SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, October 5, 2009

HATI........

Cerita pasal hati banyak perkara yang berkaitan dengan hati. Ianya sering dikaitkan dengan perbuatan,tingkahlaku, naluri manusia dan berbagai-bagi lagi dalam kehidupan kita seharian. Antara makna dan ungkapan yang selalu kita suka gunakan dan ada pada hati kita seperti Suka hati, luahan hati, baik hati, cinta hati, dua hati, hati-hati, hati luka, satu hati, buah hati, kekasih hati dan juga perkara hati yang kita mesti timbang-timbangkan kalau boleh kita lenyapkan dalam hati seperti iri hati, makan hati, busuk hati, buta hati, sakit hati, patah hati dan berbagai lagi soal hati. Apa pun cuma kita sahaja yang boleh mencorakkan warna-warna hati kita dengan hati yang baik atau sebaliknya.

10 comments:

Anonymous said...

Nice posting Ridwan......

Soal hati ni apa yg benar2 merbahaya ialah perasaan "TIDAK PUAS HATI" kalau tdk puas hati kearah yg +ve nda juga apa...Perasaan tdk puas hati ni banyak berkait2 lah menyababkan ia menjurus kearah yg -ve yg merbahaya.....Contoh terdekat ialah "TDK PUAS HATI" kepada Pemimpin yg d Calonkan d Kawasan Pilihanraya yg bukan tempat tumpah darahnya sendiri...Sedangkan anak tempatan d tempat tersebut banyak yg ingin mencuba dan berminat untuk menjadi (YANG BERLUMPUR @ YB)pemain watak bedut yg mementaskan mainan2 wayang kulit yg belum pasti berkuliti.....Fikir2kanlah

SANGURU said...

tuan semakin matang dalam pemikiran dan penulisan, maklumlah banyak makan garam. Teruskan!

Anonymous said...

Salam buat semua.
Yang paling penting dalam kehidupan kits seharian ialah "BERHATI-HATI".Terlalu banyak yang boleh diluahkan dengan perkataan itu...renung dan fikirkan.

Sam. Malaysia7 said...

Yg terbaik dan terbagus adalah "BAIK HATI" d mana juga kita melangkahkan dan menancapkan kaki d sanalah juga menjadi Bumi kita....Sesiapapun juga orang pasti menyenangi diri kita....

Little Mike (LM) said...

sangat ramai yang mengatakan boleh memahami hati sendiri. Hakikatnya, kita tidak pernah terdugakan hati kita sendiri, bahawa jangkauannya yang melebar tanpa sempadan dan boleh saja berjalan jauh melewati had emosi tanpa kita sedari jika tidak di kawal...

Bijak pandai mengatakan, apa yang KITA FIKIR itulah KITA. Selamat menakhodakan pelayaran hati.

Tulunbunou said...

Klu kanser hati lagi teruk sbb ble membawa maut...

marilah kita menjaga kesihatan hati kita. Bila hati kita sakit racun2 yg terkandung didlm ubat2n,sayur2an,buah2an yg kita makan sehari2 tidak akan dapat disingkirkan dari tubuh kita....(opssstt... hehe nda keluar tajuk ka ni tuan Ridwan? hehehe)

SANGURU said...

dari mata turun ke hati, namun berhati-hati, gunakan mata hati, mencari mata hati yang baik hati...
Pilihlah dengan rasa senang hati, barulah puas hati. Gerenti dan ada waranti!

MindaGuru said...

Orang kata, "ikut jiwa kecewa dan ikut hati mati" sebab itu pemikiran yang rasional atau tuan istilahkan "timbang-timbangkan" amat sesuai apabila ingin melakukan, mencatat, melapurkan dan menulis sesuatu. Tahniah tuan..

DINAKAN said...

HEHEHE... tuan..

kalau dlm blog saya 'HATI DAN PERASAAN, AKAL DAN FIKIRAN'

Jadi, hati ni perlukan ketenangan d sebabkan perasaan utk memerlukan sesuatu.

hati juga boleh memudaratkan, andai ia hati batu @ keras.

tapi kalau biasa dengan hati suci, semuanya murni, bersih dan ikhlas.... barula episod baru bermula.

hehehe... good idea tuan.

Anonymous said...

Sahabat LM dan TB ni memang ayat2nya power laa...Saya sukalah dgn ayat2 power anda tu...Kerana ayat2 anda hanya untuk umum dan bukan ada yg tersirat d sebalik batu.Ayat anda bukan ayat berpolitik baaa...he he he