SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, October 25, 2009

FARMVILLE....(P1)

BAGUSSSS.... Oleh: Sanguru, Ketua Pengarang SAM Pernah suatu hari, beberapa tahun lepas saya terbaca artikel akhbar lama zaman kolonial, di Muzium Negeri Sabah. Amat mengujakan bila membaca pengiktirafan dunia terhadap cerut tembakau Marudu yang terbaik di dunia ketika itu. Farming! Memang orang kita bumiputera khususnya orang Marudu ini sangat sesuai jadi petani. Tidak payah kempen besar-besaran jadi petani pun mereka memang bertani sejak zaman dahulu kala. Dan mereka memang boleh maju kalau dibantu, diberi input-input sesuai, sesuai dengan keperluan masa kini.
Satu yang saya belajar dari rakan-rakan "Farmville" ini ialah semangat bantu-membantu. Seorang "farmer" staf SAM misalnya memberitahu saya bahawa baru-baru ini beliau baru mendapat hadiah dua ekor babi dari sepasang suami-isteri yang juga ada ladang maya. Mula-mula si kawan segan-segan mahu menempatkan babi itu di ladang beliau tetapi atas pandangan saya, beliu akhirnya melepaskan sepasang babi itu di kawasan kebun buah-buahannya. Kata saya; lepaskan saja kerana haiwan-haiwan itu tidak akan merayau-rayau merosakkan tanaman kontan yang lain, tidak juga menyondol jentera-jentera ladangmu. Biarkan saya "boldozer" itu menyuburkan ladang buah-buahanmu. Lagi punnnn...di KM (Kota Marudu) ini masih ada beberapa kampung yang membebas-lepaskan babi-babi sebagai ternakan sara diri... Kepada semua ahli "farmville" teruskan berladang secara maya. Berhibur sambil belajar... Saya sentiasa memantau ladang-ladang tuan/puan kerana saya jua "peladang" seperti anda... Bah kah!

8 comments:

Anonymous said...

hahaha...
tanam gaharu di alam maya tuan..sekarang sudah 20k sekilo..:)

Kulanz Salleh said...

Salam tuan.. akupun pernah juga terima hadiah pig di farmville... aku ternak juga.. bukan salah pun.. kita tahu juga situasi di alam maya dan alam nyata.. bah tuan.. kita jadi jiran farmville.. hehe

NONG said...

Yuuk Tuan Kulanz..
kita sudah jiran ba kan tuan tapi aku ni lambat sikit naik level. sibuk memanjang sampai teda masa tanam. hehehe.
Apa pun terima kasih kerana bersama SAM. Moga persahabatan kita ini akan terus mapan.

SANGURU said...

setakat ni sy belum buka ladang...mmg nda tejaga punya. Bukannya untung, cari rugiii...hehehe...sesekali tengok para peladang maya ni, mmg seronok. Harap golongan kanak2/muda dapat membudayakan diri. Pertanian adalah perniagaan....

Anonymous said...

Pada pendapat saya, budaya menggalakkan kanak-kanak mempelajari komputer itu memang patut di beri galakan. Tetapi memberi dorongan kepada anak-anak untuk mempelajari permainan maya yang memerlukan tumpuan dan masa yang agak panjang seharusnya ditegah. Ini adalah kerana, kanak-kanak yang terlibat dengan permainan ini, akan sering berada di depan komputer dan memberi tumpuan kepada ladang-ladang jagaannya. memang pada dasarnya, ada juga ilmu yang dapat dipelajari dengannya. Tapi, pelajaran selalunya terabai. Ibu bapa akan sulit menyusun jadual pembelajaran anak-anaknya. Pendapat dari pengalaman

akibaragon said...

Sikarang semua urang sibuk d Facebook,buka ladang,buka cafe,piara ikan,sapi,babi macam2 lagi.Tiada salah itu sekali sekala.Tapi sia tinguk ini urang2 dari budak sampai yang tua barabis main di Facebook,bangga dapat coins beribu-ribu.Ada yg sampai marah2 klu internet line tidak bagus takut bangas dia punya ayam di Cafe World.Gila punya karaja.Yang main dapat coins maya si pencipta Facebook dapat REAL MONEY.

Selalu saya tegur2 urang yg gila Facebook ini "kalau kamu begitu rajin pigi ladang atau masak di restoran kamu yang betul2 bukan alam maya berapa punya untung".Bah bepikir-pikir la kamu.52 tahun kita merdeka tapi pikiran masih dijajah.Susah itu begitu.

Saya tiap ujung minggu pigi tabasan.Bagus kamurang tolong saya kasi luas itu pokok kelapa sawit,saya kasi gaji $2 satu pokok.10 pokok ada sudah $20 siapa kasi.Daripada kamu buang duit di cyber....

kyro said...

Setuju dengan Anonymous dan Akibaragon.

Boleh main tapi kada padadarakan.Lagi pula lebih baik kita dedahkan anak2 kepada Farmville yang sebenar.Betul2 tanam sayur,piara sapi dan jual.Dapat duit pun betul2 punya.

Mr. Aki said...

butul juga itu anon dan kyro sia sukung kalau baladang butul2