SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, September 1, 2009

TEORI MARUDU DARI SUDUT PANDANGAN TOMPINAI

M= makanan. Tingkatkan kuantiti dan kualiti makanan agar orang KM sihat. A= air. Masalah bekalan air bersih di KM perlu diselesaikan. R= Rakyat. Tingkatkan permuafakatan...perkongsian pintar. Membangun bersama. U= untung. Tingkatkan untung pertanian d perikanan juga perniagaan orang KM. D= duit/sosioekonomi. Keluarkan KM dari kemiskinan tegar. U= usaha. Bimbing orang KM cara berusaha yang betul. Bantu.
Teori Marudu hasil kupasan oleh Umar , Sanguru dan Al-Dusuni menarik minat ramai pembaca, begitu juga dengan saya. Melihat kepada apa yang dinyatakan oleh Sanguru, teori ini sangat baik. Baca dan usahakan, tubuhkan 'think-tank', buat perancangan bagaimana untuk mencapainya. Memang kalau nak 100% tentu tak dapat dalam masa yang singkat tapi kalau dalam sekitar 50%-60%, rasa-rasanya boleh. Yang penting ada kerjasama dikalangan orang politik dan agensi kerajaan. Kepada Yb Adun, Mp cuba2lah ambil kisah ini.....begitu juga dgn agensi yang berkenan.

6 comments:

Anonymous said...

ngam...

Umar al-Longobi said...

Kupasan lanjut yang amat jelas dan baik. percambahan fikiran begini yg kita inginkan. bercakap ttg teori itu, sebenarnya ia bukan sekadar teori. tapi, bertujuan utk mewujudkan suasana politik agar warga Marudu semakin celik tentang politik. kita tidak mahu politik itu hanya dikuasai oleh golongan elit sehingga rakyat biasa boleh digula2kan. :-)

Anonymous said...

ciaannnn marudu nie. Sy pernah bertugas kat marudu ni. Tempat aman, indah tapi masih mundur terutama kat kg2 tu....rindu rase nak lihat marudu lg.
Sy juga kenal org SAM nie. Hehehe...
SAM pengubat rinduku pd KM

EX-SMK....

SANGURU said...

bicara tanpa suara
(khas utk sdr tom)

Kerana bicara tanpa suaralah
Ku pilih kau dari sekalian permata
Lalu kuberi engkau ruang seluasnya
Untuk bersuara

Takala ku pilih dikau
Aku berharap agar nanti kau tidak
Bersuara sumbang
Jauh sekali menjadi pengecut
Dan ternyata...
Kau tidak mengecewakan...

Teruslah berbicara
Walau kekadang tanpa suara...

Gaaman said...

Nampaknya Utara Sabah tdk kekurangan warga yg pintar, bijaksana, kreatif, berpandangan jauh serta yg punya kesedaran atau revolusi minda!.. Yang PATUT dilakukan ialah LANGKAH PERTAMA, iaitu menyatukan dan menggemblingkan MODAL INSAN tsbt utk kecemerlangan dan kegemilangan KM(Kembali Menyinar!).

jiwapendidik said...

Tompinai seorang pemikir yang baik, jika semua ini disedari oleh pihak2 berkenaan..makmur daerah kita..