SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, October 17, 2009

aKAD...

Ramai antara kita pernah berakad atau mengakad. Akad juga berbunyi kad, dan sebenarnya berupa "kad hijau" atau green light utk mendapat sesuatu secara halal. Seorang gadis menjadi halal buat seorang jejaka selepas akad nikah, dan halallah apa2 yang dulunya diharamkan antara dua insan berbeza jantina ini, misalnya.... Yaaa....Ada banyak jenis akad umpamanya akad nikah, akad jual beli, aku janji juga bersifat akad. Barangkali bagus kalau semua pemimpin diwajibkan ada akad pegang jawatan, dan ada lafaz takhlil atau gugur jawatan. Misalnya begini.."...dan saya akur bahawasanya jika saya tidak menemui rakyat atau menjaga rakyat selama 4 bulan berturut2 maka jatuhlah jawatan saya..."

4 comments:

Umar al-Longobi said...

Dulu... N.5 & P.168 terpaksa bermadu melalui 2 akad yg berasingan. Nampak gayanya, kedua2 `bini` ini saling bercakaran di antara 1 sama lain. Maju tidak, mundur pun tidak.

Sekarang... N.5 & P.168 tidak bermadu lagi. Ada sedikit sinar kebahagian di hati mereka. Tapi yg menyedihkan, si `dara` jelita itu terlepas ke tangan 'jejaka' luar. Kempunanlah 'jejaka2' kampung.

Alahai...

SANGURU said...

adapun tulisan hamba ini utk tatapan 1Malaysia dan tidaklah bermaksud memfokus kpd 1Marudu. Jadi harap tiadalah yang secara total menyatakan sebaliknya.
Adapun tulisan hamba ini jua hanyalah bahan renungan semata2 adanya. Sekiranya ada yg terasa, itu secara kebetulan semata2.
Ulasan pembaca adalah berdasarkan pengamatan mereka sendiri adanya.
Harap difikir bersama seada2nya. Demikianlah adanya...

SUARA RAKYAT P.168 KOTA MARUDU said...

Sanguru/Umar bukankan P.168 itu termasuk DUN N.4 Matunggong dan N.5Tandek kah? TQ

SANGURU said...

ya tuan SRP168. Termasuk. Tp tulisan saya tidak memfokus sesuatu kawasan atau individu. Untuk tatapan semua 1 Malaysia. Tq