SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, October 21, 2009

BICARA CINTA

SUDUT BICARA TENGAH MALAM
Penulis bukanlah pakar dalam cinta-cinta. Penulis cuma membicarakan cinta ini dari sudut pandangan penulis sendiri. Bila disebut cinta, pasti semua tertumpu kepada pasangan dua kekasih...hihi biasalah...sudah menjadi lumrahkan...
Cinta pada pandangan penulis membawa makna yang sangat luas. Cinta pada kekasih, cinta pada isteri/suami, cinta pada anak/keluarga, cinta pada Tuhan, cinta pada dunia dan pelbagai lagi ungkapan tentang cinta. Kalau disenarai pun pasti tidak habis sampai esok pagi...
Penulis mengandaikan kebijaksanaan kita mengurus cinta ini akan menghasilkan buah yang manis, sedap dan menarik perhatian. Cinta bukanlah sesuatu yang boleh diperalatkan dan cinta bukanlah ukursukat dalam kehidupan kita. Namun cinta memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorakkan hala tuju kehidupan kita. Dikatakan kerana cinta..lautan dalam sanggup direnangi...gunung tinggi rela didaki dan hutan tebal sanggup diredah..itulah kehebatan cinta.
Bagaimana pun cinta boleh membinasakan, boleh meruntuhkan, boleh menjatuhkan dan boleh menyesatkan. Kalau cinta itu disalahguna, maka ramailah yang menjadi mangsa cinta. Kesucian cinta tergadai dek nafsu yang tak terkawal. Maka itu, cinta sebaiknya dijaga dan jangan mudah membagi cinta...kerana cinta sejati sukar dicari tapi cinta jalanan sentiasa ada...

4 comments:

maikong said...

tn saya tertarik dgn cinta jalanan itu..banyak merata-rata...ha,ha,ha

SANGURU said...

ruangan ini ngam utk tengah2 mlm...

ison said...

:) moral of the story: Jangan 'mogimbalai'.

Little Mike (LM) said...

jangan bercinta di tepi jalan... bahayaa... nanti trlanggar kereta kaa.. kena suluh ka.. hehe kata org, cinta itu buta. Dibiarkan 'merayau' buta meraba tdk terarah jalan... org buta kalau bertongkat lebih selamat kerana ada disiplin tersendiri yang membuatkan mereka tidak buta berjalan. Jadi becinta la tapi biar bertongkatkan nurani. Dalam nurani ada suara yang memandu niat dengan jelas.