SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, October 6, 2009

BACA, FIKIR, RENUNG, ULASAN, KESIMPULAN ? ? ?

Buat semua pembaca@pengunjung blog SAM, sila beri ulasan, komen atau pandangan berkaitan dengan entry dibawah. 1. SAMBUTAN HARI MALAYSIA Sambutan Hari Malaysia bertema 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan adalah antara tiga program utama sempena Kemerdekaan ke-52 tahun ini dan Seramai 15 tokoh kemerdekaan yang memberi sumbangan besar kepada pembentukan Malaysia bakal diberi penghargaan berupa cenderahati dan sijil sempena sambutan Hari Malaysia di Kuching, Sabtu ini. Sumbangan tersebut diberikan kepada lima tokoh dari Sabah, lima dari Sarawak dan lima dari Semenanjung. 2. TEMUDUGA TARAF WARGANEGARA MALAYSIA Temuduga untuk taraf kewarganegaraan Malaysia akan diadakan dari 12 hingga 14 Oktober. Untuk mendapatkan tarikh temuduga tersebut boleh melayari laman web Kementerian Dalam Negeri di www.moha.gov.my di bawah menu “services” mulai esok. Temuduga ini adalah untuk menentukan status mereka sekarang. Mengikut Perlembagaan, menghadiri temuduga adalah satu daripada syarat untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan.

11 comments:

SANGURU said...

1. Adil. Adil juga kalau agihan peruntukan dan kekayan diagih sedemikian rupa, bukankah begitu nisbah di awal mula permuafakatan Malaysia?
2. Bagus. Bagus klu dari dulu dipraktikkan. Sekarang dah parahhhh khususnya di Sabah. Rakyat asal sakit hati, pendatang (baru) senang dapat IC...harap ada projek pembersihan. Ikut prosedur klu mau jadi warganegara.

Sam. Malaysia7 said...

Malas mau komen tetapi kesempatan yg ada.....Apa juga tindakan yg boleh d buat dan d tuntaskan oleh C Dinakan??? Kenapa Mykad dan kewarganegaraan sebelum ini khasnya d negeri Sabah ini tidak d bagi Tarikh d temuduga untuk mendapatkan Mykad atau taraf Kewarganegaraan Malaysia yg tercinta ni....? Kenapa berjuta-juta rakyat @PTI yg d berikan mykad senang-senang melalui pintu belakang tidak d temuduga? Kenapa baru sekarang pemberian mau d temuduga? Kerajaan BN kita ni dan Kementerian Dalam Negeri mcm tidak betul laah...Seolah-olah mereka tak tau yg mana betul dan yg mana salah...Astagafirullah.... Apa dah yg terjadi dengan Pemimpin Negeri/Negara kita ni....Kenapa juga senang2 nak bagi HAK Kewarganegaraan ini kepada PTI dan Rakyat Negara Asing?.....Peristiwa d Negeri Sabah ini benar2 memberikan Truma kepada Rakyat yg benar2 tahu dan mengerti akan "HAK" Rakyat d Negara Malaysia ini......

***Temuduga ini adalah untuk menentukan status mereka sekarang. Mengikut Perlembagaan, menghadiri temuduga adalah satu daripada syarat untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan***

Kenapa diawal 1980an dan sehingga kehari ini berjuta-juta keping pemberian MYKAD MALAYSIA kepada Pendatang2 dari Pakistan,India,
Indonesia dan Philippine tidak ada Prosedur temuduga2? Kenapa sekarang sahaja baru mau mula bertemuduga? Cukuplah pemberian dan pengeluaran WARGANEGARA itu kepada PTI dan Pemohon Warganegara Asing itu d buat....Sudah terlalu banyak d berikan Mykad Malaysia kepada Warga asing tu....Janganlah takut menerima kekalahan pada PRU ke-13 tu. Terimalah Qada/Qadar dari Allah d dalam Pilihanraya tu wahai Pemimpin BN/UMNO.....

