SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, October 20, 2009

Ini sekadar coretan lucu untuk hiburan bersama. Kata orang sewaktu musim jipun dulu-dulu,tentera jepun selalu bertindak kejam.Silap sikit potong kepala,silap sikit pancung.Hingga orang-orang kampung ketakutan.Kononnya orang Tandek dulu-dulu kebanyakannya orang-orang kaya.Mereka banyak menyimpan barangan berharga seperti gadur,sumbul dan berbagai-bagai lagi barangan ukiran tembaga. Tentera jepun pula sering keluar masuk kampung mengugut orang-orang kampung.Mereka meminta tembaga dari orang-orang kampung.Bila orang-orang kampung berkeras tidak mahu menyerahkan tembaga milik mereka maka mereka akan diugut "Mau potong kapla eehh" kata tentera jepun menakut-nakutkan orang kampung.Tiada pilihan lagi,semua harta barangan tembaga milik mereka diserahkan begitu saja.Dan pulanglah tentera jepun dengan gembira.Esoknya datang lagi kerumah yang lain minta tembaga dan begitulah setiap hari hingga habis semua harta benda orang-orang di Tandek mereka rampas. Hendak dijadikan cerita, ada seorang hamba Allah yang bijak dan tidak mahu menyerah begitu saja pada kehendak tentera jepun yang kejam itu.Maka dia pun berikhtiar bagaimana untuk mengelakkan barang-barang tembaga miliknya dari dirampas jepun.Fikir punya fikir beliau mendapat ilham " Ahhha...bagus aku kubur semua tembaga aku ni dikandang ayam. Mana juga diorang tepikir ada harta dikandang ayam tu....hehehe...pandainya aku" dia berkata dalam hati. Lalu dia pun memulakan misinya.Beliau menggali lubang ditengah-tengah kandang ayamnya dan menanam semua barang-barang tembaga miliknya tadi.Selesai menanam barang-barang tembaga itu beliau pun duduk berehat ditangga rumahnya.Tiba-tiba sekumpulan tentera jepun yang terkenal kejam itu datang.Sepantas kilat beliau bangun dan tunduk hormat " Tabik tuan komondon" kata beliau."Hmm...mana timbaga eehhh?" tanya komandan tentera jepun."Tembaga tiada tuan" jawab beliau dalam nada ketakutan."Ohh... mau potong kapla eehh?" kata komandan itu mengugut."Betul tuan,tiada tuan,saya orang susah tuan". Tiba-tiba komandan itu melangkah kearah kandang ayam."Bahh...matei na aku betiru...(matilah aku hari ini dalam bahasa bajau) kata si beliau tadi ketakutan.Dia yakin benar akan dihukum pancung sekiranya tentera jepun menjumpai tembaga yang beliau tanam dikandang ayam tadi. "Haa....bohong....iniiii...timbaga".Kata komandan tentera jepun sebaik keluar dari kandang ayam sambil menunjukkan telur ayam ditangannya."Ahh....itu? Itukah timbaga...ohh...ambil tuan ambil saja....ambil ambil semua".Kata si beliau tadi kegembiraan.Ohh rupa-rupanya selama ini apa yang diminta oleh tentera jepun itu ada telur ayam dan bukannya barangan tembaga sepertimana yang disangka oleh orang-orang Tandek.Beruntunglah tentera jepun itu lain diminta lain pula diberi. The moral of the story is......kamurang pandai laitu buat andaian.Hehehe

3 comments:

maikong said...

ini macam ada kaitan dan aku yg menurut perintah....

SANGURU said...

sebut pasal jipun...nah kah, "nokosuli" (dapat membalas) si dusun sama jipun. Admin SAM isterinya org jepun totok made in kyoto.

Jodoh. Semoga bahagia selamanya tuan!
Sampaikan salam kami kpd miss tuan kio...

ison said...

Hehe... ngam btul ni cerita kau puan. Teruskan nostalgia yang penuh pengajaran. :)