SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, October 31, 2009

JALINAN MESRA SAM-SABAHAN.FM

Rahaya Cafe, Kota Marudu: Baru sebentar tadi seorang DJ Sabahan.FM, DJ selipar Jepun sempat bersembang dengan staf SAM yg juga DJ2 Utara.FM. Pertemuan ini mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara dua radio online sabahan yang kian popular.

BERANI MENENTANG ARUS

Cara berpolitik di negara kita telah mengajar rakyat bahawa parti pemerintah yang membentuk kerajaan sentiasa benar dan parti pembangkang sentiasa salah. Hakikat ini dapat dilihat dan dibaca melalui ucapan2 dan kenyataan2 yang dibuat oleh para pemimpin sama ada dari parti pemerintah mahupun pembangkang. Akibatnya rakyat sentiasa percaya bahawa semua kerja yang dibuat oleh para pemimpin kerajaan sentiasa benar dan wajar dituruti. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, tetapi demokrasi yang ditunjukkan mengajar rakyat untuk membenci dan saling bercakaran antara satu sama lain. Sangat memalukan apabila menonton persidangan dalam dewan rakyat yang memperlihatkan ragam tidak senonoh para pemimpin rakyat tertentu. Namanya pun pemimpin rakyat. Jika para pemimpin menunjukkan sikap yang jahil dan tidak beradab, maka mereka sebenarnya sedang memimpin rakyat untuk menjadi sedemikian. Maka jadilah rakyat Malaysia yang tidak berpekerti mulia. Pudarlah sudah makna 'Kesopanan dan Kesusilaan' dalam Rukun Negara. Para pemimpin ini kononnya mahu memperjuangkan ajaran agama yang baik dan betul, tetapi tindak-tanduk mereka sendiri seperti orang yang tidak mengenal Tuhan dengan menghina sesama sendiri. Maka tercalarlah sudah makna 'Kepercayaan Kepada Tuhan' dalam Rukun Negara. Undang2 juga diperalat dan diperlekehkan. Keputusan mahkamah boleh berubah2 terhadap kes2 tertentu yang dihadapkan. Terlalu banyak propaganda dan kecelaruan dalam proses penghakiman. Raja dan Perlembagaan juga menjadi bahan perhitungan. Maka semakin rendahlah makna 3 lagi Rukun Negara yang belum disebutkan. Apa yang tinggal hanyalah indeks rasuah negara yang semakin merosot, masalah sosial yang semakin merisaukan, dan rakyat masih sentiasa di dalam tanda tanya. Meskipun pembentangan demi pembentangan bajet dibuat saban tahun, tetapi sasaran yang sudah dikenalpasti sejak dari zaman purbakala masih kekal menjadi sasaran.
Laungan slogan memang manis didengar, dan para pemimpin mungkin tertawa menikmati juadah selepas pertikaman lidah di dalam dewan persidangan, tetapi rakyat masih ramai yang menangis kerana kemiskinan. Jangan katakan kawasan seperti di perkampungan Sonsogon, penduduk di kawasan tanah rata pun masih ada yang kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu lagi ada makanan yang ditemui. Kawasan kita terus menjadi bahan gurauan oleh masyarakat tertentu. Saya sedih melihat pemandangan 'indah' yang Pn. Nong paparkan ketika lawatan YB Anita Baranting bersama rombongan ke Ulu Bengkoka. Saya tidak pernah ke sana, tetapi sudah tentu keadaan itu tidak jauh berbeza sejak 30 tahun yang lalu. Seperti yang saya pernah katakan dahulu, YB2 memang memainkan peranan yang sangat penting, tetapi mereka juga tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Ada sesuatu dalam sistem pemerintahan di negara kita sebenarnya yang telah menyeleweng. Sistem itu sendiri tidak salah, tetapi penyelewengan, atau dalam perkataan yang lebih tepat lagi, rasuah dan ketamakan, yang telah mengakibatkan seluruh sistem itu berpenyakit dan gagal mencapai sasaran yang sudah dikenalpasti sejak sekian lama. Meskipun negeri Sabah merupakan antara pengeluar minyak kelapa sawit dan petroleum utama negara, tetapi siapa tidak tahu kemunduran negeri ini? Siapa tidak tahu kemiskinan Utara Sabah? Siapa tidak tahu kemiskinan di Ulu Bengkoka? Hampir semua orang tahu. Tapi setelah 30 tahun berlalu, apakah kita masih lagi terkapai-kapai mencari formulasi yang tepat untuk menyelesaikan semua pengabaian ini? Negeri Sabah dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu. Sungguh indah kedengaran, tetapi keindahan itu hanya pada bunyinya. Tatkala orang lain sudah terbang tinggi kerana berani menentang bayu, kita masih lagi berada di bawah bayu. Sampai bila? Nota: "Kita tidak selamat dengan hanya mengikut arus. Untuk maju, ada waktunya kita harus berani menentang arus. Arus yang dimaksudkan ialah segala hambatan yang menghalang kemajuan." -ison.

SENYUM PAGI ....(SIRI 13)

Kartun ini pun saya lukis sebelum DS Najib jadi PM. Sebut pasal pengampu, memang kerjanya mengampu. Sang pengampu adalah sang lemah yang tidak punya kekuatan untuk berjaya atau mencapai sesuatu. Kekuatannya ialah mengampu. Kemahirannya ialah mengampu. Kelebihannya punnnn...MENGAMPU....

