SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, October 28, 2009

BE POSITIVE

Salam perjuangan buat semua pembaca budiman. Semoga semuanya sihat sejahtera. Sebelum saya meneruskan nota ringkas ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekali lagi salam takziah kepada Sanguru sekeluarga atas pemergian ayah tiri beliau. Di kesempatan ini saya hanya ingin mengingatkan diri saya dan semua pembaca sekalian bahawa hidup ini tidak selalunya indah. Banyak onak duri di sepanjang jalan kehidupan ini. Hanya terserah kepada diri masing2 bagaimana untuk menempuhinya. Ada orang berusaha untuk mengelak sebarang masalah. Ada pula yang lain berusaha untuk menyelesaikan setiap masalah. Ada lagi yang tidak mengendahkan apa2 masalah, dan ada yang memilih untuk hanya menyelesaikan masalah tertentu. Apa yang pasti tidak ada orang yang tidak pernah berhadapan dengan apa2 masalah. Memang banyak masalah dalam kehidupan dan hidup ini sendiri adalah perjuangan untuk menyelesaikan masalah manusia. Oleh itu, saya ingin menyeru kita semua, walau apa pun masalah dan cabaran yang mendatang, marilah kita teruskan perjuangan hidup. Kadang2 keadaan sangat sukar dan seperti tidak ada harapan lagi, tetapi justeru di saat itulah jangan berputus asa dan jangan hilang pengharapan. Teruskan perjuangan kerana di hujung sana pasti ada sinar kejayaan kepada yang berusaha. Selamat maju jaya dan Tuhan memberkati kita semua. Nota: Just don't give up.

2 comments:

MindaGuru said...

ngam doc, setiap orang ada masalah dan cabaran oleh itu tidak perlu berputus asa tetapi berusaha mengharunginya dengan bijaksana dan bijaksini..he..he.

Orang kata " hanya orang yang sudah tidak bernyawa yang tiada masalah", jadi kalau kita menghadapi masalah bersyukurlah bahawa kita masih hidup..dan ada peluang untuk menyelesaikannya..

SANGURU said...

suatu ketika duluu...saya berhadapan dengan masalah besar...takala saya tak punya pembantu di sisi...saya mendapat motivasi dari "langit"...lewat kitabullah:
"janganlah berputus harap dengan rahmat Allah"...
Maka, tiap kali aku jatuh, aku mampu bangun, tiap kali aku sedih, kubina kegembiraan, tiap kali aku dihina, aku teguhkan ainulyakin, tiap kali aku kotor, aku bersihkan diri...
aku ingin nanti, matiku masih dengan mengharap rahmatNya kerana tanpanya aku pasti ke neraka...kerana aku tak layak ke syurgaNya..
Ayuh kawan2, hiduplah dengan harapan dan pengharapan kepadaNya jua...