SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, October 27, 2009

Aku Bukan VIP

RUANGAN PENULIS TAMU SAM
Oleh: Kulanz ( http://kulanzsalleh.com)
Hari ni aku mengalami satu pengalaman yang membuat aku berfikir sejenak. Ceritanya lebih kurang begini…

Pagi tadi aku aku menghadiri satu majlis penting. Bukan hadir kerana jemputan, tapi hadir kerana diberi tugas. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat Zon Utara, yang melibatkan daerah Pitas, Kudat dan Kota Marudu. Sampai di tempat acara dalam pukul lapan pagi. Agak terlewat disebabkan ada kerja-kerja yang perlu diselesaikan semalam. Sampai di tempat tu, aku nampak sudah banyak kereta yang parking di luar pagar. Aku fikir mesti tempat parking di dalam sudah penuh. Tapi memandangkan mahu cepat, aku pandu juga masuk ke dalam kawasan berpagar. Sampai dekat dewan di mana acara diadakan, aku nampak ada banyak lagi tempat letak kereta kosong di tempat tu (bukan betul-betul depan dewan, jauh lagilah sedikit).

Tanpa fikir panjang, aku parking lah kereta di tempat tu. Sedang menyiapkan peralatan yang hendak dibawa, seorang jaga (security) datang menghampiriku. Aku turunkan cermin kereta dan senyum kepada jaga tu. Jaga tu tanpa senyum terus tanya aku, “Encik VIP kah? Aku terus jawab “Bukan”. Dia tanya soalan kedua, “Guru biasakah?” “Bu..bukan juga”. Aku jawab tergagap-gagap… Selepas dengar jawapan aku, jaga tu terus arahkan aku alihkan kereta untuk parking di tempat lain. Aikkk.. tiada soalan ketigakah? Aku jadi senyum-senyum kambing saja masa tu. Tapi, memandangkan masa tu aku betul-betul mahu cepat, maka aku tidak endahkan arahannya, terus saja aku naikkan semula cermin kereta, matikan enjin dan turun dari kereta (Sebenarnya aku tidak nampakpun tulisan VIP di kawasan tu. Kalau aku nampak aku tidak akan parking kereta di sana). Sambil menutup pintu kereta, aku cakap dengan jaga tu, “Bah, sekejap aa encik.. aku uruskan dulu di dewan tu, pastu baru aku pindahkan kereta”. Tapi jaga tu cakap dengan nada sedikit kasar, “Sudah juga bah tu diurus dewan tu!”. Uiii naa, cakap kasar sudah dia… Tapi aku terus jalan tanpa memperdulikan jaga tu lagi. Aku malaslah bertekak awal pagi dengan jaga tu, aku terus tinggalkan dia dan jalan cepat-cepat menuju ke dalam dewan. Lepas tu, aku buatlah kerja-kerja yang patut aku buat… aku langsung tidak ingat lagi pasal “jaga” tu.

Lebih kurang jam 11.30 pagi… dekat kantin (masih jugalah di kawasan acara tu). Aku dan beberapa kawan sedang berehat-rehat di satu tempat. Seorang kawan (AJK) cakap dia betul-betul lapar sebab tidak sempat sarapan pagi. Aku cakap akupun lapar juga, sebelum jalan tadi cuma sempat minum 2-3 tenguk air kopi, tiada makan apa-apa, lututpun bergegar sudah ni. Aku tanya kawan tadi kalau-kalau ada minuman disediakan untuk ahli jawatankuasa (AJK), dia cakap tidak ada. “Eh, iyakah? Aku nampak tadi macam ada minuman disediakan pula?” Aku cakap dengan kawan tu begitu, tapi kawan tu cakap, “Itu minuman untuk VIP”.Ohh… VIP saja ada minumankah? Baru aku sedar yang kami ni bukan VIP pula, hahaha… jadi kalau bukan VIP, maknanya tiadalah minuman untuk kami.

Dua peristiwa tu membuatkan aku berfikir banyak kali. Macam kes yang pertama. Jaga tu tanya sama ada aku VIP. Jadi aku jawab saja yang aku bukan VIP. Dia tanya aku guru biasa atau bukan. Buat sementara ni memang aku bukan guru biasa… Tapi tidak pasal-pasal aku kena halau juga… adehh… Tidak adil betul soalan dia tu… Tapi tidak kisahlah, aku datang tempat tu pun bukan untuk bergaya atau tunjuk lagak. Sekadar mahu menjalankan tugas-tugas sebagai orang biasa saja.. Dalam kes yang kedua pula, aku selalu perhatikan orang buat acara atau majlis, AJK pelaksana ni adalah orang yang paling tidak dipedulikan keperluan asasnya. Kiranya masuk senarai paling belakanglah…. Kadang-kadang tu tidak termasuk dalam senaraipun!