Friday, October 30, 2009

Lensa MINDA

' Aku tidak peduli jika nafasku selalu menurutiku untuk meraih keselamatan. Aku juga tidak peduli dengan mereka yang masih hidup mahupun yang suda mati '
' Tiuplah Kebenaran. Semoga teguranmu berkesan baik kesudahannya '

LAWATAN KE MUKIM ULU BENGKOKA

GAMBAR DI BAWAH ADALAH PERJALANAN BALIK KE KOTA MARUDU
GAMBAR DI BAWAH: PENDUDUK KG.SONSOGON MAGANDAI MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN KEPADA YB & ROMBONGAN.
LOKASI GAMBAR DI BAWAH : KG.SONSOGON MAGANDAI
LOKASI GAMBAR DI BAWAH : PERJALANAN MENUJU KE SONSOGON MAGANDAI YANG SANGAT SUKAR.
LOKASI GAMBAR DI BAWAH: KG.BINONTUNGAN SUYAD
LOKASI GAMBAR DI BAWAH : JAMBATAN KG.SAMPARITA
Gambar2 di atas adalah sebahagian daripada gambar yang sempat penulis ambil ketika sepanjang perjalanan Program ke Mukim Ulu Bengkoka pada 28hb baru2 ini.
Program 1 malam 2 hari itu adalah bertujuan untuk mengenalpasti potensi pengujudan projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dan meninjau keperluan 7 buah kampung yang terlibat iaitu :
1. Kg.Binontungan Suyad
2. Kg.Sungai Magandai
3. Kg.Sonsogon Suyad
4. Kg. Sonsogon Paliu
5. Kg.Sonsogon Mogis
6. Kg.Makatol Darat
7. Kg.Sonsogon Magandai
Program ini disertai oleh Ketua2 Jabatan di daerah Kota Marudu antaranya Jabatan Perhutanan, Jabatan Tanah & Ukur, Jabatan Kebajikan, Lembaga Industri Getas Sabah (LIGS), dan Jabatan Kerja Raya yang telah memberikan ceramah masing2 mengikut jabatan serta Pihak Berkuasa Polis.
Berita baik yang disampaikan oleh pihak JKR ialah berita penggridan jalan dari Sungai Samparita hingga ke Kg.Binontungan Suyad yang menjadi penghubung utama ketujuh-tujuh buah kampung ini telah tersenarai di bawah Projek NKRA yang akan dilaksanakan tahun depan.
Jabatan Kebajikan juga telah menyenaraikan Mukim ini untuk mengwujudkan Pusat Bimbingan Kanak2 dan kemudahan2 lain memandangkan kawasan ini tersangatlah jauh dari kawasan2 yang mempunyai kemudahan sedemikian.
YB.Pn Anita Baranting telah menyenaraikan Klinik Desa dan Perpustakaan Desa dalam Projek Menaiktaraf Hidup Masyarakat di sana. Marilah kita berdoa supaya segala perancangan ini akan mendapat perhatian daripada pihak atasan.
Pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang program ini kerana kami telah melalui perjalanan yang sangat sukar hingga menyebabkan kenderaan2 yang kami naiki mengalami kerosakan. Keadaan cuaca yang hujan menambahkan lagi kerosakan jalan hingga menyebabkan kami mengambil keputusan melalui jalan Paitan untuk balik ke Kota Marudu dan selamat sampai pada jam 12.18 tengah malam semalam.
Striker rombongan iaitu Tuan Pegawai Daerah Pn.Luvita Koisun juga begitu komited sepanjang perjalanan pergi dan balik.Tidak keterlaluan saya pernah katakan dalam entry saya sebelum ini bahawa YB.Pn Anita Baranting dan Tuan Pegawai Daerah Pn.Luvita Koisun adalah IRON LADY yang patut dicontohi oleh semua wanita.
Ekspedisi seterusnya selepas ini ialah Lawatan ke Soniton..(saya pun tidak tahu di mana letak kampung ini..hehehe. Ni kali laa)
Satu kata2 YB yang saya tidak akan lupa sampai bila2 ialah 'biarlah kereta ini kemek sana sini, yang penting nyawa tidak melayang.."..hehehee...itulah semangat seorang YB.

SENYUM PAGI ....(SIRI 12)

Saya lukis kartun ini semasa era peralihan kuasa dalam UMNO. Hari ini, tiap ahli UMNO mendapat hak dan bakal menggunakan hak mereka di peringkat akar umbi untuk memilih dan menghalatuju kepimpinan parti....

Lensa Minda

Masa lalu biarlah berlalu dan harapan belum menjadi kenyataan maka manafaatkanlah waktu ketika ini...
.

