SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, October 31, 2009

BERANI MENENTANG ARUS

Cara berpolitik di negara kita telah mengajar rakyat bahawa parti pemerintah yang membentuk kerajaan sentiasa benar dan parti pembangkang sentiasa salah. Hakikat ini dapat dilihat dan dibaca melalui ucapan2 dan kenyataan2 yang dibuat oleh para pemimpin sama ada dari parti pemerintah mahupun pembangkang. Akibatnya rakyat sentiasa percaya bahawa semua kerja yang dibuat oleh para pemimpin kerajaan sentiasa benar dan wajar dituruti. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, tetapi demokrasi yang ditunjukkan mengajar rakyat untuk membenci dan saling bercakaran antara satu sama lain. Sangat memalukan apabila menonton persidangan dalam dewan rakyat yang memperlihatkan ragam tidak senonoh para pemimpin rakyat tertentu. Namanya pun pemimpin rakyat. Jika para pemimpin menunjukkan sikap yang jahil dan tidak beradab, maka mereka sebenarnya sedang memimpin rakyat untuk menjadi sedemikian. Maka jadilah rakyat Malaysia yang tidak berpekerti mulia. Pudarlah sudah makna 'Kesopanan dan Kesusilaan' dalam Rukun Negara. Para pemimpin ini kononnya mahu memperjuangkan ajaran agama yang baik dan betul, tetapi tindak-tanduk mereka sendiri seperti orang yang tidak mengenal Tuhan dengan menghina sesama sendiri. Maka tercalarlah sudah makna 'Kepercayaan Kepada Tuhan' dalam Rukun Negara. Undang2 juga diperalat dan diperlekehkan. Keputusan mahkamah boleh berubah2 terhadap kes2 tertentu yang dihadapkan. Terlalu banyak propaganda dan kecelaruan dalam proses penghakiman. Raja dan Perlembagaan juga menjadi bahan perhitungan. Maka semakin rendahlah makna 3 lagi Rukun Negara yang belum disebutkan. Apa yang tinggal hanyalah indeks rasuah negara yang semakin merosot, masalah sosial yang semakin merisaukan, dan rakyat masih sentiasa di dalam tanda tanya. Meskipun pembentangan demi pembentangan bajet dibuat saban tahun, tetapi sasaran yang sudah dikenalpasti sejak dari zaman purbakala masih kekal menjadi sasaran.
Laungan slogan memang manis didengar, dan para pemimpin mungkin tertawa menikmati juadah selepas pertikaman lidah di dalam dewan persidangan, tetapi rakyat masih ramai yang menangis kerana kemiskinan. Jangan katakan kawasan seperti di perkampungan Sonsogon, penduduk di kawasan tanah rata pun masih ada yang kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu lagi ada makanan yang ditemui. Kawasan kita terus menjadi bahan gurauan oleh masyarakat tertentu. Saya sedih melihat pemandangan 'indah' yang Pn. Nong paparkan ketika lawatan YB Anita Baranting bersama rombongan ke Ulu Bengkoka. Saya tidak pernah ke sana, tetapi sudah tentu keadaan itu tidak jauh berbeza sejak 30 tahun yang lalu. Seperti yang saya pernah katakan dahulu, YB2 memang memainkan peranan yang sangat penting, tetapi mereka juga tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Ada sesuatu dalam sistem pemerintahan di negara kita sebenarnya yang telah menyeleweng. Sistem itu sendiri tidak salah, tetapi penyelewengan, atau dalam perkataan yang lebih tepat lagi, rasuah dan ketamakan, yang telah mengakibatkan seluruh sistem itu berpenyakit dan gagal mencapai sasaran yang sudah dikenalpasti sejak sekian lama. Meskipun negeri Sabah merupakan antara pengeluar minyak kelapa sawit dan petroleum utama negara, tetapi siapa tidak tahu kemunduran negeri ini? Siapa tidak tahu kemiskinan Utara Sabah? Siapa tidak tahu kemiskinan di Ulu Bengkoka? Hampir semua orang tahu. Tapi setelah 30 tahun berlalu, apakah kita masih lagi terkapai-kapai mencari formulasi yang tepat untuk menyelesaikan semua pengabaian ini? Negeri Sabah dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu. Sungguh indah kedengaran, tetapi keindahan itu hanya pada bunyinya. Tatkala orang lain sudah terbang tinggi kerana berani menentang bayu, kita masih lagi berada di bawah bayu. Sampai bila? Nota: "Kita tidak selamat dengan hanya mengikut arus. Untuk maju, ada waktunya kita harus berani menentang arus. Arus yang dimaksudkan ialah segala hambatan yang menghalang kemajuan." -ison.

