SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, October 15, 2009

ELAK PERANGKAP MAUT DI JALAN RAYA

Tandek, KM: Satu kemalangan maut melibatkan sebuah kereta proton Wira, berlaku kelmarin sekitar jam 11 malam di persimpangan Jalan Tandek-Tingkalanon-Samparita. Pemandu cedera parah manakala penumpang dipercayai meninggal di tempat kejadian. Menurut sumber penduduk kawasan kemalangan, sebelum kejadian ini, pernah juga berlaku kereta terbabas namun tidak mengakibatkan kehilangan nyawa. Selepas melawat dan meneliti kawasan kemalangan ini, penulis (ditemani DJ Lugu dan DJ Batman )berpendapat bahawa beberapa penambahbaikan perlu dibuat antaranya pemasangan lampu jalan, pemasangan penunjuk arah, tanda amaran, tanda jarak simpang, dan sebagainya. Ini mampu mengurangkan kekeliruan dan kesilapan pemandu. Sayangi nyawa pengguna jalan raya kita!

8 comments:

kyro said...

Inilah akibatnya kalau buat kerja sekadar melepaskan batuk di tangga. Keadaan jalan berbahaya macam ini bukan saja terdapat di Tandek tetapi di sepanjang jalan Kota Belud-Kota Marudu.Kawasan tanah runtuh dibiarkan bertahun-tahun lamanya tanpa dibaiki. Apa yang saya lihat hanya tayar lama bertindih-tindih dicat dgn warna kuning diletak di tepi jalan sebagai tanda ada kerosakan jalan.Selepas beberapa tahun tayar lama ini hanya ditukar warna kepada cat oren dan bilangan tayar ditambah daripada 2 tayar bertindih kepada 4 tayar bertindih.Tetapi kerosakan jalan raya masih tidak dibaiki.Adakah dengan meletakkan tayar itu sudah cukup untuk mengelakkan kemalangan? Mana semua peruntukan khas jalanraya yang berbilion-bilion untuk Sabah yang dijanjikan dulu? Sabah sudah terlalu banyak menyumbang dalam meningkatkan ekonomi negara - petroleum,kelapa sawit,koko dan berbagai komoditi lainnya - semua diserahkan kepada kerajaan persekutuan kemudian diagih-agihkan kepada negeri2...tapi BAHAGIAN KAMI MANA?

kyro said...

Menurut rakan blogger SAM Illie yang menetap di Kyoto,Japan....Jika berlaku kerosakan jalanraya atau jambatan putus di sana (japan) pada waktu pagi,petang kerja-kerja pembaikan sudah selesai malah jalan atau jambatan yang rosak sudah boleh digunakan.Begitu canggih dan pantas mereka bertindak.Dan disini tahulah kita bahawa mereka di Japan senantiasa bersiap sedia dengan segala peralatan dan kelengkapan.Kenapa tidak kita tiru cara mereka? kemana hilangnya dasar pandang ke timur yang di war-warkan satu ketika dulu...kenapa kini saya melihat terlalu ramai yang mengamalkan dasar 'pandang kebawah meja - under table money' atau dasar 10%...kalau ini berterusan rakyat yang sengsara...bayar cukai kasi kanyang buaya.

ison said...

:D Pn. Kyro dasar pandang 'ke bawah' meja inilah yang telah merosakkan semua dasar yang kerajaan cuba terapkan.

Dasar pandang ke timur; mungkin pandang ke timur juga, tapi pikiran di 'bawah meja'. Selagi tiada 'dasar' di bawah meja, kerja tidak jalan. bila sudah ada di bawah meja, kerja jadi cincai mancai juga kerana pikiran tetap di bawah meja. :I

kyro said...

Betul itu Doc.Pandang timur ka barat ka kalau fikiran masih dibawah meja 'tatap tiada kajadian' bilang c Aki, betul kan Mr Aki?

SANGURU said...

...dibilang tiada duit, kenapa klu musim2 tertentu banyak pula duit dihambur? Jalan diturap berlapis2 dll. Ni la kebobrokan namanya. DASAR TAK PAKAI OTAK!

SANGURU said...

bila kita menegur, kebiasaannya org kita akan jawab: "ahhh...itu di JEPUN...kita belum maju mcm jepang..."
Sepatutnya, kalau setakat "kerja pantas", kita mampu melakukannya. Dan ini tidak memerlukan teknologi terlalu tinggi.
Oya, ada dua lokasi jalan Pitas yg kalau dibiar lama lagi saya jangka akan ada orang/pengguna mati!
Jangan tanya saya dimana, yang berkenaan pergilah ke lokasi. Takkan lah tunggu PitasDaily post orang mati di situ....

Tulunbunou said...

TAKZIAH KEPADA KELUARGA YG. TERLIBAT.


Kepada yg. Berkenaan,

inilah akibatnya apabila suara rakyat yg mahukan JALAN LURUS tidak diendahkan atau dibuang ketepi.

Rakyat suarakan sesuatu kerana??? haaaaaaaaaa.... buktinya ini!!

Kepada pihak yg. berkenaan jgn pernah pandang suara rakyat dgn MENUTUP MATA dan TELINGA anda drpd. mendengar suara2 kecil ini.

Bayangkan jika ANDA atau AHLI KELUARGA ANDA yg. melalui jln. maut ini dan terlibat dgn KEMALANGAN MAUT??

Masih selesa ka ANDA dgn wang berjuta2 hasil kerja CINCAI! yg. tlh MENGORBANKAN NYAWA??

maikong said...

Sam..bolehkah kita postmortem kejadian ini darimana bermula, keadaan pemandu itu sendiri/jalan raya..hingga berakhir di persimpangan tandek-tingkalanon-samparita..utk kita semua warga/pengguna jalan raya ini...agar memotivasikan pemandu kereta/motorsikal dll..