Thursday, October 29, 2009

SAKIT KEPALA

Setiap orang pasti pernah mengalami sakit kepala. Sudah pasti juga ianya amat memeritkan. Ada orang berasa sakit kepala seperti berdenyut-denyut, mencengkam, menekan, dan bermacam-macam perasaan lagi. Ada yang sekejap ada sekejap tiada. Ada pula yang mula2 mengadu sakit kepala di sebelah kiri, kemudian berpindah ke sebelah kanan. Ada yang mengalami sakit kepala tapi masih boleh bertenang. Ada yang sampai berguling2 di lantai menahan kesakitan. Pendek kata, sakit kepala ada bermacam2 jenis, keterukan, dan ketahanan orang yang mengalaminya. Ada yang tertanya2, kenapa boleh mengalami sakit kepala? Banyak sebabnya, daripada yang paling ringan kepada yang paling berat sekali. Sakit kepala biasa yang disebabkan oleh stres dipanggil stress/tension headache. Migraine pula sakit kepala yang disebabkan oleh pengembangan pembuluh darah di kepala dan pembebasan bahan2 kimia tertentu dari urat saraf di sekitar pembuluh darah ke dalam darah. Penyebab sakit kepala yang lebih teruk pula ialah seperti jangkitan kuman di otak (meningitis/encephalitis), ketumbuhan, dan perdarahan dalam otak. Stress headache biasanya menyerang remaja dan orang dewasa kerana pelbagai penyebab stres, samada stres kerana memikirkan banyak masalah, stres kerana terlalu penat bekerja ataupun kerana tidak cukup rehat. 'Kepala2' (ketua2) jabatan/organisasi juga seringkali dilanda stress headache. Ini kerana di samping pelbagai masalah peribadi, mereka juga stres memikirkan masalah dalam jabatan/organisasi. Sakit kepala yang disebabkan oleh stres biasanya boleh sembuh hanya dengan memakan ubat paracetamol. Migraine biasanya memerlukan ubat penahan sakit yang lebih kuat. Selain daripada itu rehat yang cukup diperlukan untuk mengurangkan masalah sakit kepala seperti ini. Harus bijak mengawal stres, mengamalkan gaya hidup yang sihat, serta melibatkan diri dalam aktiviti2 riadah dan keagamaan. Penyebab sakit kepala yang lebih serius memerlukan rawatan lebih khususnya seperti rawatan antibiotik (untuk masalah jangkitan) dan pembedahan (untuk masalah ketumbuhan dan perdarahan di otak). Seperti biasa, ada juga beberapa jenis kepala di mana orang itu sendiri mungkin tidak rasa sakit kepala, tetapi menyebabkan sakit kepala kepada orang lain terutamanya kepada 'kepala' (ketua). Contoh2 kepala seperti itu ialah kepala batu, kepala angin dan besar kepala. Jenis2 kepala seperti ini lebih memerlukan psikologi untuk menanganinya berbanding ubat-ubatan. Nota: 'Kepala', ada masanya memang akan terasa sakit. Kalau tidak sakit kepala, itu bukan 'kepala' namanya. Tapi janganlah sakit kepala kerana perkara2 yang tidak sepatutnya. IsOn at http://acaciacs.blogspot.com

BLOG URBAN STORM SDN BHD

Kelmarin blog Urban Storm SDN BHD telah diwujudkan.Saya berharap CEO Urban Storm akan terus mengupdatekan blog ini agar kita tahu matlamat utama kompeni ini.Para pembaca boleh mengases blog Urban Storm di sini http://urbanstormsdnbhd.blogspot.com/ Semoga Urban Storm terus sukses untuk mencapai matlamatnya.

JASAMU DIHARGAI

KOTA MARUDU, SABAH: Sumbangan demi sumbangan diberikan oleh Encik Jaimbol Dangus, CEO Urban Storm Sdn. Bhd yang berpengkalan di ibu negeri, Kota Kinabalu. Terbaru anak watan Kota Marudu ini telah menyumbang sebanyak RM1000 kepada SK Taritipan untuk kegunaan program lawatan pelajar sekolah berkenaan ke Muzium Negeri dan Zoo. Beliau juga menyumbangkan sebanyak RM500 kepada Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) SK Tandek untuk kegunaan majlis Hari Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang sekolah tersebut yang dijangka akan dilaksanakan pada 18 November ini. SAM berbangga dengan semangat usahawan muda ini membantu pihak yang memerlukan.

SENYUM PAGI ....(SIRI 11)

Wednesday, October 28, 2009

DUNIA KIAN MENCABAR...

Apa reaksi anda bila membaca paparan akhbar Harian Ekspress, 27 Oct lepas? Hari ini berbagai reaksi umum dipaparkan oleh akhbar tersebut (Lihat gambar). Tahniah kepada akhbar He atas paparan tersebut. Reaksi saya; sedih dan mata saya berkaca... Kasihan pada anak, kasihan juga pada bapanya, kerana hanya yang mengalami nasib yang sama akan benar2 memahami. Dan saya antara salah seorang yg sedang menghadapi. Tiap petang, sekitar jam 4.30-5.00 pm sy jadi penjaga anak kerana orang gaji balik. Isteri pula kerja petang. Maka, kalau ambil anak2 mengaji atau tuisyen, anak kecil saya angkut dalam kereta. Saya rasa, bapa budak itu lebih malang lagi. Ya, dunia kian mencabar pak...dan sikap saling sayang, saling bantu itu perlu pak...

AKHIRNYA....

(keterangan lanjut: tel 03-8885 8221, web site: noorazwa@mosti.gov.my). Sebaik sahaja Datuk (kini Datuk Seri) Dr. Maximus J. Ongkili, MP P168 KM dilantik jadi menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, saya ada meng"SMS" beliau agar mengadakan berbagai program/pertandingan bagi melahirkan budaya inovasi di kalangan rakyat khususnya di KM. Inovasi2 itu pula biarlah yang simple tapi boleh bantu orang desa, petani dan nelayan. Syukur, sempena pesta jagung ini, pihak MOSTI ada menganjurkan pertandingan inovasi mencipta tukun tiruan, alat menghalau pipit dan alat menangkap ikan dari buluh (Lihat gambar.)

BERITA TENGAHARI DE' SAM...