Mereka ini bertungkus-lumus menyediakan keperluan majlis. Buat itu dan ini sampai tidak tidur malam, kerah tenaga, kadang terpaksa guna duit sendiri untuk cukupkan keperluan. Sebelum mula acara, AJK lah yang paling sibuk. Selepas acara, AJK juga yang kena kemaskan semua peralatan. Alasannya kalau tidak terus dikemas, nanti sempat diangkat orang P.A System tu. Kalau ada benda yang kurang, mesti AJK yang dicari. Kalau acara tu ada kecacatan mesti AJK yang disalahkan. Tapi berapa kerapkan pengajur memberi perhatian kepada keperluan asas AJK ni? Kalau kita minta makanan awal daripada orang yang urus makanan tu, dia cakap belum sampai masa untuk makan. Tapi paling kasihan, lepas mengemas peralatan tu, datanglah konon AJK tu ke tempat makan, tapi apa yang tinggal? Diorang dengan selamba cakap makanan sudah habis.

Aku sedar juga yang AJK tu jadi tuan rumah, jadi tuan rumah mesti dahulukan tetamu… Tapi harus diingat, kalau kita tuan rumah kita ada hak untuk dapatkan keperluan asas kita. Kan baik kalau tuan rumah makan sebelum tetamu sampai, jadi bolehlah uruskan tetamu dengan senang hati, atau sekurang-kurangnya bertenaga sedikit. Tidaklah perut berkeroncong semasa melayan tetamu. Ini tidak, ibaratnya “Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”. Nah kalau AJK sudah mati kelaparan, tiadalah bah acara tu dapat dijalankan.. hahaha…

Sebenarnya tulisan ni tidak ada kena mengena dengan VIP dalam acara tu tadi. Cuma secara kebetulan sahaja jadi contoh. Acara tadi tu memang aku ada makanpun.. banyak pula tu. Secara kebetulan AJK yang urus makanan tu adalah rakan-rakan setugasku dulu. Jadi adalah kelebihan sedikit untuk aku (terima kasih kawan-kawanku…) Aku kaitkan cerita tu sebab aku sendiri sudah banyak terlibat dengan acara/majlis macam ni. Selalunya tugas aku kalau bukan sediakan Buku Aturcara, P.A System atau publisiti/fotografi, sekurang-kurangnya aku jadi AJK peralatan. Selalunya kerja belakang tabirlah gitu. Aku malas kerja yang menonjolkan diri.

Nah itulah kerja AJK sebenarnya… Orang selalu terlepas pandang kami yang dianggap kerja bawahan ni, kenapa aa??? Padahal kerja AJK ni lah yang paling penting. AJK itulah sebenarnya VIP dan VVIP, tanpa AJK majlis tidak akan terlaksana. Tapi itulah kenyataannya. Orang besar-besar tidak nampak pentingnya orang bawahan ni… Sebab itulah orang tidak pandang…. Sebab itulah orang lupa jasa… Sebab aku bukan VIP…

Kalaulah aku ditakdirkan mempunyai sedikit kelebihan, paling aku utamakan ialah orang yang menyumbang sesuatu kerana keikhlasannya. Bukan menyumbang kerana kepentingan peribadi. Orang yang mendampingi kerana persahabatan. Bukan mendampingi kerana kemurahan hatiku. Yang menjengukku semasa aku sakit atau sihat… Yang bertandang tidak kira senang atau susah.. Tidak kisah siapapun diaorang. Diorang ini bukan setakat VIP bagi aku, tetapi diorang adalah sebahagian daripada hatiku… Hanya ALLAH SWT yang maha mengetahui.

19 comments:

PID KM said...

vip oooh vip... sama juga tu makan nasi.. napa lah nak mengampu vip sangat ni?

jas@ligong said...

*tertarik dengan penulisan tuan kulanz,"syukurlah tuan tidak di dalam golongan vip.kerna tuan ingat pesan org dulu2..",,.."tidak akan berdiri megah pokok itu,tanpa akar2 yang erat".

Aldusuni said...

