SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, October 14, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH SAM

Anak2 Marudu (Daerah2 sekitar Teluk Marudu) mula bergiat lebih aktif dalam dunia blog sekitar pertengahan tahun 2008 (sebelum itu pun sudah ada, tetapi bersifat persendirian dan tidak begitu menonjol). Antara pemblog (blogger) yang paling menonjol pada ketika itu ialah saudara Androd Sadian @ Mohd. Redza Abdullah (Sanguru) melalui blog beliau yang dinamakan sanguru.com (kini dikenali sebagai Sahabat Rakyat). Pada bulan Oktober 2008, di blog sanguru.com, bermulalah perbincangan maya tentang cadangan mewujudkan kumpulan bloggers Marudu. Kebanyakan bloggers Marudu sudah memikirkan untuk mewujudkan bloggers group, tetapi cadangan secara nyata mula dikemukakan oleh saudara Muhd. Umar Sarimal (Umar) di ruang komen salah satu posting Sanguru, dan turut menggelar Sanguru, 'Raja Blog' Marudu. Saudara Lebon Botong @ Nazri Abdullah (Aldusuni) kemudian menggesa Sanguru untuk melaksanakan cadangan penubuhan kumpulan tersebut dengan segera, tetapi Sanguru meminta supaya ditangguhkan dahulu bagi memberi ruang bloggers Marudu yang lain mengemukakan pendapat dan cadangan. Akhirnya pada bulan Januari 2009, perbincangan maya tentang penubuhan kumpulan bloggers Marudu semakin rancak di ruang chatbox blog Sanguru. Orang2 yang terlibat dalam perbincangan awal tersebut ialah Sanguru sendiri, Jaymon Musit (Illie), Aldusuni, Umar, Justina Tuyundo (Nong), Jalimik Sawatan (Little Mike), Dr. Nellson Maisin (Ison), dan Srixon. Saudara Illie telah mengesyorkan nama kumpulan bloggers tersebut sebagai Kimaragang Bloggers kerana kebanyakan bloggers yang bergiat aktif pada ketika itu berbangsa Dusun Kimaragang. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh saudara Srixon kerana beliau bukan orang Kimaragang. Oleh itu Sanguru mencadangkan agar nama Marudu Bloggers digunakan. Atas persetujuan bersama, Marudu Bloggers kemudian ditukar nama kepada Suara Anak Marudu (SAM), manakala url blog tersebut ialah marudubloggers.blogspot.com. Saudara Aldusuni pula mengesyorkan Sanguru dilantik sebagai Tekong (ketua) dan telah dipersetujui oleh rakan2 yang lain. Atas usahasama Sanguru dan Illie (yang berada di Kyoto Jepun), blog Suara Anak Marudu (SAM) telah siap dibina dan beroperasi dengan secara rasminya pada 13 Januari 2009. Sanguru telah postkan artikel pertama bertajuk BICARA BERSEJARAH: Dari Meja Ketua Pengarang yang menyingkap serba ringkas dan umum tentang penubuhan SAM dan tujuan penubuhannya. Ahli2 (para penulis) SAM yang mula2 sekali ialah Sanguru, Illie, Aldusuni, Umar, Ison, Little Mike, dan Nong. Saudara Srixon tidak tersenarai sebagai ahli (penulis) kerana hanya bergiat aktif sebagai pengomen blog, dan tidak mempunyai blog sendiri yang boleh dinilai. Selepas itu usaha untuk mencari penulis tambahan SAM telah dilakukan. Akhirnya beberapa rakan bloggers lagi telah dipilih. Mereka ialah Lim Fong Ming (Ming), Lt. M. Muslie Jaffar (Mus), Carl Martin Albert (Carl), Kee Ros Kee Hj. Jalil (Kyro), Jurayina Mabin (Mimie), Jesvi Taising (Tompinai), Clement Sawatan (Lem), dan Azirul Jikal (Azirul). Kemudian disusuli pula oleh Navies Maisin (Mogoron), Nelly Mosorod (Elly), Ismail Aspar (Dinakan), Jasni Maidul (Tulunbunou), dan yang terkini ialah saudara Ridwan Yaakub (Ridwan). Kini Bloggers lain yang bukan ahli tetap SAM juga dialu-alukan