Inilah rupabentuk bangunan sekolah tertua di Kota Marudu iaitu GPS Tandek (Government Primary School), kini SK Tandek yang mulai beroperasi pada tahun 1936. Bangunan yang ada sekarang sebenarnya sudah diubahsuai sedikit daripada bangunan asal namun bentuk dan tapaknya masih seperti asalnya. SAM berharap pihak sekolah dan pihak berkaitan menjadikan bangunan ini sebagai bangunan warisan sejarah bangsa.

BE POSITIVE

Salam perjuangan buat semua pembaca budiman. Semoga semuanya sihat sejahtera. Sebelum saya meneruskan nota ringkas ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekali lagi salam takziah kepada Sanguru sekeluarga atas pemergian ayah tiri beliau. Di kesempatan ini saya hanya ingin mengingatkan diri saya dan semua pembaca sekalian bahawa hidup ini tidak selalunya indah. Banyak onak duri di sepanjang jalan kehidupan ini. Hanya terserah kepada diri masing2 bagaimana untuk menempuhinya. Ada orang berusaha untuk mengelak sebarang masalah. Ada pula yang lain berusaha untuk menyelesaikan setiap masalah. Ada lagi yang tidak mengendahkan apa2 masalah, dan ada yang memilih untuk hanya menyelesaikan masalah tertentu. Apa yang pasti tidak ada orang yang tidak pernah berhadapan dengan apa2 masalah. Memang banyak masalah dalam kehidupan dan hidup ini sendiri adalah perjuangan untuk menyelesaikan masalah manusia. Oleh itu, saya ingin menyeru kita semua, walau apa pun masalah dan cabaran yang mendatang, marilah kita teruskan perjuangan hidup. Kadang2 keadaan sangat sukar dan seperti tidak ada harapan lagi, tetapi justeru di saat itulah jangan berputus asa dan jangan hilang pengharapan. Teruskan perjuangan kerana di hujung sana pasti ada sinar kejayaan kepada yang berusaha. Selamat maju jaya dan Tuhan memberkati kita semua. Nota: Just don't give up.

LAWATAN KE MUKIM ULU BENGKOKA

Hari ini bersamaan 28hb November 2009 (Rabu), Penulis akan menyertai rombongan membuat lawatan ke kawasan perbukitan Tandek . Rombongan akan bertolak dari Kota Marudu pada pukul 9 pagi ini.

YB.Pn Anita Baranting akan membuat lawatan ke Mukim Ulu-Bengkoka, untuk mengenalpasti potensi pengujudan projek (MESEJ) & meninjau keperluan 7 buah kampung.

Perjumpaan bersama rakyat diadakan di simpang 3 Sonsogon Suyad/Binontungan Suyad, bermalam di Kg. Sonsogon Magandai dan ke SK Sungai Magandai.

Turut serta dalam lawatan ini ialah Tuan DO Pn.Luvita Koisun, Ketua-ketua Jabatan Daerah Kota Marudu, Rela, Polis dengan menaiki pacuan 4 roda dari Persatuan 4x4 Kota Marudu. Semoga lawatan ini akan memberikan manfaat kepada penduduk kawasan perbukitan dan dapat beramah mesra dengan pemimpin kita dari pelbagai peringkat.

Rombongan akan bermalam dan balik pada petang hari khamis.Doakan semua rombongan agar selamat pergi dan balik.

SENYUM PAGI ....(SIRI 10)

klik pada gambar utk imej lebih besar (Idea melukis kartun ini timbul ketika era peralihan kuasa dalam UMNO 2009 yang kelihatan tenang sebenarnya bergelora...)

