SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, September 10, 2009

WANITA PUJAANKU...

Sementara menanti waktu afdal bersahur, izinkan saya mencoret sesuatu yang entah boleh dikategorikan bertemakan rohani atau tidak. Maklum sajalah tekong SAM ini bukanlah jenis berserban, berjubah-jubah... Hmm, rasanya inilah pertama kali saya menulis pasal wanita. Sepatutnya ini ruangan puan Nong SAM. Hehehe....Sebenarnya ada rahsia yang tersimpul di dalam hati sekian lama. Ada seorang wanita hebat yang kusanjung dan kupuja. Pasti saja diingini oleh tiap lelaki, namun bukan semua lelaki layak memilikinya, dan dia telah pun dimiliki oleh seorang lelaki hebat setarafnya. Pasangan ini pula telah sekian lama mendahului kita... Beliau ialah Fatimah anak Marwan. Isteri khalifah bani Ummayah yang teragung - Umar Abd. Aziz. Kekagumanku bukan atas paras rupa atau taraf bangsawannya, sebaliknya atas kesetiaan, ketakwaan dan keakurannya kepada suami yang sememangnya amat layak ditaatinya. Menurut riwayat sahih, khalifah Umar Abd. Aziz pernah memberinya dua pilihan; hidup zuhud sepertinya atau bercerai saja dengannya. Sudah barang tentu Fatimah memilih suaminya yang hebat itu, maka jadilah ia isteri khalifah yang zuhud, menyokong dan mendorong perjuangan sang suami, ikut menyayangi rakyat jelata dan menolak kemewahan duniawi. Banyak kisah menarik pasangan pemerintah agung ini yang tak mampu kumuatkan dalam artikel ini. Paling menarik, beliau berwasiat untuk dikebumikan di hujung kaki suaminya yang lebih dahulu meninggalkannya...

6 comments:

Ibnu Umar said...

YA QAHAR YA JABBAR!

TITIPKAN AKU SEORANG ISTERI SEPERTI FATIMAH ANAK MARWAN. CUKUPLAH DIA SEORANG. AKU TAK MAHU DUNIA INI...

Balsam said...

Entri menarik...
Fatimah...
Bertuahlah lelaki yang memiliki isteri sepertinya. Menjadi teman, sahabat dan kekasih Sang suami di waktu susah & senang...Tali hidup dan harapnya disimpul erat pada yang Esa.

kyro said...

Masih ada wanita seperti itu didunia ini sekarang tinggal lagi anda kena pandai memilih.Malah ada para isteri yg sanggup bekerja membanting tulang membangunkan ekonomi keluarga.Tidak kurang juga yg terpaksa menanggung derita bertungkus lumus sendirian demi membesarkan anak-anak sementara suami "sibuk melogop" hihihi.Siou ki bukan mau menyindir tapi inilah yg kebanyakan sia nmpk di kg2 serata dunia bukan KM saja.

SANGURU said...

yaaa...masih ada...elok la yg belum mempunyai mencari2 dorang ni. Hehehe...

Umar al-Longobi said...

Ya Tuhanku,

Berikan kami isteri/isteri2 yg bisa menjadi penyejuk mata dan hati kami.

p/s: jgn mengharap isteri semulia fatimah jika diri tidak sehebat umar abd aziz. hehe.. tapi, tidak salah berusaha.

Balsam said...

Hahaha pemimpin UAL...Nampak skema jak ayat tu tapi..betul bha...hehehe...Jan marah aaa pemimpin....