menyumbang artikel sebagai penulis tamu setelah melalui tapisan khas. Menyingkap sedikit sejarah utara.fm. Pada mulanya saudara Illie selaku main administrator SAM telah memuatkan link ponet.fm (radio online pitasonline.net). Walau bagaimanapun link tersebut tidak mendapat perhatian yang meluas kerana tidak begitu dikenali samada oleh pembaca wahupun ahli2 SAM sendiri. Oleh itu atas inisiatif saudara Aldusuni, satu pertemuan bersejarah antara ponet.fm dengan SAM telah diadakan pada 4 Julai 2009 di Dataran Bengkoka. SAM telah diwakili oleh Sanguru, Aldusuni, dan Dinakan. Sementara ponet.fm diwakili oleh Rumputt, 911, Siput, Kupang, Wady, Gerbangpitas, dan Kroniquecurl. Hasil daripada pertemuan tersebut, maka lahirlah Komuniti (maya) Utara Sabah (KUSNET) sebagai ganti pitasonline.net (PONET) dan atas cadangan Sanguru, ponet.fm telah dijenamakan semula menjadi utara.fm. Atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi Gabungan NGO Sabah juga, utara.fm telah dilancarkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi sempena Majlis Jasamu Dikenang anjuran NGO Sabah di Lohan Rest House, Ranau pada 25 Julai 2009 sebagai radio rasmi gabungan NGO Sabah. Hubungan yang erat di antara SAM dan KUSNET begitu ketara dalam utara.fm kerana beberapa penulis SAM juga merupakan DJ dan penggiat utama utara.fm, iaitu DJAldusuni, Illie (DJLugu), DJNong, DJTom, DJLittleMike, dan Ridwan (DJBatman). Tekong KUSNET ialah saudara Mohd. Jasni Ahmad Shukri (DJRumputt), manakala Sanguru pula telah dilantik sebagai penasihat KUSNET. Melalui kerjasama SAM dan KUSNET dalam utara.fm, satu rekod siaran secara langsung selama 48 jam telah berjaya dilakukan pada 14-16 Ogos 2009 di Hotel Marudu Inn. Selepas itu utara.fm terus berkembang maju sebagai radio online SAM, KUSNET dan juga sebagai radio rasmi gabungan NGO Sabah. Selaras dengan perkembangan KUSNET yang semakin mendapat tempat seluruh warga Sabah, KUSNET pula kini ditukar nama kepada Komuniti (maya) Utara Borneo atau lebih dikenali dengan nama KUBNET. Pada 10-11 Oktober 2009, setelah setahun idea penubuhan SAM, telah berlangsung pertemuan di antara ahli2 SAM dan utara.fm, bersama pembaca SAM dan pendengar utara.fm. Program dimulakan dengan Majlis Makan Malam di Hotel Marudu Inn dan Restoran Singgah Hati, Kota Marudu. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YB Anita Baranting, Ahli DUN N. 5 Tandek, selaku tetamu istimewa. Pada pagi 11.10.09, mesyuarat SAM secara nyata yang pertama telah berjaya diadakan. Sehingga artikel ini siap ditulis, ahli2 SAM yang rasmi (mengikut nama pena masing2) ialah; Sanguru, Illie, Aldusuni, Umar, Ison, Littel Mike, Nong, Ming, Mimie, Mus, Carl, Kyro, Tompinai, Lem, Azirul, Mogoron, Elly, Dinakan, Tulunbunou, dan Ridwan. Sila klik nama pena masing2 untuk terus ke blog peribadi para penulis SAM. Logo SAM seperti yang tertera di header blog merupakan hasil ciptaan saudara Mus yang telah memenangi peraduan mencipta logo SAM di awal penubuhan SAM. Secara ringkasnya logo melambangkan permuafakatan dan kerjasama erat di antara ahli2 SAM yang terdiri daripada pelbagai latar belakang suku kaum, anutan agama, ideologi politik, dan sosio-ekonomi, dengan semangat cintakan Marudu dan Sabah khususnya, dan Malaysia amnya, memaparkan suara anak2 Marudu dengan penuh informatif, secara kreatif, dan memperjuangkannya dengan prinsip berani kerana benar. Nota: Sejarah rasmi SAM.

