SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, October 24, 2009

Jalan-jalan cari penyakit-part 1

Seperti biasa rutin mingguan saya setiap hujung minggu balik kampung menebas rumput di ladang.Sambil itu sempat juga saya merakam gambar di sepanjang jalan Kota Belud-Kota Marudu.Dan inilah hasilnya...... Jalan Kota Belud yang cantik dan selesa...sapi pun enjoy ooo di sini. Sempadan Kota Belud-Kota Marudu,macam ada ombaklah jalan ni.Kena pandai mendayung ni..ooopps....silap,harus campin nyetir disini pak. Tanah runtuh I R & R....??!! Pusat rehat dan rawat.Waktu malam tempat ini menjadi tumpuan pemandu lori treler untuk mencuci lori. Tanah runtuh 2....keadaan ini sudah lama terbiar.Pada mulanya sebagai tanda amaran beberapa biji tayar lama yang dicat dengan warna kuning diletakkan bertindih-tindih ditepi jalan.Hari ini satu peningkatan telah dibuat dimana tayar-tayar lama kini diganti dengan tong deram yang dicat berbelang-belang hitam dan oren. Tanah runtuh 3....kawasan ini sangat berbahaya terutama sekali diwaktu malam. Kawasan ini adalah yang paling kronik.Setelah hampir 20 tahun terbiar kerja-kerja membaikpulih akhirnya dimulakan tahun lalu.Terima kasih Datuk Seri Najib Tun Razak atas keprihatinan. Satu lagi kawasan tanah runtuh yang sudah terlalu lama dibiarkan. Satu lagi kawasan tanah runtuh yang berpuluh tahun dibiarkan.Alhamdulillah kerja-kerja membaiki pulih telahpun dimulakan beberapa bulan lalu.Sekali lagi terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Satu lagi kawasan tanah runtuh yang memerlukan perhatian. Saya masih ingat lagi tahun 1969 kali pertama saya ke Kota Kinabalu.Waktu itu orang ramai masih menggunakan nama Jesselton atau Api-Api walaupun nama Kota Kinabalu telah diwartakan.Perjalanan dari Kota Marudu (waktu itu masih dipanggil Bandau) ke Kota Kinabalu mengambil masa 8 jam.Sewaktu pemerintahan kerajaan USNO dibawah pimpinan Tun Datu Mustapha Datu Harun pelbagai usaha dilakukan dimana jalan-jalan baru dibina sekali gus memendekkan waktu perjalanan dari 8 ke 3 jam. Sewaktu pemerintahan BERJAYA dibawah pimpinan Datuk Harris Salleh,jalanraya hampir diseluruh negeri di upgrade dan jalan baru juga banyak dibina.Saya selalu menggunakan jalan Kota Belud-Kota Marudu untuk balik ke kampung halaman (Kg Tandek) menjenguk orang tua saya.Dan memandu di jalan ini ketika itu(1978-1985) sangat seronok kerana jalannya sentiasa dalam keadaan baik. Selepas tahun 1985 jalan ini mula terbiar.Tidak diselenggara sama sekali hingga ujudlah kawasan-kawasan tanah runtuh seperti dalam gambar.Harapan tinggi kami agar pihak pemerintah BN hari ini akan meneruskan usaha membaikpulih jalan ini yang saya lihat sudah dimulakan sejak pertengahan tahun lalu. Teruskan perjuangan.Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.

15 comments:

SANGURU said...

hehehe...cari penyakit klu tiap hari lalu ni jln. Ni la bah yg sy malas turun kk jumpa kaum keluarga. Bikin rosak kereta, bikin penat badan, bikin penyakit...

Umar al-Longobi said...

jln kk-tuaran-kb-km ini ada berbagai2 rupa. ada yg bagus, sederhana dan teruk. apa yg pasti jln ini dinaungi oleh lebih drp 2 org MP. jln itu bukanlah jawapan kpd segalanya, tapi ia sedikit sebanyak menggambarkan imej seseorg MP itu. sy pujilah jln kk-tambunan-keningau. walaupun keadaan geografinya yg berbukit-bukau tapi jauh lebih baik drp jln kk-km.

kyro said...

