SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, October 7, 2009

INDUSTRI DESA WAJAR DIPERKASA

Baru-baru ini penulis berkesempatan meninjau dua industri perkampungan nelayan di Tanah Merah, P168 Kota Marudu/N4 Matunggung. terdapat dua industri kecil di sini iaitu memproses arang dan membina perahu, yang kalau diberi bantuan serta input-input bersesuaian penulis yakin boleh berkembang maju. SAM yakin setiap desa di seluruh negara khususnya di Kota Marudu ini punya potensi tertentu, maka menjadi tanggungjawab pemimpin dan agensi-agensi kerajaan membantu dari aspek tertentu menurut kapasiti masing-masing.

12 comments:

Anonymous said...

Satu sumbangan buah pikiran yag bulih dipikir pikir ole wakil rakyat. Tahniah sanguru. Apapun, perut tuan tu masih bulih di modipait....khekhee.

SANGURU said...

tq. Hehehe...

Sam. Malaysia7 said...

Penebangan Bakau ni kalau berlaluasa bahaya juga tu...Nda ada yg bikin penghalang pada Ombak besar Tsunami jika ia berlaku d kawasan tersebut.....Harap2 Tumbuh2an d sekitar tepian Pantai dan d tebing Sungai jangalah d binasakan dan d kitar semula...Nanti Rumah2 penduduk d sekitar Pantai dan Sungai pula terkena Kitar oleh Air bah dan Tsunami....

MindaGuru said...

Ngam tuan, pengusaha kecil seperti itu diharap dapat perhatian daripada pihak atasan untuk membantu mereka.

SANGURU said...

belum ada rekod usaha kecil2an orang kampung pribumi menjahanamkan alam sekitar, flora dan fauna, sebab minda org kg masih sayang alam dan tahu fikir masa depan setempat. Kasianilah mereka, mereka sekadar ambil hak mereka seada2nya. Yang bahaya jika orang2 kaya berminda billionare ni. Hutan gondol habis, sungai rosak habis, tanah2 adat sapu habisss...habisss...habisssssss...
Cuba kunun siasat siapa2 kroni syarikat2 besar itu....

Sam. Malaysia7 said...

Menebang bakau d tepi Pantai itu salah satu usaha menjahanamkan alam sekitar Sanguru...Sekalipun minda org Kg masih sayangkan alam dan tahu berfikir.Kita selaku Manusia yg berhati parut memang sudah pasti kasihan akan orang Kampong dan penduduk Pribumi kita.Makahnya kalau boleh Sanguru dan para cerdik pandai,Pemimpin Masyarakt setempat berserta penduduk d KM/Tandek mengujudkan dan mencadangkan kepada MP/ADUN supaya dapat membawa pembaharuan bukan sahaja berbantuk Kemajuan dan Pembangunan kepada rakyat d KM/Tandek malahan yg terpenting menjana Penghasilan dan perekonomian rakyat setempat d KM/Tandek.....Seperti SMI,Pelancongan dan banyak lagi yg boleh anda fikirkan.Peruntukan MP/ADUN saya fikir2 boleh membina 4SMI untuk setiap tahun.....Kerana Rakyat d sebelah Utara negeri Sabah ini saya lihat2 rajin2 orangnya......Semoga berjaya Sanguru dengan cita2 anda..

SANGURU said...

tq sam. YB dan MP kami baca SAM, harap mereka berdua "take noted"...

Little Mike (LM) said...

keseimbangan perlu dalam menerapkan cara kemajuan. Perlaksanaan tanpa PENGABAIAN aspek lain sangat mustahak.

Sulaiman Hanim said...

Tidak ada masa lagi bah kalau tidak ada perancangan untuk Pengundi dan Kawasannya sendiri C YB2 MP/ADUN kita tu....Kan mereka juga manusia biasa yg inginkan d Ingati jasa dan nama mereka... Tambahan lagi mereka bukannya org d sana....Saya rasakan C Dtk Dr Max tu Pemimpin bergeliga juga tu mustahil tidak ada perancangan yg baik/bagus untuk Rakyat d KM....Kerajaan BN ni adalah satu2nya sebuah Kerajaan yg terkuat dan terungul d Dunia ini,boleh membuat Janji 100 hari dan Sabah barunya khas buat Rakyat negeri Sabah yg mungkin mudah pelupa...Makanya Pemimpin BN (dulu Tun Mahatir) meneburkan Janji seolah olah Rakyat negeri Sabah memang jenis rakyat yg Bodoh dan boleh d perbodoh-bodohkan...Kan Melayu memang mudah lupa.....

SANGURU said...

Pada tahun 2008, sy ada nyatakan kpd Dtk. Max, utk kebaikan diri beliau, PBS, BN dan rakyat, beliau perlu lepas 1 kerusi. Kerana sehebat manapun pemimpin, sukar berada di dua tempat yg sama, tambahan pula KM saiznya lebih besar dari Perlis...
Syukur, berkat sokongan suara rakyat yg ikhlas menyokong usul tadi, Dtk Max ambil tindakan positif. - so, siapa kata saya anti No.1 Dtk Max?
Kemudian Anita Baranting jadi YB. Saya juga antara yang pertama menemui beliau di rumah beliau sendiri, sampaikan amanat rakyat dan berikan tip2 sesuai. Syukur beliau ambil tindakan positif. - so, siapa kata saya anti No.1 Y8 Anita?
Yang saya mahu lihat adalah kekuatan kerajaan (siapa pun kerajaan itu) dan kebaikan pemimpin demi RAKYAT kerana saya/anda juga rakyat...

Sam. Malaysia7 said...

Sanguru itu sudah pastilah dia melepaskan salah 1 kerusi sekalipun d hatinya dia mahu memegang ke 2 2 MP/DUN tetapi secara lojika nya kan dia belum lagi menjadi Presiden PBS. Yg saya maksudkan buat MP/ADUN kita tu "WAJIB" bah d orang membuat perancangan Pembangunan Ekonomi untuk Rakyat dan Pengundi d KM/Tandek.....Kan Dtk Max sudah berjalan jauh melihat bagaimana Rakyat China dan India membangunkan Sektor SMI d peringkat Kampong2......Kan Banyak yg mengatakan KM tu rakyatnya termiskin d Malaysia, Sedangkan rakyat/Pengundi d KM/Tandek tu orangnya rajin2 berusaha...Ayuh bangunkan tanah dan gerakkanlah SMI pemachu KM/Tandek....

SANGURU said...

pembetulan: "dua tempat berbeza" dan bukannya "dua tempat yang sama". Maksudku, Adun dan parlimen. Harap maklum.