SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, October 27, 2009

Jalan-jalan cari penyakit-part 2

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah kepada Sangguru atas pemergian ayahanda tiri beliau ahad lalu.Banyakkan bersabar kuatkan semangat.
Alhamdulillah saya berkesempatan sekali lagi balik ke kampung untuk ke ladang dan seperti biasa hobi saya merakam gambar di sepanjang perjalanan.Adakalanya saya meminta suami memberhentikan kenderaan supaya saya boleh merakam gambar dengan lebih jelas.Namun kebanyakan gambar yang saya rakam adalah ketika kenderaan sedang dipandu laju oleh Alex Yoong disebelah saya ini yang selalu merungut "susah juga bawa pelancung ini". Simpang Tiga Langkon-Kudat-Kota Marudu. Tahniah kepada pihak berwajib kerana telah meletakkan papantanda arah jalan disini serta lampu jalan.Tidaklah lagi suami saya terlanjur memandu terus ke Kudat diwaktu malam gelap padahal tujuan sebenar hendak ke Kota Kinabalu.Cuma saya masih tertanya-tanya kenapa macam alang-alang pasang lampu,peruntukan berbilion ringgit takkan lah 2 batang lampu saja yang mampu di pasang di sini. Lampu neon hanya ada 2 disini.1 disimpang menuju ke Kota Kinabalu dan 1 lagi disimpang menuju ke Kudat. Jalan Langkon-Kota Marudu diwaktu malam.Jalan sempit dan gelap.Amat sukar untuk melihat pejalan kaki ditepi jalan jika ada.Rasanya sudah tiba masa jalan berkembar dibina hingga ke pekan Kota Marudu. Jalan berkembar memang sudah sangat di perlukan di sepanjang jalan Langkon-Kota Marudu terutama sekali dikawasan pekan yang sudah mula sesak dengan kenderaan. Sepatutnya ada pintu gerbang disini dengan ucapan SELAMAT DATANG KE KOTA MARUDU.Ini pandangan saya saja mungkin MDKM boleh pertimbangkan.Suami saya selalu merungut "ini pekan tidak welcoming,tidak mahu terima tetamu". Lihatlah betapa sempitnya jalan di pekan Kota Marudu sedangkan masa kini banyak kenderaan berat seperti lori kelapa sawit dsb melalui jalan ini. Jalan Tandek aspal sekerat saja.Satu lagi projek alang-alang. Jambatan Tandek yang kian uzur tanpa penyelenggaraan. Jambatan uzur ini menjadi laluan ramai penduduk sekitar Jalan Tandek dan Kampung Morion.Proton Saga biru dalam gambar ini menuju ke Kg Morion.Manakala jalan lurus dihadapan adalah Jalan Tandek yang tidak diselenggara sama sekali.Rumput tumbuh meliar sehingga melebihi ketinggian saya.
Desas-desus mengatakan bahawa Jalan Tandek sebenarnya telah di gazet untuk dinaik taraf. Dan kontrak kerja menaiktaraf ini telahpun dianugerahkan kepada Pemuda PBS.Betul atau tidak saya tidak tahu.Mohon maaf jika saya silap...namanya pun hanya desas-desus. Khabar angin ini juga mengatakan bahawa kerja-kerja menaiktaraf ini akan mengakibatkan sebahagian besar tanah ladang dan rumah saya terpaksa dipotong."Kau punya tanah mau kena potong itu,terbagi dua la nanti kebun kau itu"...."Kau punya rumah pun mau kena kasi roboh itu". " Ahh..tidak bah,diorang potong siring2 saja bah"..."Tidak kena bah rumah kau,ngam2 diujung tangga saja tu kena potong".Ini adalah antara laporan yang saya dengar beberapa tahun lalu. Malangnya tidak seorang pun wakil kontraktor mahupun Jabatan Kerja Raya yang menghubungi saya atau mana-mana adik beradik saya berkenaan perkara ini.Pada hari ahad lalu saya melihat kerja-kerja telah dimulakan berhampiran ladang saya.Samada ini adalah kerja menaiktaraf atau sekadar korek-korek parit saya tidak tahu,yang pasti dua jentera berat telah dihantar disitu untuk memulakan kerja.Saya tertanya-tanya.. ... 1. bagaimana pihak kontraktor memulakan kerja tanpa izin dari pemilik tanah,bukankah ada prosedur tertentu yang harus diguna pakai? atau 2..apakah nanti akan ujud lagi kerja-kerja pembinaan jalan yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan @ projek alang-alang atas alasan pemilik tanah tidak memberi izin. Selaku pemilik tanah dan rumah,saya tidak akan membantah.Siapa yang tidak mahu pembangunan.Yang penting kasi ngam itu rundingan Boss.Jadi jangan malu-malu untuk hubungi saya di 016-8133646 (Kee Roshidah) atau adik saya Kee Roslee di 016-8151609.

7 comments:

SANGURU said...

SAM akan perjuangkan yg benar yg betul yg sahih yang baik yg lurus yang...

SANGURU said...

yappp...welcoming itu sy pun dah lama terfikir2. Bah, harap MDKM ambil tindakan. Kita kasi ok2 sikit bah kita punya pekan, tuannnn...

SANGURU said...

tahniah kyro, puan telah berjaya menemukan beberapa penyakit utk diubati oleh pihak yg berwajib. X sia2lah perjalanan mencari penyakit itu. Hehehehe

maikong said...

pn, sudah 19 tahun saya ini lalui ini jln(jalan lama ke sk tandek)..masih lagi itu jambatan kayu balak oo..itu kayu besar sebelah nya pun masih hidup....

maikong said...

ya pn kryo...patutnya ada selamat datang/jalan km ..krn pekan dah jadi laluan utama skn-pitas-km-kk..
nampak dari dulu hingga kini round/about ..d pekan goshen ini kosong..saya cadangkan buatlah reflika jagung(besar)..d situ..macam semua daerah d sabah..setiap roundabout ada maskotnya...

kyro said...

Ia bah Maikong,Sangguru.

Setiap kali saya balik ada saja saya rasa tidak ngam.Kalau saya singgah KB ada replika tudung saji ada replika kuda di laluan masuk ke pekan.Ini masuk KM tiada apa2.Kedai Goshen ok sikit nampak lagi itu bahagian depan kedai,kalau kedai yang dekat majlis daerah itu aduyaiii...membelakang semua betul2 tidak welcoming ooo....

kyro said...

Bah Sangguru...apa lagi.Kau punya bagian laitu arr...ajukan kpd MDKM kasi lawa2 dulu pekan kita ini.

Ada lagi pula tu komplen si abg Yasin drod,dia lang 'bagus kasi lapas kambing sini supaya kana makan itu rumput' (kawasan di belakang petronas) hahaha