Betul Sangguru,nda tahan kereta jln sini,skjp saja rosak.Maintenance tinggi.Patut free road tax ba kan?

Saudara Umar,
Kalau saya bawa anak2 plg Tambunan tgk keluarga sblh ibu mertua atau Keningau sblh bpa mertua,anak saya paling kuat pun komplen itu jln tlmpau bnyk turun naik bukit.Tapi kalau saya bwa plg Tandek drg punya bising...sakit badan la,penat la,tidak selesa terhentak-hentak didlm kereta.

Umar al-Longobi said...

ohhh...iakah, hehe. nampak gayanya jln2 itu harus dibaiki agar selesa dan selamat. dulu sy selalu berulang kk-kgu dgn menaiki moto. memang turun naik tu, tapi jalannya dibina dgn baik. lanskap sepanjang perjalanan yang cantik, semulajadi dan berkabus membuatkan perjalanan bertambah seronok...hehe

Little Mike (LM) said...

Banyak kedengaran cakap-cakap pemimpin peruntukan ini dan itu untuk memperbaiki sistem jalanraya tapi seperti kata Kyro, jalan ini masi kekal begini.

Harap peruntukan tersebut tidak banyak tangan yang campur terlibat.

Anonymous said...

Salam buat semua.

Yang menghairankan kenapa jalan di pekan Goshen yang begitu baik di turap kembali sedangkan jalan-jalan tersebut berada dalam kondisi yang baik. begitu juga dengan jalan di milimewa KM, sama ceritanya. Kan bagus peruntukan membaiki jalan itu digunakan untuk memperbaiki jalan-jalan lain yang amat teruk dan daif.Ini tentu mahu pok peruntukian segera je ni sama kerja senang...bukan begitu.

Anonymous said...

pn.Kyro memang teruk itu jalan KB/KM(ada beberapa bhg), ada kerosakan hanya ditampal dan dijahit sahaja. Beberapa taun dulu jln itu rasanya sudah dibaiki tapi cepat juga rosak..kut..kut, ngamkah itu aturan/cara pembinaannya?, sapa kontraktornya?, penguatkuasaannya bagaimana?.

MindaGuru said...

Ya..kenapa ia cepat betul rosak?, dengar-dengar peruntukannya dulu jutaan ringgit juga,dimana silapnya?

Mungkin pandangan anon 12.33 perlu diambil perhatian.

Walau bagaimanapun tahniah pad pn. kyro atas paparan ini.

maikong said...

klu saya bandingkan jln raya kb-km dgn twu-spa..amat jauh bagus lagi jln twu-spa, walaupun jln raya ini di penuhi oleh lori2 berat(minyak sawit/kepala sawit)..dll...walaubagaimanapun..kita harus tengok juga dari segi faktor geografinya...faktor keadaan bumi itu sendiri..sama juga dgn jln raya kanibungan-nanggoh-sapi..jln baru tapi banyak rosak..banyak kali pergerakan tanah....harap2 pembaikan jln raya ulu kukut-manggaris 3..ini akan bertambah bagus(macam dia org pakai serusuk utk ketahanan tanah..

maikong said...

klu ini jalan ulukukut ini bagus..juga sangat bahaya..jln lurus turun bukit..pemandu selalu pecut..utk turun.....hati-hati

maikong said...

klu lalu jalan ini jangan lupa singgah beli/makan jagung bakar..sedappp...

DINAKAN said...

kyro, keta saya sebulan 4 kali masuk workshop.. aiya... bila la dpt kasi upgrade tu.

Gaaman said...

Harap2 para pemimpin Sabah terutamanya MP bagi KM, Kudat dan KB mendesak pihak KL utk menaiktaraf jalan KB-KM-Kdt ini.

SANGURU said...

...klu terus minta dan minta dan rayu dan rayu dan pujuk dan pujuk...last2 memang kena kasi baitu apa lagi klu semua YB2 dan MP2 sepakat minta.
MARI BAH KITA SEMUA MINTA BERSAMA.
1,2,3....DS NAJIB, BERI KAMI JALAN YG LEBIH BAIK DAN SELAMAT.
SAYANGGG DS....

maikong said...

nak ambil kamu jalan yg teruk2..saya mau kasi bagus dulu saya punya tampat bah.....