SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, September 3, 2009

"Ya bos...ya...ok bah bosss...okkk, saya bilang okkk, ah...ahaa...ya...ok...okk...yang penting ada ...gerenti bos...undi bahh kenapa pula tidakkkk..."
Itu antara perbualan telefon yang pernah saya dengar baru-baru ini. Orangnya segak, bergaya, pakai baju putih dan ada logo kemerah-merahan. Tidak lama kemudian, datanglah orang-orang yang sama, maksud saya, pakaian serupa. Saya buat-buat tak nampak sebab kalau nampak alamat aramaitiii....susah kalau dah duduk semeja dengan orang yang petah bercakap mengalahkan obama, sukarno dan minah leter SAM... Walaupun saya duduk membelakang, telinga tetap saya pasang. Spy? aa..haaa. Biasa bah paparazi kan. Saya dengar mereka ketawa-ketawa. Mamat muda yang bertelefon tadi tiba-tiba mengutuk orang yang ditelefonnya. Saya tau sebab dia bagi tahu kepada rakan-rakannya, si anu telefon dia...minta tolong kempen wakil 7....kalau tolong dapat....dan macam-macam lagi. "Taik palat la kalau saya mo undi saa dia..." bilang (ujar) si mamat tadi. "kenapa pula? bukankah dia sudah kasi kau sikit-sikit...." tanya kawannya yang kehitam-hitaman ala bangla sedikit. "sikittt bahhhh....nda cukup-cukuppp..." jawab si mamat sambil ketawa. " okkk la bah itu bosss, kau ini melampau juga....share-share bah kita..." kawan si mamat yang kedua pula mencelah sambil mengisap-isap rokok. "... mana cukup...dorang nanti kalau sampai KL, boleh dapat berapa kau tau?!!..." Saya tamatkan di sini episod yang saya rakam di salah sebuah kedai kopi di pekan kecil Kota Marudu. Saya serahkan sajalah kepada tuan/puan untuk meneka ini cerita pasal apa. Adakah tentang perlawanan MU Vs Arsenal baru-baru ini, mungkinkah tentang H1N1 yang kian menular? Atau anda juga ada mendengar benda yang hampir sama?! - SEMUANYA UNTUK KITA RENUNGKAN, KATA EBIT G. ADE...

2 comments:

SANGURU said...
This comment has been removed by the author.
Umar al-Longobi said...

jgn terlibat dgn rasuah/politik wang! tidak berkat...