Belanjawan 2010: Harapan Orang Kampung Yang Tak Reti Ekonomi

RUANGAN PENULIS TAMU SAM
OLEH: ONDU (http://perspektifsaya.blogspot.com)
Seusai PM membentang belanjawan 2010, pelbagai pujian melambung kedengaran. Ada yang kata itu belanjawan terbaik pernah dibentang, ada yang kata belanjawan rakyat didahulukan. Tidak kurang juga yang melempar kata-kata sinis. Itu belanjawan menyakitkan hati. Malah ada yang mempersoalkan nisbah belanja mengurus yang terlalu tinggi berbanding perbelanjaan pembangunan. Jadi bagaimana memacu ke arah negara berpendapatan tinggi, kata mereka.
Apa pun pandangan dan pendapat mereka yang digelar pakar, belanjawan ini masih lagi sekadar perancangan di atas kertas. Penilaian sebenar sama ada ianya belanjawan terbaik atau belanjawan mendahulukan rakyat cuma boleh dinilai selepas ia benar-benar terlaksana secara fizikal bermula tahun depan.
Yang akan menjadi hakim kepada hasil perlaksanaannya bukan setakat pakar eknomi atau segala jenis pakar, tetapi termasuklah Ah Pek yang buka kedai runcit di hujung desa, tempat orang kampung berhutang; Pak Dollah yang ambil upah panjat kelapa setiap hari untuk menyara anak isteri dan pakcik Ramasamy yang ambil ‘part time’ upah potong rumput setiap hujung minggu di kota.
Sebenarnya, kalau kita rajin untuk mengimbas kembali belanjawan yang dibentang tahun-tahun sudah, kita akan dihidangkan dengan ulasan-ulasan yang serupa. stereotaip. Walaupun tidak semua, tapi trendnya begitu. Mereka yang menyokong pemerintah akan mencari alasan untuk melambakkan segala macam puji-pujian.
Di pihak yang tidak menyokong pula akan mencari fakta untuk merasionalkan segala jenis kritikan dan sindiran. Itu tidak betul dan ini tidak betul. Mungkin itulah resam dan gaya seni berpolitik ala-malaysia. Ada yang menyokong membuta tuli, ada yang menentang semborono. Mungkin ia patut dipatenkan untuk menunjukkan salah satu koleksi kehebatan kita di mata dunia!
Berbicara tentang nikmat yang dijanjikan dalam belanjawan 2010, termasuk janji PM untuk memastikan pengagihan hasil negara secara adil dan saksama kepada seluruh lapisan rakyat; ia hanya akan tinggal janji sekiranya kesilapan-kesilapan lampau terus-terusan berulang. Jika ini berlaku bermakna pihak pemerintah menyediakan bola tanggung untuk pihak penentang memberikan kilasan maut pemusnah.
Namun, perkara ini tidaklah mustahil berlaku berdasarkan kepada'track record' sedia ada. Laporan Ketua Audit Negara 2008 umpamanya banyak menyedarkan kita betapa lemahnya sistem pemantauan dan budaya kerja yang menjadi amalan sesetengah jabatan dan agensi awam. Projek landasan kereta api berkembar dan jalan raya Sapulut-Kalabakan umpamanya yang gagal mencapai objektif, kini bukan lagi rahsia.
Sebenarnya, jantung kepada perlaksanaan segala dasar dan perancangan pembangunan atas kertas, termasuk belanjawan 2010, yang diluluskan oleh parlimen ialah agensi dan jabatan-jabatan kerajaan yang sedia ada. Mereka inilah yang bertanggungjawab melaksana dan memantau serta memastikan kesempurnaan segala perancangan tersebut. Jika mereka bermasalah, maka bermasalahlah juga dasar dan perancangan pembangunan di bawah kelolaan mereka.
Oleh itu, tumpuan juga harus diberikan bagaimana untuk membersihkan agensi dan jabatan awam ini daripada ‘kotoran dan sampah’. Sudah tiba masanya pemerintah serius untuk menjadikan integriti, kualiti dan budaya kerja dalam jabatan dan agensi awam mencapai kelas dunia dengan mentaliti kelas pertama. Laporan audit negara untuk tahun-tahun mendatang sepatutnya tidak lagi menyebut masalah serupa.
Kalau boleh, kita tidak mahu lagi perkhabaran pengarah jabatan itu dan ini dicekup SPRM. Sebenarnya mereka inilah yang menjadi pengkhianat kepada amanah rakyat. Agensi dan jabatan awam mesti diberikan nafas dan hayat baru. Ini akan memberi harapan yang cerah kepada perlaksanaan sempurna segala perancangan dalam belanjawan yang baru dibentangkan.
Jika pihak pemerintah bersungguh-sungguh maka saya percaya Ah Pek, Pak Dollah dan Pakcik Ramasamy bakal memberikan gred A+ kepada Belanjawan 2010 itu.

Kuala Nibang, Perak: Jadikan Pengajaran

Kejadian jambatan runtuh di Kuala Nibang, Perak harus dijadikan pengajaran oleh semua pihak. Projek ini difahamkan baru selesai pembinaannya sebulan yang lepas. Takziah kepada keluarga terbabit dan mengharapkan 2 lagi pelajar yang hilang dihanyutkan arus deras, masih hidup dan bersatu kembali dengan keluarga. Sebelum ini, beberapa artikel di blog SAM (Suara Anak Marudu), memaparkan beberapa projek desa yang mendapat perhatian ramai pihak (sehingga mengundang perasaan tidak senang pihak tertentu). Antara artikel panas berkaitan projek bermasalah seperti astaka Pekan Tandek dan projek jambatan Goruntung. Jika diamati, paparan tersebut bukan sekadar satu artikel tetapi lebih jauh daripada itu ialah kebimbangan kami sebagai rakyat berkenaan aspek keselamatan pengguna. Adakah kita perlu dipanah tragedi baru nak terngadah? P/S: Setiap projek yang telah siap dibina perlukan pemeriksaan rapi sebelum diluluskan. Jika melepasi setiap inci kredebiliti dan ciri keselamatan, maka bolehlah dibukakan kepada orang ramai. Sebab itu, setiap projek perlukan KONSULTANT yang bertanggungjawab memastikan piawaian projek menepati standard. Jangan serah sepenuhnya kepada kontraktor dan pihak kontraktor perlulah memikul amanah dan bertanggungjawab di dalam melaksanakan kerja. Sumber gambar: The Star Online

Tuesday, October 27, 2009

PESTA JAGUNG 2009


Replika Jagung di Padang Daerah Kota Marudu
(Sumber gambar: Saudara Aldusuni)

Salam sayang semua..
Pada jam 9.00 pagi hari ini 27/10/2009 penulis menghadiri mesyuarat AJK Pesta Jagung 2009 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Marudu. Seperti yang telah dimaklumkan oleh Saudara Dinakan di blog peribadi beliau (http://marasinsimvilla.blogspot.com)  Pesta Jagung 2009 akan diadakan pada 21&22 November 2009 bertempat di Dataran MDKM, Kota Marudu.

Berikut adalah diantara acara yang bakal dipertandingkan.

1.PERTANDINGAN JUARA FESYEN JAGUNG 2009
Syarat2 Penyertaan:-
Terbuka kepada semua wanita sejati yang berumur 18-30 tahun, warganegara Malaysia, bermastautin di PBU (Daerah Kota Marudu,Pitas,Kudat,Kota Belud & Ranau)


2. PERTANDINGAN JUARA PEREKA FESYEN JAGUNG 2009
Syarat2 penyertaan:-
Terbuka kepada semua pereka fesyen pakaian, warganegara Malaysia, bermastautin di PBU (Daerah Kota Marudu,Pitas,Kudat,Kota Belud & Ranau)

Jangan Lepaskan Peluang Ini..Hadiah lumayan Menanti Anda!