17 comments:

Sam. Malaysia7 said...

Penubuhan SAM dan KUBNET ini telah d jelaskan dan saya memahaminya.Apakah Penubuhan Station Radio KUBNET ini perlukan LISEN dan melalui RTM (Kementerian Penerangan). Saya benar2 tertarik hati untuk menubuhkannya d Daerah Pedelaman bawah...Kerana memang benara Prinsip KUBNET dan SAM ini memang jelas boleh membantu Rakyat dan Pengundi/Pemimpin d sekitar Daerah yg perlukan Penghebahkan dan penghubung d antaranya....Syabas d atas Idea PENUBUHANnya yg bisa membawa KEHARMONIAN dan KEBAIKAN.....Semoga SAM dan KUBNET akan lebih teratur dan akan mempu berdiri sama tinggi dengan Radio Swasta dan Kerajaan......

maikong said...

pada mulanya saya mengenali blog ini dari perkataan suara anak marudu(sam)..dari rakan se kg,hanya pd 31/7/2009..di putrajaya(sewaktu saya berkursus d tm training centre kl..selepas sampai d twu(tempat saya bertugas)..saya terus melucuri blog ini..dan menjadi salah seorg pengunjung/pendengar/pengkomen..yg setia....pada mulanya saya inda faham langsung .siapa ponet/kusnet/utarafm/sam/..chatroll kusnet/chatroll utarafm/.....atas penjelasan LM/Nong..saya fahamla....so jadi klu SAM ada sejarah..sayapun ada sejarah bah dgn SAM@utarafm/kubnet..hahaha..


apa-apapun segala usaha kalian saya amat hargai,tahniah...teruskan dgn usaha yg gigih tanpa prasangka/waswas/..komen yg pedas dari para anony2 buatla macam biasa saja..
go go sam ...

Anonymous said...

Salam SAM...

Tahniah kerana SAM mengambil langkah derastik membuat entri ini...Nyatalah, tumbuh kalian kerana kesatuan, tidak mungkin jatuh selagi semangat bersatu itu terus kekal dan membesar dlm jiwa kalian.. Semoga terus bercambah..kekuatan sebenar kalian pada musyawarah...Teruskan perjuangan...Aktiflah penulis2 SAM..Terus meninta demi rakyat...

Little Mike (LM) said...

tahniah doc atas posting detail yang banyak membantu saya dan pembaca memahami perjalanan keseluruhan SAM. Seperti kata ANON, teruskan tinta perjuangan melalui penulisan dan semoga kita akan dikembalikan dengan sebuah nota yang jika tidak cantik, tapi sebuah coretan perjuangan yang menyebelahi kebenaran dan keluhan rakyat... Teruskan semangat dan berganding bahu tanoa menoleh ke belakang... PERJUANGAN perlu diteruskan walau apapun cabaran

kyro said...

Hidup SAM

Doc,ngam betul ini artikel sejarah penubuhan SAM.Congrats!

SANGURU said...

terdahulu, terima kasih SAM berikan kpd dr. Nelson atas daya usaha menulis semula sejarah SAM dan sedikit mengenai utarafm dan kusnet (kini KUBNET)...
Ke mana srixson? Tentu saja beliau berbangga dengan SAM yg semakin membesar di hadapan mata beliau. Beliau ada peranannya tersendiri jika berdasarkan sejarah.
Sejarah kelmarin perlu untuk hari ini perlu utk hari esok. Suatu masa nanti sejarah ini akan dirujuk maka sejarah ini perlu diwartakan.
Kita semua akan tercatat dalam ARKIB SAM; yg jua 1sejarah sebenarnya, kerana itulah, biarpun sakit, kami biarkan segala catatan, kerana suatu hari sejarah ini akan lebih bersejarah....
tq Doc, Tq semua yg memulakan dan yg memperkasakan SAm. Marilah selalu membaca sejarah yg betul agar kita selalu berjalan lurus dan terus lurus...
SAYA KINI BANGGA MENJADI ANAK MARUDU!

ison said...

Terima kasih semua ulasan dan khususnya sanguru selaku tekong SAM.

Catatan sejarah SAM ini bukanlah hasil nukilan 'dari kacamataku' seperti yang saya selalu paparkan dalam SAM.

Maklumat penting dalam artikel khas ini telah disumbangkan oleh semua ahli SAM dan telah diperhalusi semasa meeting nyata SAM yang pertama pada 11.10.09 di Marudu Inn yang lalu.

Saya kemudian menulisnya semula, meminta Sanguru mengesahkannya sebelum dipostkan.

Nyata sekali inilah sejarah SAM yang kita perlu pertahankan kerana inilah lambang kesatuan dan keikhlasan ahli2 SAM.

Saudara Srixon meskipun tidak menjadi ahli rasmi SAM, tetapi semangat beliau tetap bersama SAM dan seperti kata Sanguru, beliau pasti berbangga dengan SAM kerana idea beliau juga ada di dalam SAM.

Setinggi2 penghargaan kepada Sanguru dan semua ahli SAM. Juga kepada semua blogger lain dan pembaca yang seperjuangan dengan SAM. Bersama kita berjuang demi Marudu yang tercinta.

Nota: Sejarah ini telah dititipkan dengan airmata para pejuang dalam SAM. Setiap titisan airmata itu pastinya bersinar sebagai permata2 Marudu.

