SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, October 21, 2009

IT'S ME : HAIRAN

HAIRAN merupakan satu perkataan yang menakjubkan bagi sesetengah orang yang telah mempunyai pelbagai pengetahuan atau dalam ertikata lain mempunyai banyak pengalaman berbanding dengan orang lain. Namun begitu, mari kita berkongsi pengalaman tentang sebuah pulau yang dinamakan 'Pulau Batu Hairan'. Pulau ini sebenarnya terletak 65 Kilometer ke timur laut kudat dan mempunyai keluasan 0.77 Hektar dan 3.1 meter tinggi yang telah ditemui pada 14 April 1988. Walaupun kisah Pulau ini telah lama dan ramai diantara kita tidak tahu mahupun telah melupakan kisah pulau ini yang kini tidak wujud lagi, masyarakat utara sabah sebenarnya masih tertanya-tanya mengapa pulau ini tiba-tiba wujud, siapa yang mula-mula tahu tentang kewujudannya, kemana hilangnya pulau tersebut dan apa hikmah disebalik kewujudan pulau tersebut sebanyak 3 kali dalam setahun dan selepas itu hilang sehingga kini. Semua jawapan tersebut sukar dijawab dan seolah-olah pulau ini 'Misteri' dan memang amat menghairankan. Dan yang sangat menghairankan juga masyarakat kita pada ketika itu ialah apabila terlalu taksub tentang kewujudan pulau tersebut. Banyak andaian yang dibuat, banyak perkara yang cuba dimanipulasikan daripada fakta sebenar sehinggakan terdapat pelbagai mitos cerita yang sebenarnya tidak wujud diatas pulau itu cuba direka oleh golongan tertentu. Inilah yang amat menghairankan kita. Justeru, sebagai pengajarannya walaupun kisah 'Pulau Batu Hairan' ini tinggal sebutan dibibir dan tidak wujud lagi, namun kita harus sentiasa ingat bahawa setiap benda yang wujud itu jika kita tidak tahu meneroka, menilai dan menghargainya mungkin hanya tinggal kenangan dan akhirnya terungkaplah perkataan HAIRAN.

9 comments:

Little Mike (LM) said...

cerita ini berlaku sekitar sya bersekolah tingkatan 2 di SMK ABD RAHIM. Sempat melihat terumbu hairan.. sya ikut hairan disebabkan terikut-ikut dengan mitosnya... hehe

Fenomena HAIRAN ni satu perkara misteri dalam kehidupan sehinggakan emosi ini mampu mengubah banyak persepsi... Tindak tanduk hairan ini ada baiknya seperti tertanya-tanya bagaimana seorang yang kurang berkemampuan tapi begitu berjaya dalam kehidupan... begitu jg dgn hairan bagaimana hutan tebal berubah menjadi satu kawasan pelancongan seperti genting. ini antara contoh... ataupn hairan dengan sikap tertentu di keliling kita.. dan bermacam2 lagi.. Jadi, HAIRAN kita harus berorientasikan kepada pembaikan jati diri. Sesuatu yang mengundang kita untuk mengikuti contoh baik sesuatu pencapaian cemerlang, sesuatu yang MENGUBAH... yang kita hairan (kagumi)... ini antara pemangkin kejayaan kerana mencontohi kegemilangan...

SANGURU said...

usah terlalu hairan tuan, sy pun mulanya naik hairan, lama kelamaan saya tidak hairan sudah. Alah bisa, tegal biasa.
Tuan, jgn pula haira, kenapa sy blh naik hairan. Bikin hairan bah kan tuannnn....
SAM, jgN biar diri kita diselubungi kehairanan. Pandang depan, maju!

SANGURU said...

utara sabah ni mmg bikin hairan!
1. Ibu negeri pertama sabah, di utara, sekarang apa jadi utara Sabah?
2. Bapa merdeka, org utara, KM skg orang mana?
3. Ada pulau, tenggelam, ada wadah, ditenggelamkan...

Bah, cukuplah 3, nanti tambah hairan...

Anonymous said...

TUAN DIANAKAN YG TERHORMAT, SIA RASA2 ITU IKAN BESAR BAH MAU PINDAH KE UTARA SABAH DULUNYA,SEBAGAI TEKA TEKI SAJA BAH ITU MAKSUD YG SEBENARNYA IALAH BANYAK PTI YG MAU KENA IC BAH ITU.TINGGALLAH KITA TERSENYUM KC NAMPAK TAIE GG SAJA LAGI....

ison said...

Memang banyak perkara yang menghairankan. :)

Anonymous said...

Salam buat semua..

Apapun boleh berlaku sekiranya tuhan mengkehendakinya terjadi. Yang penting kuatkan iman dan banyak-banyakkan beramal dan membantu insan yang lemah terutamanya anak-anak yatim dan orang-orang miskin.Kurang-kurangkan atau jauhi terus perasaan hasad dengki dan khianat kerana ianya akan membawa kesengsaraan dan kemusnahan. Jangan pula HAIRAN nanti di akhirat anda berada ditempat yang anda sendiri HAIRAN dengannya.

DINAKAN said...

Hehehe... cerita pulau batu hairan ni memang menarik, banyak menghairankan.

Kadang-kadang benda yang biasa pun boleh menghairankan dan benda yang jarang mmgla amat menghairankan.

namun, berteraskan kepada AKIDAH... adalah terlalu banyak benda yang sebenarnya menghairankan dan itu semua sebenarnya perlu dirujuk semula pada titik permulaan dengan AKAL DAN FIKIRAN.

SANGURU said...

ramai yg HAIRAN dgn SAM. Mcm nda blh dipercayai, kerjasama maya telah merealisasikan beberapa perubahan. Usah Hairan, kuncinya kemahuan, kesungguhan, keikhlasan, kesabaran, kasih sayang, toleransi, kesukarelaan...kalau ini tiada, SAM x akan jadi seperti hari ini.
Dengan ramuan ini, jangan HAIRAN kalau SAM mampu mengembirakan lebih ramai orang...tapi lucunya, kdg2 saya pun HAIRAN kenapa masih ramai yg meragui dan membantai. HAI...

Umar al-Longobi said...

Pulau itu kelihatan timbul-tenggelam disebabkan byk faktor. Di antara yg utama adl perubahan paras laut dan pergerakan kerak lautan. Adapun peristiwa2 ghaib itu adl di dlm urusanNya. Bersamalah kita menuntut ilmu, kerana ilmu itu cahaya yg boleh memecahkan kehairanan...