SANGURU said...

dirgahau Malaysiaku, merdekalah selamanya negeriku. Tk para pemimpin, seburuk2 pun, kalian (maaf agak kasar) tentunya ada buat kerja dan sumbangan, sebaik2 pun anda pasti ada kurangnya.
Pandangan saya: rakyat mahu penambahbaikan..."the best, win" so, be the best...

Tulunbunou said...

Salam tn Dinakan,

1. Sepatutnya sambutan Hari Malaysia ini disambut sama seperti Sambutan Hari Kemerdekaan dan sejarah Hari Malaysia ini perlu diberi publisiti yg meluas supaya kanak2,dan remaja yg bakal menerajui negara mengetahui sejarah penubuhan Malaysia.. secara tidak langsung dapat memupuk semangat cintakn negara dan dapat mengelakkan sifat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia. Tema 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sangat sesuai digunakan kerana ia berkait rapat dengan PERKARA 20 yang termaktub didalam momerandum Sabah bergabung membentuk Malaysia.. Negeri Sabah wajar menerima semua pengagihan yg samarata,dan adil sejak dari dulu...

2. Walaupun prosedur ini sepatutnya dimulakan awal dan sudah semestinya rakyat seperti saya terpinga2...Rupa2nya selama ini ada peruntukan Perlembagaan yang mewajibkan temuduga taraf warganegara Malaysia sebagai syarat utama mendapatkan taraf kewarganegaraan. Namun langkah ini wajar dipuji kerana setidak2nya rakyat boleh menarik nafas lega dengan penambahbaikan perkhidmatan.oh..ya... bagi masyarakat kampung mereka mungkin tidak tahu dengan kewujudan peruntukan Perlembagaan ini.. Oleh itu saya mencadangkan adalah baik jika perkara yang berkaitan dapat diwar2kan dan diberi penjelasan oleh unit bertindak...

Terima Kasih.. maaf andai ulasan ini menyinggung perasaan pihak2 tertentu.

MindaGuru said...

Tahniah tuan kerana penjelasan penting seperti ini..usaha2 yang postif perlu sokongan semua pihak..perlembagaan seperti itu perlu diwar-warkan.

Anonymous said...

Yg menghairankan berjuta juta IC sudahpun d berikan kepada pendatang Tanpa Izin melalui Pintunya d negeri Sabah ini...Kita tahu Prosedur pemberian IC itu memang palsu tetapi IC yg d berikan kepada Pakistan/Bugis/Suluk tu adalah benar...!!! Jadi apa komen anada ?!!!?

Anonymous said...

Jawaban,Ulasan serta alasan yg bagus oleh Sanguru no:1 tu....
Harap2 Rakyat d negeri Sabah dan Negara malaysia ini benar2 akan faham dan memahaminya.....Nah mengancam juga ulasan dan pendangan yg d lontarkan oleh TB tu....heheheheheh...Sia nda mau komen lah...Nampak2 semua pengomenpun mempunyai pemikiran yg BERNAS (Beras Negara)..

Anonymous said...

memang saya tidak setuju jika ic d beri kpd pendatang, terutama PTI yg dtg nak rampas hak rakyat sabah.

kenapa temuduga perlu d buat, kenapa tidak d khabarkan melalui media seawal2nya?

terima kasih sdr dinakan kerana maklumat ini.

Anonymous said...

adalah tidak wajar jika terdapat pemberian mykad secara cepat dan percuma kpd mereka yg memerlukan spt PTI.

Apa nak dpt undi lebih ka?

Anonymous said...

perlu kajian mendalam dalam hal ini.

Anonymous said...

Buat Anony 5:29,5:30 dan 5:30 berjuta juta (Melebihi 3.5 juta IC sudah d keluarkan kepada PTI) sudah mykad d berikan kepada rakyat Pakistan,India,Indonesia dan Philippine dari tahun 1980an sehingga kehari ini kenapa juga Kerajaan tidak serius menghentikan pengaluaran ini.Kan JPN itu d bawah kerajaan BN/UMNO...MUSTAHIL tidak boleh d benteras pengeluarannya jika mahu !!!