Mr. Aki Abad 21 said...

pos tawasi om atarang

MAKLIN MASIAU said...

tulisan ni ada nilai sejarah. pastikan kena save betul2 dan tidak diserang virus. hehe. salam dari saya, salah satu wakil ponet semasa pertemuan pertama ponet dan sam. kita teruskan perjuangan yg bernama kebenaran..

Sam. Malaysia7 said...

Sanguru 2long minta penjelasan dengan pertanyaan saya d atas soalan No:1 tadi...TQ

BalsamMariii said...

Sejarah SAM..Syabas…SAM pasti akan terus gemilang di persada perjuangan. Kalian layak berbangga menjadi anak jati Kota Marudu.
Teruskan apa sahaja yang baik dan bermanfaat…Suatu waktu bila ubanan mula membaluti kepala-kepala pejuang seperti kalian, sejarah ini pasti menjadi semakin muda dan terus mekar di hati anak-anak Marudu. Walau tika itu, ada di antara kalian yang telah pergi meninggalkan bumi namun, percayalah nama-nama kalian akan tetap terpahat di hati anak-anak watan Kota Marudu.
Biar SAM dikata hanya mampu meninta ( sebenarnya lebih), tapi dari tintaan itu terbit dan bangkit hati-hati yang berkobar bahkan turut sama menghayun langkah memakmurkan tanah kelahiran tercinta..

Anonymous said...

Salam buat semua dan sekali lagi tahniaah buat SAM.

Orang besar yang mempunyai nama besar memang mempunyai keinginan luar biasa untuk menakluki apa sahaja di dalam lautan kahidupan. Kesannya.. Rasulullah sering mengingatkan puterinya tentang itu. "Aku tidak menjadi wakilmu di hadapan Allah nanti." Abu Zar Al-Ghifari barangkali tidak teringat pada pesan itu ketika jenazah saiditina Fatimah, sang puteri itu, diturunkan ke liang lahat dia berpesan pada kubur.."Hati-hatilah wahai kubur, inilah jenazah puteri Rasulullah s.a.w." Suara ghaib yang nyaring menjawab, "Aku bukanlah tempat membanggakan pangkat atau keturunan. Aku adalah tempat menyimpan amal yang salih."

SANGURU said...

SAM. MALAYSIA 7,
Nak buat radio online x perlu lesen tapi perlu bayaran (kami rukut2 bayar. hehehe). Utk keterangan lanjut sila hubungi Dj Rumputt. Panjang lebar utk diterangkan di sini.

Buat sementara, saya fikir elok sdri/puan gerakkan penubuhan blog bersekutu mcm SAM di pedalaman sana. Saya dah syor pd gang2 NGO sebelah keningau dan tambunan tapi semacam mereka kurang keyakinan.

Seorang pegawai pernah akui, katanya: kalau setiap daerah ada blog mcm SAM, sabah ni ada perubahan...jika itu berlaku, kami d SAM amat berbahagia. Harap disahut gagasan ini. Inilah namanya kerjasama pinterrr...
(Kerjasama pinter secara maya dianggap mustahil tapi kami d SAM telah menjadikannya realiti, tapi....BUKAN SENANG...)

Umar al-Longobi said...

syabas pinsan atas coretan kronologi penubuhan SAM yang baik sekali.

100 tahun akan datang (kalau belum kiamat), apa agaknya yg akan dicoretkan oleh anak2 marudu?

sejarah tidak pernah menipu. melainkan ada tangan2 jahat yg cuba memesongkannya.

SAM, merdeka sepanjang masa!

SANGURU said...

SAM - salah satu kenangan manis dalam kehidupanku secara peribadi. Semoga SAM menjadi lebih unggul. Kami para pengasas tidak mungkin kekal selamanya, maka semoga para pengganti kami kelak, mampu meneruskan semangat, jati diri dan hala tuju.

Tulunbunou said...

Sejarah pertemuan pertama staff SAM telah membuktikan betapa kukuhnya ikatan persahabatan,persaudaraan, darah pejuang? didlm SAM.

Secara peribadi saya sangat bersyukur kerana memiliki teman seperjuangan seperti kalian..

Semoga perjuangan ini bakal memberi nafas baru kepada anak bangsa ku yg. tercinta.

Tahniah saudara Ison, entri yg. jelas dan teratur.

Sam. Malaysia7 said...

TQ Sanguru,tapi perlu bayaran (kami rukut2 bayar. hehehe). Utk keterangan lanjut sila hubungi DJ Rumputt. Panjang lebar utk diterangkan di sini***

Sanguru berapa Duit yg perlu d kumpul untuk membeli peralatan Radio tersebut?
Saya nak bikin d Pedalaman Bawah bah bukan d Pedalaman Atas...Tetapi kalo d usahakan betul2 pasti menjadi ni Sanguru....