Di mana2 pun saya pergi meja makan dan tempat duduk VIP ini ada..VIP biasanya dihormat dan diberi keistimewaan,belum pernah orang lupa...Orang yang bertungkus-lumus (VVIP) selalu dilupa..Namun, ingatlah kita bukan bintang kehormatan duniawi yang akan di nilai saat kita berhadapan dengan ALLAH...yang di nilai adalah amal bakti kita..

maikong said...

harap maklum tn-pn, kita sudah lama faham ungkapan itu..vip/vvip..memang org biasa ,sukar/inda boleh masuk kwsnya....cuma ajk/petugas saja yg boleh masuk.
dlm keadaan penulis ini pula, adakah kamu termasuk dlm seorg ajk?..jika seseorg petugas, haruslah berada di tempat dewan lebih awal dari peserta/vip/vvip..barulah inda kelam kabut.....

Sahabat Yang Tidak Lupa Kawan said...

Kalau di baca betul,agak dalam maksud tulisan penulis tamu SAM ini. Apa pun ia bergantung pada pengertian masing-masing.Namun ada segelintir kita ni yang bukan vip/vvip pun menunjuk-nunjuk macam vip/vvip.. macam mana kalau begini aah? hihihi.


Dab saya sabgat tertarik dengan kata-kat ini penulis ini

"..Kalaulah aku ditakdirkan mempunyai sedikit kelebihan, paling aku utamakan ialah orang yang menyumbang sesuatu kerana keikhlasannya. Bukan menyumbang kerana kepentingan peribadi. Orang yang mendampingi kerana persahabatan. Bukan mendampingi kerana kemurahan hatiku. Yang menjengukku semasa aku sakit atau sihat… Yang bertandang tidak kira senang atau susah.. Tidak kisah siapapun diaorang. Diorang ini bukan setakat VIP bagi aku, tetapi diorang adalah sebahagian daripada hatiku… Hanya ALLAH SWT yang maha mengetahui..."

Mari kita hayati dengan penuh persahabatan yang ikhlas.

kyro said...

sudah menjadi lumrah dunia,hidup manusia memandang harta dan pangkat.jgn berkecil hati.ambil tauladan dimana patut.

Kulanz Salleh said...

Terima kasih di atas respon tuan/puan.. cerita pasal majlis tu sebenarnya hanyalah sbhgn kecil daripada peristiwa yg kita alami setiap hari... kita faham dalam satu2 keadaan memang perlu ada jurang pemisah antara orang biasa dgn VIP. Cuma tidak wajar ada jurang pemisah jika kita berada dalam satu kelompok yg sama...

Kulanz Salleh said...

@ saudara maikong.. memang benar sya adalah salah seorang ajk/petugas dlm majlis tu.. sya akui mmg sya tlewat sedikit datang krn ada beberapa hal yg perlu diuruskan di tempat lain (juga berkaitan dengan acara tersebut)...

Md Nasir@Nasiri said...

sharing yg menarik utk dihayati. dibaca sekali kisah teladan diperoleh, bila direnung kedua kali, dpt pula pengajaran disebalik maknawi. tkasih sahabat kulanz

NONG said...

salam semua..
Saya sangat tertarik dgn post Tuan Kulanz ini.Betul tu tuan, tidak pun perlu juga ada jurang sedikit antara vip dgn org biasa kerana banyak alasan tersendiri terutamanya dari segi keselamatan.Cuma kita akan terkesan bila jurag itu dicipta oleh mereka dari kelompok yang sama lebih2 lagi kawan2 yang sudah sebati dalam hati kita...

Apa pun semoga ada pengajaran yang dapat kita ambil disebalik paparan ini..

MindaGuru said...

Tahniah, post yang menarik dan ada kebenarannya..tadi saya setuju dengan pn Kyro rasa2nya itu sudah adat dunia dan disebabkan oleh banyak faktor spt keselamatan (Nong).

Sdr Maikong, pendapt tuan bernas, bos saya selalu beritahu tentang penggunaan masa yang sebaik2nya agar tepat masanya..katanya banyak masalah akan timbul apabila dlm keadaan mengejar masa..

Ketiadaan minuman/makanan utk Petugas saya rasa, pihak pengurusan perlu ambilkira kerja keras para petugas.Bukan apa mereka yang VIP pun bermula seperti kita juga..

Salam..

SANGURU said...

selamat datang tn kulanz. Semoga terus aktif menyumbang karya. Sama2 memantapkan SAM. SAM wadah utk orang yg selama ini mencari wadah yg tak terlalu bersifat VIP/VVIP...
"ular melingkar tanah, x hilang bisanya"

Gaaman said...