Borang Penyertaan boleh diperolehi daripada:-
- Pn. Suzita Janaun _Lembaga Industri Getah Sabah, Kota Marudu. 
  H/P: 019-8105619, Pejabat: 088-663946
- Pn. Julita Dalinsi_ Pejabat Parlimen P.168, Kota Marudu
  H/P: 019-8624668, Pejabat:088-662253
- Pn. Rostina Masantun_ Pusat Latihan Pertanian,Damai,Kota Marudu
  H/P: 019-8099369
- Pn. Naile Gutasan_ Pejabat Daerah, Kota Marudu
- Pn. Uli Ria Br.Pasaribbu__ Pejabat Pertanian Kota Marudu
  H/P: 013-5543099, Pejabat: 088-661334
- Pn. Jasni Maidul_ Hospital Kota Marudu 
  H/P: 013-8383822

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan pesta ini.

KEJUTKAN MEREKA...

Kejutkan mereka, kawan, "posikno, monguni noh ilo wodit" (bangunlah, burung murai dah berbunyi/hari dah siang)... Ya, selain membawa budget ke kawasan dan membangun prasarana, antara lain tugas pemimpin ialah mengejutkan rakyat yang masih tidur, masih hanya berangan. Kejutkan mereka, dan ajar mereka, kemudian bimbing mereka, lalu beri mereka input yang sesuai. Nescaya mereka akan jadi "pengail" yang bijak dan sukses "di lautan rezeki" yang masih terbentang luas di negeri berkah ini.

Pesta Menjana Ekonomi

Datuk Masidi Manjun Menteri Pelancongan dan Alam sekitar Negeri Sabah.
Deejay RTM bersama kru Utara fm.
Ditemubual sebagai blogger dan Wartawan SAM oleh pegawai Penerangan Daerah Ranau.
Sebelah kiri Datuk Masidi Manjun; Tan Sri Datuk Gani Gilong, orang yang bertangungjawab membawa benih durian ke Ranau. Beliau juga seorang peladang yang berjaya menaikkan daerah Ranau sebagai pengeluar durian terbaik di negeri sabah
Pegawai Daerah Ranau Haji Paimin
Mari kita renung kata-kata Datuk Masidi Manjun ketika merasmikan Pesta Durian & Kubis peringkat Sabah baru-baru ini di Ranau, yang antaranya mengajak masyarakat setempat untuk sama-sama mengembalikan suasana urus niaga di Ranau sebagaimana yang telah berlaku ketika zaman lombong Mamut . Ketika itu katanya, urus niaga setiap bulan berlaku di Ranau sebanyak 1 juta . Pesta Durian, walaupun hanya 2 hari, urus niaganya melebih 50 ribu dan majoriti masyarakat setempat terutamanya para penanam durian telah mendapat impaknya. Kebijaksanaan pemimpin dan kerjasama yang mantap daripada pelbagai pihak telah membantu Pesta Durian dan Kubis mendapat sambutan luar biasa. Selain itu, liputan media juga antara yang membantu kejayaan pesta ini. Selain wartawan akhbar arus perdana, pihak penganjur turut mengiktiraf media online Utara fm sebagai penyiar langsung semasa pesta ini. Suara Anak Marudu ( SAM ) juga turut mengadakan liputan dan disambut baik pihak penganjur . Jutaan terima kepada pihak penganjur kerana memberi laluan kepada Utara fm juga para blogger membuat liputan. Kita maklum bahawa, Kota Marudu pada bulan November ini juga akan mengadakan Pesta Jagung. Begitu juga daerah-daerah lain di Sabah , bakal mengadakan pesta masing-masing sesuai dengan hasil produk utama daerah. Kita berharap, sambutan luar biasa daripada pelbagai pihak akan turut mewarnai kemeriahan pesta ini nanti. Namun, sejauh mana pesta yang bakal diadakan di daerah-daerah ini terutamanya Kota Marudu bakal menguntungkan para petani dan masyarakat setempat?

Lagi Cerita Ikhlas

FIRMAN Allah Taala bermaksud: "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar". - Surah al-Bayyinah, ayat 5

Menerusi ayat di atas, Allah SWT memerintahkan supaya setiap orang mengikhlaskan hidupnya semata-mata kepada Allah Taala. Ia digambarkan melalui dua bentuk ibadat khusus iaitu solat sebagai hubungan antara manusia dengan Allah dan ibadat zakat yang menghubungkan antara manusia dengan manusia.

