeluarga akan duduk di beranda melihat cahaya bulan sambil menyanyi ....oh bulan mana bintang,atas pucuk kayu ara,oh tuan mana hilang,dalam dapur atas para....Panjang lagi senikata lagu itu sebenarnya tapi masa saya kecil2 dulu saya selalu tertanya-tanya dapur saya mana ada para,dapur saya hanya ada rapuan (tungku),tempayan dan batang buluh tempat mengisi air.Selain bulan, kunang-kunang (kelip-kelip) menjadi teman penghibur hati. Bila almarhum bapa dipindahkan bertugas sebagai Guru Besar di GPS Tandek,hati saya senang sekali.Tak perlulah lagi berbasikal,berakit dan berjalan dalam hutan untuk keladang.Dan bapa pula mengambil keputusan untuk membina sebuah rumah yang lebih baik.Untuk ke pekan Tandek saya hanya perlu berjalan kaki lebih kurang 1 batu melalui denai.Walaupun Pak Tua Baudi abang kepada ibu saya mempunyai speed boat,saya lebih rela berbasikal atau berjalan kaki. Menyusuri sungai yang bengkang bengkok dengan speed boat memyebabkan saya muntah hijau setibanya di pekan Tandek.Sedangkan bila berjalan kaki saya boleh memetik bunga-bunga hutan dan sesekali menangkap uir-uir dan kumbang emas.Saya akan mengikat benang yang panjang di kaki kumbang emas dan membiarkannya terbang sementara tali benang terus saya pegang.Seronok rasanya berlari-lari anak sambil melihat sayap kumbang emas yang berkilauan. Setahun selepas pilihan raya Sabah yang pertama pada tahun 1966,jalan raya mula dibina di Tandek (lihat gambar).Inilah jalan pertama dibina yang menghubungkan pekan Tandek dengan Bandau dan lain-lain pekan di Sabah.Jalan ini berada di hadapan rumah keluarga saya.Dijalan inilah tempat saya bermain saranggou (kaki hantu) yang diperbuat daripada buluh dan dijalan inilah juga saya dan abang saya Anang merempit menggunakan basikal. Pembinaan jalan raya ini banyak membawa manfaat kepada seluruh warga pekan Tandek dan sekitarnya.Dengan adanya jalan ini ramai warga Tandek membina gerai tepi jalan untuk menjual hasil kampung seperti atap nipah.Saya pula lebih mudah berjalan ke sekolah dan ke pasar untuk menjual sayur.Biasanya sayur yang saya jual habis sebelum tiba di pasar kerana sepanjang jalan saya akan mengiklankan jualan saya "sayurrr-sayur". Hari ini 10 september 2009 selepas 43 tahun,ketika kawasan sekitar menikmati kemajuan.Jalanraya sana-sini dinaik taraf, Jalan Tandek yang suatu ketika dulu merupakan jalan utama terus terbiar tidak terurus jauh sekali dinaik taraf.Rumput rampai mula melitupi jalan dan dalam waktu terdekat jalanraya ini akan turun taraf menjadi denai. Gambar diatas saya ambil beberapa hari yang lalu ketika saya balik ke Tandek untuk meninjau ladang almarhum ibu.Terasa sedih melihat keadaan ini.Aduhai Tandek.

17 comments:

ison said...

Hehe... Itulah sebahagian yang saya sentuh dalam cerita 'Cuba Kita Bertanya' tu Kyro. Malangnya ada juga orang yang tidak puas hati dengan SAM, seolah2 lebih suka Tandek, Kota Marudu terus mundur.

Tidak apalah, selagi kita mamhu berjuang,kita teruskan perjuangan. Teruskan penulisan nostalgia yang menggamit perasaan ini Kyro.

MindaGuru said...

Kyro, gambar2 seperti ini perlu terus dipaparkan agar mereka2 yang masih terleka boleh buka mata..sesetengah tempat kita masih dahagakan pembanguan..

Jurayina Mimie Mabin said...

Walaupun saya jarang2 mengomen tulisan2 sdr Kyro tapi saya minat dan suka betul baca setiap tulisan2 sdr...penuh nostalgik dan pasti sarat dgn pengajaran.

