SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, September 3, 2009

TITIPAN BUAT BAKAL PEMENANG

Oleh: OtakGuruSabah( http://jiwapendidik.blogspot.com ) Setiap orang ingin berjaya dalam hidup mereka. Samada sebagai seorang pelajar, pentadbir, guru, peniaga, pemimpin dan sebagainya. Walau bagaimanapun untuk berjaya memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Ini kerana untuk mencapai kejayaan kita akan berhadapan dengan kegagalan.
Kegagalan sebenarnya merupakan kejayaan yang tertunda. Kejayaan lahir dari kegagalan. Orang-orang berjaya seperti kolonel Sanders (pendiri KFC) tidak takut terhadap kegagalan, kerana setiap kegagalan membawanya menghampiri kejayaan. Orang berjaya tidak hidup dalam kegagalan tetapi mereka akan menguburnya dalam-dalam.
Di depan setiap harapan pasti ada cabaran. Jika anda hanya melihat pada masalahnya, anda akan kehilangan harapan. Para Pemenang melihat pada apa yang mereka impikan( destinasi), tetapi golongan gagal hanya melihat apa yang mereka alami. Setiap orang harus berhadapan dengan banyak hal, tetapi mampu mengatasinya merupakan perbezaan antara mereka yang mencapai keunggulan dengan mereka yang berkubang dalam kegagalan.
Hal terburuk dalam hidup ini bukanlah kegagalan itu, tetapi keputusasaan apabila berhadapan dengan kegagalan berkenaan. Para juara, bukanlah orang yang tidak pernah mengalami kegagalan, melainkan orang yang tidak pernah menyerah pada kegagalan. Jadi bertahanlah dan berusaha sehingga anda menang.

18 comments:

Gaaman said...

berani gagal, pernah gagal adalah intro kpd kejayaan. jdi kpd yg ada 'niat' nak jadi YB tu kena bersedia gagal, gagal dan gagal(dulu). Jga tahan kritik, boleh terima kritikan, cacian, makian dan tahan lasak dan muka x malu(tahan malu), menghadapi semua itu namun masih cool dan mampu tersenyum serta masih positif!!. gerenti punya..

SANGURU said...

betul itu gaman. Bah kpd yg kebetulan baca komen ini, catattt...
Utk sdr gaman, sila lehat ke langit, bulan, skg ada fenomena yg agak indah. Hrp2 tuan sempat laa...

SANGURU said...

bagus ini entri. Slmt dtg, tuan menjadi penulis tamu pertama SAM. Kegagalan itu siuk. Ramai yg suka thrilll kegagalan. Henry ford, thomas edison, graham bell, napoleon, dll...ni muka2 org gagal dlm banyak usaha awal. Akhirnya nama dorang harum sampai kiamat.

otakguru said...

terimakasih gaaman, hikmat gagal itu perlu difahami ,ini sebenarnya untuk semua bidang dan bukan untuk mereka yg berminat jadi YB ja... Sdr Sanguru sebenarnya saya baru belajar dan masih perlu berguru daripada tuan..tq kio..

SANGURU said...

ah tuan ini...otakguru masih mo berguru dgn sia? Bah nnti crita d mana2 kdai kupi la. Hahaha...

SANGURU said...

ah tuan ini...otakguru masih mo berguru dgn sia? Bah nnti crita d mana2 kdai kupi la. Hahaha...

otakguru said...

salam pagi, rasanya diri ini masih perlu belajar banyak daripada tuan2, ..

Umar al-Longobi said...

gagal itu adl riak2 kejayaan. yg penting koreksi diri knp gagal & perbaikilah. lepas tu, teruskan pjlnan...

Aldusuni said...

sya antara yg GAGAL dlm hidup, namun sya bersukur....kerana hari ini saya suda berjaya HIDUP.

SANGURU said...

berani gagal bkn bermakna sudah tau ampai2 kegagalan itu di hujung perjuangan, atau memang2 bankrup di akhir bisnes, spt yg org kita amalkan hanya kerana nak dapatkan peruntukan/dana bantuan. Ini mentaliti SANGAT SALAH.

Berani gagal bermaksud, tekad cemerlang bersama usaha dan perancangan yang baik, dan tidak gentar dengan halangan atau kegagalan.

Orang yang ada sifat dan nilai "DARE TO FAIL" biasanya SUSAH MAU GAGAL!

Gaaman said...

cerita ttg gagal ini, saya tringat sharing kwn pasal penulis(otakgurusabah). bagus jga kisahnya. dia pernah gagal STPM sebanyak 2 kali(sekali calon sekolah di SMK Manggatal dan calon sekolah swasta) selepas tu ambil STPM calon persendirian, masa tu kerja kerani di JPJ. abis opis terus p perpustakaan-belajar hingga tutup baru pulang rmh. cubaan kali ke 3 ni dia lulus 5 P,STPM dan dpt tawaran masuk USM..syabas!!..atas kecekalannn..

otakguru said...

..Gaaman, terima kasih kerana mengingatkan saya..saya berjaya masuk U sebenarnya dorongan dan pengorbanan abang2 dan ibubapa saya yang tidak pernah lelah membantu saya.. rasanya merekalah segala-galanya bagi saya..

otakguru said...

Gaaman,minda sia memang kurang mantap, tetapi mgkin kekuatan saya kerana tidak berputus asa walaupun terpaksa ambil STPM sampai 3X ..selamat.

KK Boy said...

kecekalan, usaha keras dan sikap tdk mengalah merupakan ramuan kejayaan sdr.. wariskan kpd anak2 bangsa kita. Betul kata2 org tua ..Gagal sekali, bkn bererti gagal selama-lamanya.

Gaaman said...

Syabas!!!.. sdr tlh membuktikan "kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih". alangkah baiknya jika minda org kita sama spt sdr!. apapun diharap sikap ini dapat dicontohi dan diamalkan sehingga mnjadi 'budaya hidup' org kita.

anak sungai said...

..saya harap sikap seperti tuan juga ada pada bangsa saya..sybas guru..pada SAM, blog kamu menjadi wadah suntik inspirasi..

otakguru said...

yeep, setuju..pujian diberikan kepada Sangguru dan team..blog Sam benar2 bersuara..

SANGURU said...

semakin hari semakin banyak pujian semakin saya takut:
1. Tjwb kian besar
2. Harapan org kian tinggi
3. Kemampuan SAM bertahan...?