SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, October 8, 2009

DATANG ANGIN...

Macam-macam cerita pasal angin sesuai dengan fenomena angin kencang di sana sini. Jadi usahlah bengang atau hairan kalau saya memfokus berkaitan angin kerana ada ketikanya angin saya juga kurang baik...tidak seperti anda (?)... Demikianlah angin. Ada angin panas, ada angin sejuk, ada angin rahmat ada pula angin bawa petaka ada pula angin perubahan. Angin perlu ada. Kalau tiada angin orang marah juga sebab panasssss..kalau orang dah panas, dia boleh bertukar angin, kalau pula bertukar angin, banyak perkara ikut bertukar. Itulah barangkali kita dengar suara nyaring; tukar! Tukar!! Tukarrr!!! Yang tidak bagus kalau datang angin ahmar kerana kalau tak mati, akan lumpuh. Semoga kita terhindar, Aminnnn... Bagaimana pemimpin anda di sana? Adakah datang angin dermawan atau naik angin? Jangan risau...bila datang musim meraih simpati kita, datanglah macam2 - envelop, hamper, janji2, basikal, enjin sangkut, sardin, beras dan sebagainya. Saya tidak pernah didatangi semua itu kerana pintu rumah saya tertutup untuk itu...

5 comments:

Anonymous said...

D dalam dunia politik ni Sanguru biasalah terjadi perkara2 tersebut...Tetapi tergantung akan Kawasannya juga, Kalau Kawasan Pilihanraya d dalam bandar maka cara bandarlah mereka menangani rakyat yg sudah advance pemikiran,Advance dari segi kewangan. Tetapi kawasan yg Advance saya maksudkan bukan banyak bah d negeri Sabah ni jika d bandingkan kawasan yg Mundur dari segala segi...Oleh yg sedemikian selalunya Kawasan2 yg banyak bilangannya inilah Faktor d atas kemenangan dan pembentukan sesebuah Kerajaan Negeri....
Rakyat/pengundi kita khasnya
d luar bandar ini lah yg menentukan kemenangan kerana mungkin Polos,Hamper,Basikal dan bermacam-macam lagi yg mereka perolehi semasa Pilihanraya umum.Jika Kawasan Pilihanraya d dalam bandar kekadang kempen2pun tidak kedangaran apa lagi mengharapkan Hamper dan bungkusan2 envelop....D sini nampak dengan jelas cara kita menterjamahkan erti Demokerasi sebenar. Siapa yg banyak hamper dan envelop dialah yg akan meraih kemenangan untuk mewakili sang Pengundai yg diberikan hamper/envelop tadi......Nah d sini kita tidak boleh menyalahkan MP/ADUN jika mereka tidak memperdulikan kita, Kerana undi sang pengundi tadi telah d tukarkan dgn hamper dan Envelop.....Fikir2kanlah...

Panaitan Boy said...

masalah 'angin' yg menimpa penulis nmpknya makin parah!!..
sabar, sabar, sabar dan sabar...jangan biarkan masalah angin ini betul2 menjadi angin ahmar kpd yg bermasalah angin.

Mr.Aki said...

angin kus2 .... gaja kalau naik angin abis sagala tanaman d garadaknya.

Little Mike (LM) said...

angin perubahan tidak semestinya menjadi TAUFAN dalam tindakan. MEnghargai usaha-usaha yang mencirikan kebaikan itu satu sifat dermawan budi... Angin dermawan kata sanguru...

Anonymous said...

Angin perubahan benarlah tidak semestinya Taufan yg kuat...Seperti itulah juga manusia yg berkepala angin tidak boleh d jadikan pemimpin sebarang Persatuan apatah lagi menjadi Pemimpin Politik yg memperdulikan permasaalahan rakyat d negara ini....Saya naik Jempol Pemimpin yg macam YB.Anita yg sentiasa memperdulikan permasaalahan Rakyat dan Pengundi d Tandek.....Syabas YB...