SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, October 7, 2009

Dasar yang dinamik, praktikal berjaya bangunkan negara

Sumber: New Sabah Times
7th October, 2009

KOTA KINABALU: Kejayaan Malaysia memupuk perpaduan dan seterusnya menstabil serta membangunkan negara adalah hasil penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar yang dinamik serta praktikal dengan mengambil kira keperluan semua kaum dalam negara.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata dasar- dasar seperti Dasar Ekonomi Negara (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Penswastaan dan Dasar Pensya- rikatan Malaysia jelas mencerminkan sikap proaktif dan pragmatik kerajaan.

Dalam ucapannya semasa merasmikan Seminar Dasar Malaysia di sini, kelmarin, katanya beliau menyifatkan tema yang dipilih untuk seminar iaitu ‘Dasar sebagai Landasan Pembangunan Bangsa dan Negara’ sememangnya tepat kerana pembangunan dalam sesebuah negara, negeri atau peringkat kerajaan tempatan sekalipun, sememang- nya tidak dapat dipisahkan dengan dasar negara.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran Dandai.

Seminar tiga hari itu yang dihadiri oleh anggota perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan juga kerajaan tempatan untuk membincangkan dasar-dasar serta enakmen Negara dan Negeri itu dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sa- bah dengan kerjasama kerajaan negeri.

Beliau berkata kelmarin didapati antara dasar yang terpenting di sesebuah negara ialah dasar perpaduan nasional dan bagi negara seperti Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama, ianya sememang- nya bukan mudah.

Dalam pada itu, gagasan ‘1Malaysia’ cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga menjadi wa- dah penting dalam usaha merealisasikan matlamat perpaduan nasional, katanya lagi.

“Gagasan ini perlu diterjemahkan dalam bentuk ama- lan, program, rancangan dan dasar-dasar yang menyokong kerana jikalau tidak, ia akan tinggal sebagai satu slogan semata-mata dan tidak membawa impak yang benar-benar memberi manfaat kepada semua,” tegas beliau.

4 comments:

SANGURU said...

para pembaca budiman, cuba beri pengesahan; siapa lahir dulu - 1BORNEO atau 1MALAYSIA?
Ramai kata 1Borneo, ada yg kata 1Malaysia.

Anonymous said...

1BORNEO yg terdahulu lahir dari 1Malaysia...Borneo sebelum 1963 sudah ujud.....DEB ni kalau d ikut2susah juga kalau d negeri Sabah.....Kerana KM dia dan Kroni dan family dia sahaja yg ambil dan makan apa2 yg bagus d makan (C Musa tu tdk pandai kenyanglah perut dia tu)....

Little Mike (LM) said...

Dinamik dan Praktikal dua perkara antara asas prestij yang sentiasa dapat memperbaharui keperluan rakyat yang berkembang seiring dengan slogan rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Dan jika benar-benar TELUS dalam aplikasi dasarnya, komitmen pelaksana dasar serta rakyat yang berkemampuan memahami keterlibatan dalam menjayakan dasar, Malaysia akan terus berkembang dan menjadi ikon antarabangsa.. Kita mahu melihat Malaysia berdiri di gerbang kelas dunia.

Anonymous said...

T.Mahatir yg kita kegumi pun pembinasa umat juga, apa lagi Kepimpinan 1Malaysia ni pembinasa Icecream Magnolia.....