SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, September 16, 2009

Ya Aiyuhal Muzzammil!

Salam Hari Malaysia, 16 September! Ya aiyuhal muzzammil maknanya, "wahai orang yang berselimut". Biasanya orang berselimut pada waktu di sepertiga malam terakhir, kerana pada masa itulah masa paling dingin dan nyenyak untuk tidur. Kalau sedang bermimpi umpamanya barangkali jalan cerita mimpi itu sedang berada di kemuncak keseronokan. Selain itu, orang berselimut juga boleh disebabkan oleh rasa ketakutan yang amat sedang menjalar ke seluruh jasad. Berselimut sambil menggigil. Apapun asbabnya seseorang itu berselimut, jika memilih untuk menjadi pejuang... tidak dapat tidak, selimut itu harus dibuang dan mesti bangun! Bangun di sepertiga malam terakhir memang amat sukar dan hanya segelintir manusia terpilih mampu melakukannya. Biarpun ia sukar, detik-detik beginilah yang paling manis untuk bersama-sama dengan Sang Pencipta. Mengadu, merayu dan menangis kepadaNya di dalam kekabutan malam. Singkaplah sejarah para pejuang terdahulu, nescaya kita akan menjumpai kunci kejayan mereka. Iaitulah, dengan menyahut seruan... "Ya Aiyuhal Muzzammil". Ya, di sinilah terletakknya rahsia kekuatan roh juang mereka. Ayuh! Jika anda mempunyai hasrat untuk `membuka` Marudu khasnya dan Sabah amnya, seperti mana al-Fateh membuka Constantinople, anda tidak mempunyai alternatif lain selain daripada... bangun!!!

2 comments:

SANGURU said...

seorang pembaca tetap SAM ada berkata padaku: kalau setiap daerah di Malaysia ada macam SAM, kerajaan punya sahabat membangun rakyat sekaligus boleh menegur kepincanagan secara telus, jujur dan berani kerana benar.
Ayuh bangun! Kebangkitan yang beradab, bukan secara kurang adab dan tidak ikhlas.
Ikhlaskan diri untuk negara yang tercinta.
salam kemerdekaan malaysia!

Umar al-Longobi said...

tuan benar Sanguru. marilah bersama2 kita memperkuatkan roh kita. Jika selama ini kita hanya mengenyangkan jasad, apakata kita buat sedikit anjakan. sebab, sebuah perjuangan yg penting dan panjang memerlukan barisan yg mantap rohnya.