Inilah hakikatnya hidup d dunia, ada hukum/peraturan tertentu yg mau tidak mau harus dipatuhi. Lihatlah dalam satu keluarga ada suami, isteri, anak lelaki dan perempuan, datuk, nenek, cucu dll.Suami merupakan ketua keluarga yg harus dihormati oleh isteri dan anak2, isteri jg mesti dikasihi dan dijaga oleh suami serta dihormati oleh anak2(cucu).

Dengan kata lain dalam masyarakat ada peringkat(kedudukan yg menunjukkan tugas/jawatan seseorang) yg seharusnya diakui dan diterima(dihormati). Jika tidak dihormati hukum alam ini sudah pasti kacau bilau la masyarakat trsbt.

Pasal makan/minum utk AJK, itu sebenarnya atas kebijaksanaan AJK penganjur. Tak salah(malah sewajarnya) AJK perlu diberi makan-dan tidak perlu tunggu sisa2 makanan.

SANGURU said...

dlm kes yg tuan maksudkan, ajk2 itu la sebenarnya "VIP" yg perlu dijaga kebajikan, manakala yg selau kita panggil sebagai VIP itu sepatutnya dipanggil undangan/tetamu kehormat. Anyway, angap je la episod luka tu dah beresss tuan...
Cuma 1 permintaan sy pd tuan, maafkan la pakcik jaga tu, dia jalan tugas sija, hehehe...dan selama ini org seperti pakcik jaga ini disuruh2 begitu2 la...dan dengan bangganya org spt ini melaksanakan tugas2nya dengan begitu tegas sekali! Alalalalala...tegas bikin kasihan...

Little Mike (LM) said...

tn kulanz.. posting yang bernas untuk diperhalusi... selamat datang ke ruang SAM. Sangat menghargai kesudian tuan menyumbang tulisan melalui wadah SAM.

Pelaksana (ajk) selalu mengalami kerumitan ketika menjalankan tugas. Adakalanya dalam serba serbi masalah ditanggungkan ke bahu ajk. Dari sudut ini, teamwork mmg sangat penting. Komitmen perlu tinggi. Pengurusan masa perlukan disiplin dan pengorbanan. Letih, kehilangan daya adalah sebahagian daripada lumrah dunia ajk. Walau bagaimanapun, diakui peranan AJK sangat penting dalam mana-mana majlis...

Oleh itu, seharusnya pihak penganjur memberikan ruang keselesaan kepada pelaksana majlis seperti persediaan makan minum. dan di sini, team pelaksana juga harus ada 'biro' yang menguruskan bahagian makanan untuk berurusan dengan penganjur... jadi semua ini perlukan persiapan. Hal-hal kecil jangan dipandang remeh. Apapn, tahniah tn kulanz atas daya usahanya yang tetap melaksanakan tugasan yang diamanahkan..

sya suka ayat tn 'Orang yang mendampingi kerana persahabatan. Bukan mendampingi kerana kemurahan hatiku.'... Tidak kisah siapapun diaorang. Diorang ini bukan setakat VIP bagi aku, tetapi diorang adalah sebahagian daripada hatiku… '

Teruskan menyumbang buah fikiran.

maikong said...

note tn kulanz, panat baitukan..inilah kerja2 ajk(admin)...tq

RumbiaMasolog said...

Sememangnya AJK mempunyai kelebihan sedikit daripada org ramai dan vip sekalipun. Termasuklah tempat letak kenderaan n makan minum haruslah dikhaskan. Sya rasa dlm kes tuan ni... mgkn terlepas pandang oleh pihak pengurusan atau AJK sdri.. Oleh itu.. bebekalkan pengalaman ini. untuk menguruskan 'event' akan dtg perkara ini harus dihighlight..

p/s..lagi2 komplex n penat klu yg dtg merasmi tu Menteri or PM...bikin gagar pn ada..

Kulanz Salleh said...

Terima kasih semua yg mengalu-alukan kehadiran saya di SAM..
kisah ini sebenarnya hanya secebis daripada peristiwa hidup kita... Ianya ditulis sebagai satu cara saya memperingati diri.. banyak yang perlu saya diperhalusi... InsyaAllah pandangan daripada tuan-tuan/puan akan dijadikan panduan untuk memperbaiki diri..

maikong said...

begitulah harusnya tn kulanz,
sama2 kita memperbaiki diri..kita semua memang d alu2kan dtg DE SAM..