SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, October 25, 2009

BERITA TENGAHARI DE' SAM...

(Gambar: Dj Lugu menemani En. Jaimbol Dngus sambil memperagakan sampel arang batu)
Sebuah bekas lombong arang batu tinggalan era kolonial (sebelum Perang Dunia II) yang terletak di kampung Tongkurango-Tondig, Tandek, telah dimiliki oleh En. Jaimbol Dangus, usahawan muda Tandek. Menurut beliau, tapak tinggalan arang batu itu baru dibelinya daripada penduduk setempat. Memandangkan kawasan ini turut mempunyai tinggalan sejarah, maka beliau merancang untuk memajukan kawasan ini sebagai salah satu distinasi pelancongan suatu hari nanti.

14 comments:

Little Mike (LM) said...

WAH! Perkembangan baik daripada usahawan muda kita ini. Tabik kepada visinya yang MANTAP

MindaGuru said...

tahniah..ia apabila ia menjadi kenyataan pasti turut mengharumkan/menguntungkan KM.

Tuan Cobra said...

Satu pemikiran dan wawasan yg amat2 bagus...Saya masih belum percaya sehingga kehari ini yg kita bumiputera kalau berusaha seperti org Tionghua,Bugis dan pendatang yg bukan asli/asal d negeri/negara ini tidak boleh berjaya...Kerana saya memikirkan dan meletakkan KEJAYAAN itu adalah segala-galanya Usaha kita sendiri,Tergantung pada Perasaan dan Kemahuan anda sahaja,sama ada kita mau mundur atau mau maju !!!??? Sedangkan dinegara ini Kerajaan membantu semau maunya.....

maikong said...

bagus..usahawan muda..tapi buat apa dgn arang batu 2...bukit ka...hahaha..

Umar al-Longobi said...

sbg makluman, kawasan ini telah disenaraikan sebagai tapak geologi sabah yg bakal diangkat sgb lokasi geopelancongan pada masa akan datang. pihak JMG Sabah sedang berusaha agar tapak ini dipelihara sbg warisan kpd generasi akan datang. di samping kaya dgn nilai budaya, rekreasi dan sejarah ia juga mempunyai nilai saintifik yg tinggi.

maikong said...

saya setuju sangat2 ..saudara Umar..tapi macam lambatlah..saya sudah dengar berita ini sejak 90-an.

Little Mike (LM) said...

berikan peluang kepada usahawan muda ini mengekspresikan visinya dari kaca mata anak tempatan. Jadikan usawahan ini satu ikon tempatan yang sentiasa kita percaya kemampuannya menghalatujukan
misi dan visi dengan kaedah teratur.

Pengiktirafan sahaja masih belum cukup jika tiada susulan yang mampu memberikan nilai komersil setakat ini. Sangat mengharapkan, jika berlaku sesuatu di tempat ini, sebagai contoh dalam usaha membangunkan spesifikasi kawasan sebagai tumpuan pelancongan, landskapnya dan kitaran alam semulajadinya tetap terpelihara... Kesedaran memelihara alam harus dikekalkan kerana kita sudah maklum kalau kita tidak berbudi kepada alam semesta

DINAKAN said...

syabas... semoga kawasan ini dpt d pelihara sehingga menjadi tarikan pelancong dan barulah dpt membuka mata pihak lain.

syabas usahawan muda.

Mogoron said...

Otomon oku diti tabar di Imbol. Rikoton yah ino sompori dot opongoo. Tandayan noh ki.

SANGURU said...

sy suka sekali melihat orang kita yg berjiwa besar maka saya ikut membantu membesarkan lagi cita dan azamnya. Harap impian tuan jadi kenyataan.

kyro said...

Tahniah Jaimbol,inilah yang kita mahu.Teruskan perjuangan.

Tuan Cobra,bila lagi ada kursus Homestay? Boleh buat di Misompuru sambil2 melawat.Ok ba kan bos?

ILLIE said...

perkara ini telah kami bincangkan dengan CEO sewaktu pertemuan kami baru2 ini di KK yang mana telah membawa kepada idea untuk menubuhkan 1 lagi syarikat dibawah naungan Urban Storm yang menjalankan perniagaan pelancongan..dan saya telah diamanahkan oleh CEO untuk menubuhkan ini dan akan membuat operasinya di Jepun.

Sasaran syarikat pelancangon ini nanti ialah membawa pelancong2 Jepun melawat tempat2 menarik di Tandek/Kota Marudu termasuk lah melawat tapak arang batu ini yang mana telah diusahakan dan ditinggalkan oleh penjajah Jepun dahulu.

Little Mike (LM) said...

inilah hikmahnya perantau yang bergerak jg visinya memangkin usaha tn CEO ini.. selamat maju jaya tandek masa depan dan potensinya.. saya teruja... sangat teruja

Anonymous said...

Salam perkenalan....

Untuk makluman tuan, saya telah memetakan kawasan ini pada tahun 2007 semasa latihan pemetaan kawasan Tandek yang dianjurkan oleh bahagian geologi UMS. Kebanyakan batuan singkapan terdapat di kawasan sungai dan di beberapa kawasan yang di potong bagi tujuan pembinaan jalanraya.

Untuk makluman tuan, kawasan ini terdiri daripada batuan chert, basalt dan sandstone. Pembentukan geologi kawasan ini adalah sangat komplex (200 juta tahun dahalu) kerana mengalami beberapa siri proses pengangkatan dan penyesaran.

Semasa 210 juta tahun dahalu,Sabah berada pada laut dalam, pergerakan tektonik bumi pada masa tersebut menyebabkan retakan pada lantai laut(seafloor).Retakan ini menyebabkan pembentukan kerak lautan yang baru (new oceanic crust).Proses ini menghasilkan struktur yang unik seperti pillow basalt (basalt bantal).

Struktur basalt bantal ini hanya boleh didapati d beberapa kawasan seperti Lahad Datu, Ranau dan Tandek.

Syarikat british pernah membuka kawasan perlombongan Magnesium (Mg)di kawasan ini. Syarikat ini menutup lombong tersebut kerana mendapati peratus Mg dalam batuan basalt adalah begitu sedikit dan tidak begitu lumayan jika dilombong. Peninggalan bekas lombong menghasilkan struktur air terjun yang menarik dan berhampiran dengan struktur 'pillow basalt' .

Semasa tinjauan saya,beberapa rail kereta api yang lama boleh di lihat di tepi sungai. Tetapi ada juga yang telah dibawa oleh arus sungai.

Gabungan sejarah, alam semula jadi dan geologi sangat sesuai dijadikan kawasan GEOPARK.


calvin
geology student (UMS)
yungsiauwong@hotmail.com