Ertinya segala aktiviti hidup seorang Muslim hendaklah ikhlas kerana Allah Taala. Dengan demikian, ikhlas dalam konteks sebagai seorang Muslim bermaksud ia mestilah mengharapkan keredaan Allah dan ganjaran pahala daripada-Nya. Justeru itu, segala kata-kata, amal perbuatan dan jihad perjuangannya tidak mengambil kira sebarang keuntungan, kemegahan, gelaran mahupun kedudukan tinggi. Baginya, syarat amalan yang diterima Allah ialah niat yang ikhlas dan bertepatan dengan syariat dan sunah Nabi Muhammad SAW. Dalam hal ini, ulama telah menggariskan tanda-tanda ikhlas itu kepada beberapa perkara sebagai berikut:

Pertama, takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa kepada fitnah sama ada kepada dirinya mahupun agamanya, terutama sekiranya ia seorang yang berkebolehan. Kerana ia yakin bahawa Allah menerima sesuatu amalan itu berdasarkan batin, bukan lahirnya semata-mata. Kedua, orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah, lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati daripada dimasuki sifat bangga diri, sombong dan kagum dengan diri sendiri. Ketiga, lebih suka melakukan amalan atau kerja secara sembunyi daripada diiklankan dan mencari populariti. Dalam konteks sebuah organisasi, ia lebih suka menjadi tunjang pokok walaupun tiada yang nampak kerana berada dalam perut bumi, namun ia adalah asas bagi pokok itu hidup, tegak dan kuat. Keempat, baginya sama saja berkerja sebagai pemimpin atau pengikut, selagi kedua-duanya adalah berkhidmat untuk agama. Hatinya tidak dapat dipengaruhi perasaan cinta untuk muncul ke depan atau berada di barisan hadapan. Kelima, tidak menghiraukan kepuasan hati manusia sekiranya ia membawa kepada kemurkaan Allah Taala. Keenam, suka atau bencinya, memberi atau menolaknya, rela atau marahnya, semuanya kerana Allah Taala dan agamanya. Ketujuh, ia tidak bersifat malas, lemah disebabkan perjalanan yang jauh, lambat dapat memetik hasil dan lambat mencapai kejayaan.

Kelapan, gembira dengan kemunculan orang yang berkelayakan dalam barisan perjuangan bersamanya. Dalam al-Quran, Allah SWT menegaskan bahawa syaitan sama sekali tidak mampu menguasai orang yang bersifat ikhlas, sebagaimana firman-Nya bermaksud: "Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di antara mereka". - Surah al-Hijr, ayat 39-40 Al-Fudhail bin Iyadh, seorang ulama terkenal ketika mendengar firman Allah yang bermaksud: "(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". - Surah al-Mulk, ayat 2, lalu berkata: Sebaik-baik amal itu ialah yang paling ikhlas dan yang paling betul. Kemudian ia ditanya: "Bagaimana yang paling ikhlas dan betul itu ? Jawabnya: sesuatu amal itu sekiranya ia ikhlas tetapi tidak betul, maka ia tidak diterima, dan sekiranya ia betul tetapi tidak ikhlas juga, maka ia tidak diterima. Jadi, ia hendaklah memiliki kedua-dua sekali iaitu ikhlas dan betul. Ikhlas hanya semata-mata kerana Allah dan betul pula mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Kemudian beliau membaca firman Allah Taala bermaksud: "Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal salih dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya". - Surah al-Kahf, ayat 110.

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

sumber; http://www.rawatansihir.com/

Aku Bukan VIP

RUANGAN PENULIS TAMU SAM
Oleh: Kulanz ( http://kulanzsalleh.com)
Hari ni aku mengalami satu pengalaman yang membuat aku berfikir sejenak. Ceritanya lebih kurang begini…

Pagi tadi aku aku menghadiri satu majlis penting. Bukan hadir kerana jemputan, tapi hadir kerana diberi tugas. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat Zon Utara, yang melibatkan daerah Pitas, Kudat dan Kota Marudu. Sampai di tempat acara dalam pukul lapan pagi. Agak terlewat disebabkan ada kerja-kerja yang perlu diselesaikan semalam. Sampai di tempat tu, aku nampak sudah banyak kereta yang parking di luar pagar. Aku fikir mesti tempat parking di dalam sudah penuh. Tapi memandangkan mahu cepat, aku pandu juga masuk ke dalam kawasan berpagar. Sampai dekat dewan di mana acara diadakan, aku nampak ada banyak lagi tempat letak kereta kosong di tempat tu (bukan betul-betul depan dewan, jauh lagilah sedikit).

Tanpa fikir panjang, aku parking lah kereta di tempat tu. Sedang menyiapkan peralatan yang hendak dibawa, seorang jaga (security) datang menghampiriku. Aku turunkan cermin kereta dan senyum kepada jaga tu. Jaga tu tanpa senyum terus tanya aku, “Encik VIP kah? Aku terus jawab “Bukan”. Dia tanya soalan kedua, “Guru biasakah?” “Bu..bukan juga”. Aku jawab tergagap-gagap… Selepas dengar jawapan aku, jaga tu terus arahkan aku alihkan kereta untuk parking di tempat lain. Aikkk.. tiada soalan ketigakah? Aku jadi senyum-senyum kambing saja masa tu. Tapi, memandangkan masa tu aku betul-betul mahu cepat, maka aku tidak endahkan arahannya, terus saja aku naikkan semula cermin kereta, matikan enjin dan turun dari kereta (Sebenarnya aku tidak nampakpun tulisan VIP di kawasan tu. Kalau aku nampak aku tidak akan parking kereta di sana). Sambil menutup pintu kereta, aku cakap dengan jaga tu, “Bah, sekejap aa encik.. aku uruskan dulu di dewan tu, pastu baru aku pindahkan kereta”. Tapi jaga tu cakap dengan nada sedikit kasar, “Sudah juga bah tu diurus dewan tu!”. Uiii naa, cakap kasar sudah dia… Tapi aku terus jalan tanpa memperdulikan jaga tu lagi. Aku malaslah bertekak awal pagi dengan jaga tu, aku terus tinggalkan dia dan jalan cepat-cepat menuju ke dalam dewan. Lepas tu, aku buatlah kerja-kerja yang patut aku buat… aku langsung tidak ingat lagi pasal “jaga” tu.

