SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, October 21, 2009

Bajet 2010 Dan Harapan Seorang Anak kampung

RUANGAN PENULIS TAMU SAM
Selang beberapa hari lagi, bajet 2010 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen. Segenap lapisan rakyat yang cakna ekonomi negara pastinya akan berebut-rebut tidak sabar apakah ‘hadiah’ yang bakal mereka terima. Golongan peniaga tentunya akan mengharapkan pelbagai insentif percukaian dan galakan bantuan perniagaan. Kakitangan awam pula tidak sabar menanti pengumuman bonus dan penstrukturan semula gaji.
Pendek kata masing-masing tertunggu-tunggu durian runtuh yang bakal jatuh. Inilah manifestasi harapan rakyat yang tergalas di bahu pimpinan negara. Sejauhmana ia memberikan kepuasan hati kepada rakyat akan diterjemahkan pula melalui pemilihan pemimpin menerusi kaedah demokrasi berparlimen yang menjadi amalan negara kita sekian lama.
Sebagai anak kampung yang tidak pernah menikmati keselesaan jalan raya bertar, api elektrik dan pelbagai kemudahan asas sempurna yang lain sejak berpuluh tahun yang lepas, saya secara peribadi tidak meminta berlebih-lebih. Cukuplah jika jambatan sebatang dibina menghubungkan kampung kami dengan dunia luar dan dipertingkatkan kemudahan pembelajaran di sekolah yang ada. Itu pun sudah dikira rahmat yang cukup besar.
Kita faham, kisah-kisah sebegini semacam suatu dongengan bagi rakan-rakan yang berada di semenanjung. Malah pemimpin tertentu yang takut kasut mahalnya terkena lumpur dan tahi lembu akan menidakkannya. Maklumlah perkara ini jarang dan hampir mustahil ditemui di sana. Lagi pula saban tahun berbilion ringgit diumumkan untuk pembangunan luar bandar. Mana mungkin ada lagi situasi sebegini?
Namun, bagi kami orang kampung, inilah realiti kehidupan yang setiap hari terpaksa kami dilalui dengan air mata harapan yang telah lama kering.
Kadang-kadang terasa diri bagai ditipu apabila saban tahun diumumkan program pembangunan luar bandar, tetapi suasana realiti yang kami alami tidak pula berubah sejak tiga puluh tahun lepas. Apa pun, biarlah kali ini bajet yang akan dibentang Jumaat nanti bakal memberi sinar harapan baru kepada kami, orang kampung yang juga ingin merasai nikmat jambatan, lampu elektrik dan jalan raya bertar.
Selamat menerima durian runtuh!

11 comments:

SANGURU said...

salam ONDU. Terima kasih kr sudi menyumbang karya minda de SAM. Luahan dan harapan sdr jelas tapi tidak berlebihan dan itu amatlah menarik perhatian.

Anonymous said...

ONDU...ko bru tau kah kita org Saba ni kana main2 ja dari dulu lg? Kana janji 100 hari pun sokong kana kasi SABAH BARU pun sokong kana gilir2 Ketua Manteriiii itu pun sokong juga....Yg panting sakarang ini jgn lagi kita sokong kio...!!!

maikong said...

anony:..baru dia sedar butul kali bah...anony klu org yg lumpat sini sana kau mau ka?...

Little Mike (LM) said...

Bukan c ondu langsung tidak tahu baitu... jika tidak masakan katanya ... 'tetapi suasana realiti yang kami alami tidak pula berubah sejak tiga puluh tahun lepas...'

paksi penulisannya berorientasikan sesuatu... yakni yg akn berlaku dalam bajet 2010, pekara relevan dengan rakyat di sabah khasnya. Sya juga teruja bajet pertama daripada kemunculan sulung PM kita DS Najib.. tunggu dan lihat.

Anonymous said...

kita di sabah ni byk sgt 'ikut2an' ba. apa ja kwn kta di sana ckp kita 'ikut'. negeri di bawah bayu la katakn. semua yg di bawah2 ja. tak pernah memberontak n menuntut yg lebih2. sehinggakn bendera negeri kita dibakar oleh SYAITAN PTI pun kita tetap senyum seolah2 tiada apa yg berlaku. penfek kata kiat keterbelakang dari semua segi. ( sori....tulisan ni x akademikal..main antam saja). last2, tempat kita ni dijadikan sbg tempat pelupusan BESI BURUK dgn kereta2 dgn plate num dr seberangpun kita senyum saja. entah apa2 la...

Ondu said...

Maikong, kesedaran telah lama ada. Anon, perjuangan sejak dulu telah bermula, malah ada yg sudah berbuah...Perjuangan utk memartabatkan negeri perlu kekuatan akal dan fikiran. Semborono akan terbunuh. Nanti matlamat ikut tercicir dan jatuh...

maikong said...

ya mr ondu..saya rasa juga kita sama2 sedar dari dulu..tapi biasalah kan ..tidak buli buat apa2
kita harapkan yg ada kuasa pentadbir buli buat yg patut...

SANGURU said...

sdr2ku sekalian, mesipun kita hanya mampu bersuara, sejarah telah menunjukkan bahawa suara2 seperti inilah yg mengubah peta dan landskap dunia. Tuan2 pun maklum itu...

Anonymous said...

Maikong, Kalau Pemimpin Khasnya pemimpin BN d negeri ini benar2 kita masak dengan cara mereka berpolitik.95% play safe hanya menjaga periuk belanga dan kedududkan d orang saja yg mereka jaga...Susah ada lagi yg macam Datuk Joseph Pairin dulu pada Tahun 1983...Tetapi HuguanSiau ni pun sekarang teringnya pun macam tumpul2 sudah ndalah dia berani bersuara lagi menganai penganugerahan Mykad kepada PTI d negeri Sabah ni.....

Anonymous said...

orang pulitik suma2 main play safe bah. bagus lagi kalau pbs terus kekal nda masuk bn dulu. ada juga chek and balance.

Umar al-Longobi said...

Syabas Sdr. Ondu! 1 penulisan yg matang dan amat baik utk difikirkan.

Dlm kes peperangan misalnya, tidak semua rakyat sesebuah negara itu dikerah utk berperang. Sebahagian shj yg berperang. Selebihnya sbg surirumah, guru, petani, doktor dll. Masing2 mempunyai peranan tersendiri di dlm mempertahankan negara.

Demikian juga halnya dgn penulis. Jgn kita melabel penulis ini sbg hanya pandai bersuara shj. Selain membekalkan info2 terkini, penulis juga memainkan peranan penting di dlm meniupkan angin kebangkitan dan semangat mempertahankan kedaulatan negara.

Penulis juga seorang pejuang...