SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, October 11, 2009

As I See It: Selamat Bersidang & Bermesyuarat

Selamat bersidang dan bermesyuarat kepada semua rakan SAM. Maaf kerana tidak dapat hadir bersama pada majlis yang dianjurkan kelmarin; tuntutan dan komitmen kerja menyebabkan saya terpaksa bergegas balik ke Tambunan pagi tadi sebaik sahaja menghadiri majlis konvokesyen sarjana di UMS kelmarin.Satu perkembangan yang cukup positif apabila melihat wujudnya persefahaman di kalangan parti komponen di daerah kita..seperti mana komentar dan saranan Dato' Seri Dr. Maximus Ongkili - perlu wujud hubungan yang autentik dan ikhlas di kalangan rakan komponen; khususnya di peringkat bahagian. Saya rasa ini tidak mustahil, apatah lagi dengan wujudnya SAM sebagai "contributing factor" ke arah pemupukan hubungan yang sedemikian. Kepada Anak-anak Marudu yang telah dan bakal menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen UMS Ke-11, tahniah diucapkan - semasa berada di pintu masuk Dewan Canselor kelmarin, saya terserempak dengan seorang "beliau" kita dari Tandek,beliau mengucapkan tahniah kepada saya dalam bahasa "Kimaragang", dan "spontaneously" saya balas sapaan beliau dalam bahasa yang sama (Walaupun mungkin "broken" Kimaragang...). Beliau bangga dengan "performance" "anak-anak kita". Bila membelek buku majlis konvokesyen, rasa-rasanya ramai juga graduan dari tempat kita. Tahniah diucapkan, dan pada rakan-rakan SAM, selamat bersidang dan bermesyuarat.

12 comments:

MindaGuru said...

tahniah carl..semoga terus berjaya..

maikong said...

congrat...carl.syabas

SANGURU said...

syabas. melonjaklah lebih tinggi, melangkah lebih jauhhh...

ison said...

Tahniah carl dan semua graduan dari Marudu.

Ondon said...

THANIAH!!!!Carl..

One said...

Tahniah carl!

Sulaiman Hanim said...

Congrat kepada yg lulus darimanapun kamu berasal.......Yg penting kamu adalah KAM (Kamu Anak Malaysia)......Saya amat2 berbanga seandainya para Graduan2 kemarin itu adalah Anak yg sudah 2,3 Generasi Rakyat negara Malaysia ini (Bukan yg baru tahun 1980an mendapatkan IC Negara Malaysia)....Kamulah penyumbang,Pemikir,Kamulah bekal Pemimpin untuk memantapkan Negeri/Negara kita yg tercinta ini.....Amin

SANGURU said...

hmm, tn sulaiman mmg pejuang IC "haram" (wpn ori?). Hehehe...teruskan tuan...rajin2lah ziarah KAM...i

Anonymous said...

Selaku Rakyat Negara Malaysia yg d lahirkan sebelum Kemerdekaan d negeri ini...Tn Sanguru saya2 amat terpangil dan merasakan BERTANGGUNG JAWAB kepada Negeri Sabah ini dan Rakyat ku d Negeri ini.Tidak akan ada suara membantah Pengeluaran IC itu jika d buat dengan betul dan TIDAK PALSU PROSEDURnya...Ini baru sahaja memasuki Negara ini 3 bulan sudah mendapatkan MYKAD MALAYSIA...Bagaimana Rakyat dan Penduduk "TULUN BAWANG" Negeri Sabah ini yg belum mendapatkan IC ori? Khasnya Penduduk d KM !!! Nah d sinilah kita membela Rakyat dan Negeri kita, Jangan sampai d persenda-sendakan oleh Pemimpin yg baharu sahaja 1 Generasi d Negara ini....Apa lagi yg mendapatkan IC d Tahun 1980an....Bukankah mereka yg akan Menjajah Bangsa,Rakyat kita d Negeri ini....Sudahlah Negeri ini seperti d Jajah rasa2nya...(SULAIMAN HANIM)

SANGURU said...

ya tuan, yg haram tetap haram wpn dicop/dilabel halal.
Pengharaman total perlu dibuat, bukannya penghalalan.
Saya risau pemutihan perkara yg hitam...

Little Mike (LM) said...

carl... setinggi-tinggi tahniah.. selepas ini bakti anda diperlukan negarabangsa... selamat maju jaya

Anonymous said...

Tahniah buat anda... cuma apabila sudah berada di atas jangan pula lupa turun di bawah.