Lebih kurang jam 11.30 pagi… dekat kantin (masih jugalah di kawasan acara tu). Aku dan beberapa kawan sedang berehat-rehat di satu tempat. Seorang kawan (AJK) cakap dia betul-betul lapar sebab tidak sempat sarapan pagi. Aku cakap akupun lapar juga, sebelum jalan tadi cuma sempat minum 2-3 tenguk air kopi, tiada makan apa-apa, lututpun bergegar sudah ni. Aku tanya kawan tadi kalau-kalau ada minuman disediakan untuk ahli jawatankuasa (AJK), dia cakap tidak ada. “Eh, iyakah? Aku nampak tadi macam ada minuman disediakan pula?” Aku cakap dengan kawan tu begitu, tapi kawan tu cakap, “Itu minuman untuk VIP”.Ohh… VIP saja ada minumankah? Baru aku sedar yang kami ni bukan VIP pula, hahaha… jadi kalau bukan VIP, maknanya tiadalah minuman untuk kami.

Dua peristiwa tu membuatkan aku berfikir banyak kali. Macam kes yang pertama. Jaga tu tanya sama ada aku VIP. Jadi aku jawab saja yang aku bukan VIP. Dia tanya aku guru biasa atau bukan. Buat sementara ni memang aku bukan guru biasa… Tapi tidak pasal-pasal aku kena halau juga… adehh… Tidak adil betul soalan dia tu… Tapi tidak kisahlah, aku datang tempat tu pun bukan untuk bergaya atau tunjuk lagak. Sekadar mahu menjalankan tugas-tugas sebagai orang biasa saja.. Dalam kes yang kedua pula, aku selalu perhatikan orang buat acara atau majlis, AJK pelaksana ni adalah orang yang paling tidak dipedulikan keperluan asasnya. Kiranya masuk senarai paling belakanglah…. Kadang-kadang tu tidak termasuk dalam senaraipun!

Mereka ini bertungkus-lumus menyediakan keperluan majlis. Buat itu dan ini sampai tidak tidur malam, kerah tenaga, kadang terpaksa guna duit sendiri untuk cukupkan keperluan. Sebelum mula acara, AJK lah yang paling sibuk. Selepas acara, AJK juga yang kena kemaskan semua peralatan. Alasannya kalau tidak terus dikemas, nanti sempat diangkat orang P.A System tu. Kalau ada benda yang kurang, mesti AJK yang dicari. Kalau acara tu ada kecacatan mesti AJK yang disalahkan. Tapi berapa kerapkan pengajur memberi perhatian kepada keperluan asas AJK ni? Kalau kita minta makanan awal daripada orang yang urus makanan tu, dia cakap belum sampai masa untuk makan. Tapi paling kasihan, lepas mengemas peralatan tu, datanglah konon AJK tu ke tempat makan, tapi apa yang tinggal? Diorang dengan selamba cakap makanan sudah habis.

Aku sedar juga yang AJK tu jadi tuan rumah, jadi tuan rumah mesti dahulukan tetamu… Tapi harus diingat, kalau kita tuan rumah kita ada hak untuk dapatkan keperluan asas kita. Kan baik kalau tuan rumah makan sebelum tetamu sampai, jadi bolehlah uruskan tetamu dengan senang hati, atau sekurang-kurangnya bertenaga sedikit. Tidaklah perut berkeroncong semasa melayan tetamu. Ini tidak, ibaratnya “Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”. Nah kalau AJK sudah mati kelaparan, tiadalah bah acara tu dapat dijalankan.. hahaha…

Sebenarnya tulisan ni tidak ada kena mengena dengan VIP dalam acara tu tadi. Cuma secara kebetulan sahaja jadi contoh. Acara tadi tu memang aku ada makanpun.. banyak pula tu. Secara kebetulan AJK yang urus makanan tu adalah rakan-rakan setugasku dulu. Jadi adalah kelebihan sedikit untuk aku (terima kasih kawan-kawanku…) Aku kaitkan cerita tu sebab aku sendiri sudah banyak terlibat dengan acara/majlis macam ni. Selalunya tugas aku kalau bukan sediakan Buku Aturcara, P.A System atau publisiti/fotografi, sekurang-kurangnya aku jadi AJK peralatan. Selalunya kerja belakang tabirlah gitu. Aku malas kerja yang menonjolkan diri.

Nah itulah kerja AJK sebenarnya… Orang selalu terlepas pandang kami yang dianggap kerja bawahan ni, kenapa aa??? Padahal kerja AJK ni lah yang paling penting. AJK itulah sebenarnya VIP dan VVIP, tanpa AJK majlis tidak akan terlaksana. Tapi itulah kenyataannya. Orang besar-besar tidak nampak pentingnya orang bawahan ni… Sebab itulah orang tidak pandang…. Sebab itulah orang lupa jasa… Sebab aku bukan VIP…

Kalaulah aku ditakdirkan mempunyai sedikit kelebihan, paling aku utamakan ialah orang yang menyumbang sesuatu kerana keikhlasannya. Bukan menyumbang kerana kepentingan peribadi. Orang yang mendampingi kerana persahabatan. Bukan mendampingi kerana kemurahan hatiku. Yang menjengukku semasa aku sakit atau sihat… Yang bertandang tidak kira senang atau susah.. Tidak kisah siapapun diaorang. Diorang ini bukan setakat VIP bagi aku, tetapi diorang adalah sebahagian daripada hatiku… Hanya ALLAH SWT yang maha mengetahui.