SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, September 10, 2009

Tazkirah MINDA

Http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/
Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya::” Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.” Riwayat at-Tabrani
Huraian i) Perbuatan zalim adalah perbuatan yang mendatangkan kesusahan atau kemudaratan kepada orang lain atau mungkin dalam bentuk mengambil manfaat dari orang lain dengan cara yang salah ataupun melakukan sesuatu terhadap orang lain yang menimbulkan rasa sakit kerana perlakuan tersebut memberi keseronokan atau kepuasan kepada yang melakukannya. Pemerasan, pemaksaan dan penipuan demi keuntungan peribadi juga termasuk dalam perbuatan yang zalim. ii) Perbuatan zalim lazimnya dilakukan oleh orang yang mempunyai kelebihan dan kekuatan berbanding dengan orang yang dizalimi. Ini kerana, fenomena kezaliman tidak akan berlaku sekiranya orang yang hendak dizalimi mempunyai kelebihan atau kekuatan yang sama. Kelebihan atau kekuatan ini boleh diukur dari pelbagai aspek, seperti kekuatan fizikal, kekayaan, kebijaksanaan, kuasa ataupun pengaruh. iii) Realiti masyarakat hari ini mengamalkan gaya hidup individualistik sehingga sanggup membiarkan penganiayaan dan kezaliman berlaku di hadapan mata mereka sendiri. Sikap ‘tidak mengambil endah’ ini tidak wajar berlaku kerana selaku anggota sesebuah masyarakat setiap individu mestilah bersikap saling mengambil berat, sayang-menyayangi dan belas-kasihan di antara satu sama lain. iv) Doa orang yang dizalimi terhadap orang yang menzaliminya sangat mudah dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Oleh itu perbuatan zalim sebenarnya merupakan perbuatan yang sangat merugikan kepada si pelakunya. Allah S.W.T boleh memberi hukuman ke atas si pelaku tersebut ketika di dunia lagi seperti nasib yang menimpa Firaun. Malah di akhirat kelak orang-orang yang berlaku zalim akan menerima nasib yang sangat malang kerana kebaikan yang dimilikinya akan berpindah kepada orang-orang dizaliminya. Sekiranya dia tidak mempunyai kebaikan, maka keburukan orang-orang yang teraniaya akan terlempar kepadanya dan akan ditanggung olehnya.

6 comments:

Balsam said...

1. Informasi yang bagus & menambah ilmu.
2. Jauhi perbuatan zalim.
3. Zalimkah jika kita terus membutakan mata dan menulikan telinga melihat benda-benda 'tidak betul' berlaku di depan kita?
4. SAM paparkan isu/masalah setempat dengan harapan isu/masalah ini diambil perhatian oleh pihak berkaitan tapi dianggap 'mengacau' oleh sesetengah pihak..SAM zalim atau Peng'ANGGAP' itu zalim?...

SANGURU said...

dari dulu2...mmg saya ANTI KARUT MARUT...termasuklah kes zalim menzalim. Namun ada special case "zalim" yg sy x sokong, umpamanya seorang yg kena belasah kerana curi kerbau org kg, rogol anak bini orang...hah! Kes2 cabul mcm ni...jgn harap la sy bantu yg kena "zalim". Mmg patut la dia kenaaaa...siapa suruh dajal dan jajalll...

Balsam said...

Izinkanlah patik 'menyampuk' kijap...

Tuan Sangguru...patik lihat itu bukan spesel kes. Kalau sah,confirm, betul pencuri tu memang pencuri,perogol memang perogol, wajib dihukum ikut hukuman & cara, jalan yang adil..

MAAFkan patik pacal yang hina...
Namun, patik tetap nampak zalim kalau kena belasah sebab adapun kes-kes seumpama ini, sayugialah dibuat SIASATAN ...Siapalah tahu prasangka@syakwasangka kita meleset...atau kebarangkalian salahfaham berlaku. Sayugialah jugak kalau pesalah ( kalau salah) dibagi hak bela diri, usahlah dibiar dia dibelasah...Oh, sedih dan kasihan, walaupun nampak buruk di mata manusia di alam maya ini tapi..pesalah ponn, ada perasaan dan hati nurani, tuan hamba...kekekekek...

Bha...jangan nanti, tangan yang mencuri, kepala pulak yang hancur..jadik, simpan sajalah dulu istilah belasah tu...tidak cantik dek pendengaran...walaupun untuk pencuri dan perogol.

Zalim = Tidak letakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya.
Adil= Letakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya.

P/s: Saya pernah mencuri bha...Ni laini, tapi insaf sudah (selagi istilah mencuri tu tidak berubah) sudah disuruh ganti balek itu barang & mohon maaf dengan kawan, selain tu kena suruh taubat...Malu betul-betul time-time meningkat remaja, time-time control lawa..hehehe...kadapatan mensuri..Nasib tidak kena belasah...Paling saya tidak pernah lupa itu guru yang kasih selesai kes saya. Sampai sekarang, saya malu sendiri bila jumpa tu guru, tapi...Dia tetap layan saya baik. Kalau duduk sendiri-sendiri kadang sampai saya rasa mau menangis juga balik bila ingat tu kejadian...Sentuhan guru sejati...Terima kasih guru...

Umar al-Longobi said...

bantulah mereka yg zalim dan yg dizalimi. dua2 kena bantu. bantu yg zalim dgn cara menghentikan kezalimannya. bantu yg kena zalim dgn cara membela dia. insyaAllah, rakyat sejahtera!

Mr. Aki Abad 21 said...

yg panzalim itu kasi ukum dng keadilan, yg kana zalim itu kana tulung ...pasal yg mencuri itu mungkin kalaparan, dlm silam urag kalaparan sangat2.. dakat2 mau mati suda pada dirinya masa itu wajip makan walaupun babi masa ini wajip mencuri..urang ini ada hukuman dia juga. cara mencuri kalaparan juga ada cara2 dia...tanya pogi guru2 agama ada itu....

Little Mike (LM) said...

secara peribadi, mereka yg bersalah, usah la orang mengadili dengan cara yang mudarat. Kita memiliki undang2 yang terpakai dan biar mereka diadili mengikut ruang perundangan yang sedia ada.