SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, October 8, 2009

Amaran kedua Taufan Parma

KEADAAN jalan raya di Penampang yang dipenuhi air setelah hujan melanda Kota Kinabalu awal pagi semalam.

Sumber: Utusan Malaysia ( 08/10/2009 )

KOTA KINABALU 7 Okt. - Jabatan Meteorologi Sabah mengeluarkan amaran peringkat kedua untuk negeri ini sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kesan Taufan Parma yang masih lagi bergerak aktif.

Pengarahnya, Abdul Malik Tussin berkata, kesan daripada ribut itu menyebabkan beberapa tempat di Sabah dilanda angin kencang dan hujan lebat hingga mengakibatkan banjir.

''Beberapa tempat rendah berdekatan daerah ini seperti Menggatal, Tuaran, Penampang, Papar, Tuaran, Sepanggar termasuk kawasan di pantai timur sudah mula dilanda banjir.

''Cuaca buruk ini dijangka berlarutan sehingga Ahad ini. Beberapa tempat sudah terputus bekalan elektrik dan perhubungan tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Taufan tersebut melanda Luzon, Filipina pada Sabtu lalu hingga mengakibatkan tanah runtuh, banjir dan mengorbankan 16 orang.

Ribut tropika dengan kelajuan 55 knot itu kini bertiup di perairan barat Luzon dan diramalkan bergerak ke arah barat menghala Pulau Hainan, Selatan China dan Taiwan dalam beberapa hari ini.

Malik berkata, kelajuan angin di pantai timur pada pukul 6 pagi ini ialah 78km/jam dan purata taburan hujan dalam masa sejam selepas itu ialah 25.2 milimeter (mm).

''Dalam masa 24 jam hingga malam ini kita ramalkan taburan hujan akan mencecah sehingga 80mm," katanya sambil menyifatkan purata hujan tersebut tidak terlalu lebat.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Ibnu Suhud Punggak berkata, walaupun beberapa tempat di sini dilanda banjir kilat tetapi masih belum ada sebarang pemindahan.

Jelas beliau, pihaknya masih berjaga-jaga dan setakat ini hanya memberi bantuan untuk membersihkan pokok-pokok besar yang tumbang di Kepayan dan Likas, di sini.

3 comments:

SANGURU said...

khabar angin di serata dunia, namun angin dan banjir belum terjadi di KM. Syukur. Mari dan terus berdoa kita,

Umar al-Longobi said...

moga KM dilindungi...

Anonymous said...

khabar angin di serata dunia, namun angin dan banjir belum terjadi di KM. Syukur. Mari dan terus berdoa kita---Pasti akan datang kalau kebongkakan sentiasa ada d jiwa kita..

moga KM dilindungi...Pasti d Lindunginya kalau kita selalu bersamanya dan tidak sedikitpun tergelinchir dari amanah yg d berikan kepada kita.