Keep it up!

ison said...

by the way, hari ini b'day kau ka kyro? kalu ya. i wish u a blessed b'day. :P

SANGURU said...

pembetulan: gelaran utk kyro bukan sdr tapi datin opss PUAN.
Makluman: bday beliau pd 12.9.2009.
"SELAMAT HARI JADI PUAN KYRO DARI KAMI WARGA SAM"...teruskan mencoret kisah dulu2...ini kepakaranmu dan kerana inilah puan dipilih. Hehe...

Balsam said...

Salam Pn. Kyro..
Tulisan simple tapi berkesan hingga ke lubuk hati..Saya paling tertarik perenggan 6 n perenggan ayat terakhir sebab saya juga pernah merasai suasana ini. Terimbau kembali zaman kanak-kanak...Walau ruang masa berbeza...Ohh..tertitis juga airmata....

p/s: Pn. Kyro, i thnk i wnt 2 gve u smthng on ur bday...Plss gve me ur addrs...in kk, which 1 is ur restrn?

Balsam said...

prggan 8, ayat terakhir..iklan jualan 'sayurrr-sayur..'

maikong said...

bole beritahu ka PN kryo..jln mana yg d gambarkan ya..maklumlah saya jrg2 juga balik kg..klu balikpun tidaklah pergi ke tempat lain..kebanyakan kg sendiri...saya dah tak cam ini jln..tapi percayala PN..saya juga pernah melalui jln2 yg pn maksudkan..naik basikal dari damai ke SK tandek..sekitar tahun 1984/85...

ison said...

Hehe... Tidak tepat sangat pun hampir tepatlah jangkaan saya tu ttg bday Pn Kyro. Once again blessed b'day in advanced. :)

maikong, saya ingat jalan dlm gambar yang pn kyro post tu ialah jln lama tandek dari KM tu. Maklumlah bila ada jln baru, jln lama terus diabaikan. :(

Umar al-Longobi said...

Pn. Kyro,

1 tulisan yg amat nostalgik namun masih energetik. teruskan!

happy birthday. :-)

JMimie said...

T.kasih Sanguru di atas pembetulan...dari dulu sya slalu konfius bah gender si Kyro ni...hehe...sorry Pn Kyro. btw, happy birthday puan. Semoga terus berbahagia dan murah rezeki :)

SANGURU said...

senang2 kitorang serang (maksudku minta makan-minum! hahahaha) bah pn kyro punya restoran itu. Kari kepala ikan besar2 ka, soto makasar ka, suppp tulang kaa...ades, time2 puasa ni semua mau dimakan. hehe..

HBD! moga rezeki terus melimpah ruah...
"KAYALAH, UNTUK SEMUA"

Gaaman said...

Entri bagus, pengalaman masa lalu mengajar kita utk menghargai apa yg dimiliki skrg..
Tidak sia-sia pn Kyro teriak "sayurrr-sayur" masa kanak-kanak krna skg dah jadi 'Taukeh Restoran". Tahniah atas kecekalan dan diharap semangat puan dapat dijadikan contoh oleh orang kita..
selamat hari jadi dan moga sihat, bahagia dan murah rezeki!.

maikong said...

terima kasih doc..terus saya ingat ini jln...dulu inilah laluan kami berbasikal ke sekolah,,lepas sekolah singgah ambil mangga,sambil terjun sungai tandek...tampat c osiong bah ini...
ya memang akan terus diabaikan..sya utk ke kg tingkalanon tidak lagi lalui jln ini..dulu ini jln pernah jdai jln yg ditakuti.....

tulunbunou said...

Penulisan Pn.Kyro betul2 menggamit memori dan meninggalkan kesan yg mdlm..



HAPPY BIRTHDAY!

kyro said...

Sdra/sdri Jmimie,Dr Nelson,Maikong,Gaaman,Tulunbunou,Sanguru,Umar al Longobi,Balsam n MindaGuru,

Terima kasih atas komen2 anda semua dan terima kasih atas ucapan selamat buat saya.Sama2 la kita teruskan perjuangan demi kemajuan kampung kita.

By d way,kedai kopi saya di Api-Api Centre cari saja AEIZA CAFE ngam2 di belakang hotel Promenade.kalau ada kesempatan dtglah jmp saya boleh kita minum2 kopi tenom hehehe

Balsam said...

ok.. kyro....Thank's..ada masa, saya datang..Selamat hari lahir, semuga dirahmati Allah...