SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, September 4, 2009

WASPADA VIRUS 13-MEI.

Seperti semua orang tidak mahu dijangkiti virus Selsema h1n1, demikian juga Virus 13-Mei tiada siapa yang menyukainya. Sama ada lulus atau tidak dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat menengah rendah, melaluinya seluruh generasi lepas merdeka telah mengetahui bahawa peristiwa itu tidak baik. Mengapa setelah 40 tahun dari persitiwa itu, perkara ini masih diperkatakan lagi oleh segelintir orang politik? Apakah mereka ini tidak terdidik Sejarah Malaysia. Janganlah tergamak menyuntik racun perpecahan terhadap perpaduan yang telah kita kecapi selama ini. Warga Malaysia adalah orang yang ada KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, maka seluruh warganya hendaklah membuktikan bahawa dia telah diberi ajaran yang cukup untuk berbuat baik dalam seluruh aspek kehidupannya. Sewaktu saya masih belajar, tidak pernah saya melihat kebencian antara kaum di dalam kelas baik di peringkat sekolah rendah sehinggalah di universiti. Tidak puas hati itu sudah lumrah manusia, namun ia tidaklah sampai kepada saling berbunuhan kerana seseorang itu dari kaum lain. Kemerdekaan dicapai kerana kesepakatan semua kaum di Malaysia. Lalu kesepakatan itu terikat melalui KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. Generasi sekarang harus dimenangi hatinya melalui sejauh mana kemampuan golongan politik di Malaysia melontarkan idea yang berkualiti, pemahaman dan penghayatan terhadap KELUHURAN PERLEMBAGAAN Negara Malaysia, keterampilan pemimpin di arena global dan banyak lagi cara yang lebih baik daripada menjadi agen penyebar virus 13-Mei. Jika kita bertanggungjawab, sungguh-sungguh bertanggungjawab, pasti ada rasa hormat kepada KEDAULATAN UNDANG-UNDANG negara kita. Apakah segelintir golongan politik di Malaysia hanya tahu menakut-nakutkan rakyat? Sedarlah bahawa tindakan seperti ini akan hanya membawa kemunduran kepada Malaysia. Rumusannya, peristiwa jangkitan virus 13-Mei itu tidak akan berulang sekiranya segelintir golongan politik terbabit berhenti memperkatakannya. Mereka hendaklah mencanai pendekatan yang berteraskan KESOPANAN DAN KESUSILAAN dalam membawa ideologi politik masing-masing. Bukankah kita ini memiliki Budaya Timur yang tinggi nilai budi pekertinya? Biarlah peristiwa jangkitan virus 13-Mei itu hanya dibincangkan dari sudut akademik, sebagai pedoman kepada generasi baru. Sebenarnya terdapat 1001 macam cara yang lebih baik untuk diterokai oleh golongan politik sebagai pendekatan yang lebih bertamadun dalam memenangi hati rakyat demi kemakmuran negara Malaysia. Salam 1Malaysia untuk semua pengunjung SAM.

11 comments:

SANGURU said...

setuju 100%. Virus 13 Mei sangat bahaya dan tiada ubat khusus. Ia boleh dicegah melalui, antaranya: toleransi dan kesabaran. Paling penting, sebagai individu/rakyat, usah cepat ikut sentimen kaum/agama yang diprovo oleh pihak tertentu.
Dalam kesempatan ini saya memohon maaf kiranya ada tulisan saya yang ada "bau" kurang enak. Ia bukan provokasi atau dirancang, dan x niat langsung ke arah penularan virus 13 mei dll. Harap maklum. Tk.

TOMPINAI said...

Tahniah Tuan, satu entry yang hebat berkaitan dengan keperluan menjadikan RUKUN NEGARA sebagai teras perpaduan dalam menjadikan konsep 1malaysia menjadi kenyataan. Bila semua rakyat Malaysia melihat RUKUN NEGARA sebagai ideologinya, pasti Malaysia akan menjadi NEGARA PALING AMAN di dunia... SAYA ANAK MALAYSIA...MERDEKAx3...

otakguru said...

Sdr Mogoron ideamu hebat...kita terus pertahankan perpaduan..teruskan.

ILLIE said...

antara entri paling HEBAT yang pernah saya baca dalam mana2 blog di Malaysia..teruskan Mogoron..kasi kuluar tu sisik tapuk biar orang2 politik belajar dari entri sdr.

ison said...

'Impressive and well said' ka di Mimie mari. :)

Sangat sangat setuju dengan artikel ini. Saya pun gerigitan juga baca artikel 'diorang' ni yang terus memperkatakan tentang kemungkinan 13-Mei akan berulang.

Seperti apa yg sdra Mogoron katakan, kalau mereka terus menerus menanam benih 'kemungkinan' ini, akhirnya ia akan bercambah menjadi 'kebencian' dan 'persengketaan' antara kaum.

Akhirnya orang2 seperti inilah yang akan 'memungkiankan' 13-Mei itu berulang kembali.

Nota: Rukun Negara teras perpaduan dan kemakmuran negara. Marilah bersama menghayatinya.

Anonymous said...

morogon terimakasih krn paparan ini..belum pernah saya baca ..ttg virus 13-mei yg mahukan jgn lagi buat perumpamaan kpd 13 mei.
setiap kali saya dgr ahli politik kaitkan mana2 tindakan kaum dgn 13 mei..seolah2 saya rasakan mereka(ahli politik)mahu pula 13-mei ini berulang semula..tolonglah jgn lagi sebut(kaitkan) 13-mei ini.biarlah ia jadi sejarah kita..
hebat2 morogon..

Tompinai said...

Itulah kesilapan para pemimpin yang tidak menerokai sejarah 13 mei. Rasanya tidak salah kalau para pemimpin kita membuka buku sejarah untuk memahami akar umbi masalah ini berlaku. Kalau sudah memahaminya, cari jalan penyelesaian atau pencegahan. Jangan jadikan kejadian itu sebagai alat untuk menakutkan orang ramai.Itu adalah sejarah yang cuba menghancurkan perpaduan dinegara ini. Adalah diharap, semua memaparkannya dari sudut positif.

Gaaman said...

perpaduan hanya dapat dicapai sekiranya semua rkyat menghormati kepercayaan, budaya dan suku bangsa lain. Sama rata, tiada 'tuan' dan hamba(second class)!.

Umar al-Longobi said...

hehe... inilah politik. `isu` itu merupakan senjata ampuh utk menyerang seteru politik. sy juga berpandangan, tidak patut insiden "13 mei" itu diulang2 atas tujuan memarakkan api dlm sekam. tapi jika utk memberikan peringatan agar jgn bertindak sstu yg boleh menyebabkan tragedi "13 mei" itu berulang kembali, sy setuju. semua pihak harus bekerjasam dlm hal ini. apapun, kalau 1Malaysia itu berjaya dipraktikkan, perpaduan kaum di negara kita akan tetap terpelihara...

JMimie said...

Memang betul2 impressive and well said :)

Setuju dengan semua yg dikatakan oleh sdr Mogoron di sini.

Sangat baik utk direnung2kan oleh semua lapisan masyarakat Malaysia!

SANGURU said...

woi kangku dikau, kelip2 kangku. Ponulis nopoh omboh nopoh tawasi.
Harap sdr mogoron (bkn morogon spt yg anony tersilap tulis. Hehe) terus menulis. Bak kata sdr Umar, permata...