5 comments:

MindaGuru said...

Saya terpaksa bersetuju dengan pendapat doc, kemiskinan,pembangunan yang pincang banyak disebabkan oleh ketamakan dan rasuah. Sikap tidak telus dan berkiblatkan pada wang menjadi penambah rasa pada masalah ini.

Doc, bukan bersikap pesimis tetapi kadang2 merungsingkan. Guru2 bersusah payah mengajar anak-anak dengan nilai2 murni dan agama, bersikap telus dan membenci rasuah serta penyelewengan namun apabila mereka menjadi "dewasa" semua nilai2 baik itu mula luput.

Penyelewengan,penipuan dan rasuah dianggap perkara biasa. Kata2 "kalau kita tidak buat orang lainpun buat juga", "kalau kita sudah berjaya(kaya) orang tidak peduli/lupa sudah penipuan/rasuah yang pernah kita buat" seringkali menjadi amalan.

Malah rasuah telah diberi pelbagai tafsiran yang meringankan "dosanya"seperti pemberian tanda ucapan terima kasih,duit kopi,rasuah politik dan sebagainya.

Dr,tahniah tulisan yang perlu penghayatan semua...

Md Nasir@Nasiri said...

Saya sukar mencari alasan untuk tidak bersetuju dengan artikel ini, terutamanya tentang kemunduran yang masih dideritai oleh rakyat Malaysia kita di Sabah.

Sudah tiba masanya pemimpin2 kita 'really trying hard' utk mendesak & memohon peruntukan pembangunan yang lebih daripada kerajaan pusat..sebenarnya kerajaan pusat pun tidak akan 'nampak' kalau tiada push daripada pemimpin kita.

Sebelum ini saya berpendapat our sabahan leader is not hard enough untuk minta apa yang sepatutnya. Itu sebab pusat buat2 tidak nampak. Kalau tidak, masakan sesetengah tempat jalan raya diturap 2/3 kali setahun..kita punya jalan digered pun tiada. Malah ada sesetengah tempat jalanraya pun tiada.

Dalam hal ini, ada pemimpin/ketua jabatan tertentu yang sepatutnya menyediakan pelan/proposal keperluan pembangunan sesuatu daerah/tempat tidak buat kerja. Jadi kerajaan pun tidak tahu apa keperluan di kawasan tersebut. Kalau tidak, masakan selepas 30 tahun, keadaan masih sama macam dulu!

Terima kasih SAM..Anda kini jadi harapan. Adanya anda menjadi pemangkin dan suara kami didengari direct tanpa melalui pihak ketiga yang lalai selama ini!

SANGURU said...

SAM untuk 1Malaysia. Mudah2an begitu...

Umar al-Longobi said...

Ada masa2 tertentu kita harus menentang arus sungai. samada secara 90 darjah (menongkah) atau 180 darjah (menyeberang).

Arus memang boleh ditentang. Tapi sudah menjadi adat dlm berjuang bhw ianya amat sukar. dan para pejuangnya seringkali terkorban.

Cara yg lebih baik dan mudah adl kita mengubah laluan arus tersebut. Kalau dulu ke arah selatan, mungkin sekarang ke arah tenggara/baratdaya. arah yg lebih bertamadun!

kita perlukan permata2 bangsa utk membina terusan tersebut. kalau boleh sy namakan terusan itu sebagai, "Terusan Marudu". terusan yg bakal mengangkat Marudu drp kemunduran...

SANGURU said...

tentu ada skil2 tertentu diperlukan utk kerja sukar itu...