SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, October 15, 2009

JALAN RAYA BERBAHAYA : SAM TELAH MENGINGATKAN...

Tandek, Kota Marudu: Beberapa bulan lepas pihak SAM telah memaparkan beberapa kebobrokan tentang projek Jalan Tandek-Longob (sila rujuk Arkib SAM). Pihak SAM (yang kenal benar dengan selok belok Jalan kampung ini) telah menjangkakan keadaan jalan raya yang tidak mengikut plan asal JKR akan mengundang padah. Selepas projek itu dianggap siap, beberapa siri kemalangan telah berlaku di beberapa kawasan bengkok. Terbaru, kemalangan maut yang berlaku kelmarin. Apakah pengguna mesti disalahkan seratus peratus setiap kali berlakunya kemalangan? Inilah akibatnya kalau pandangan umum diabaikan. Inilah akibatnya kerja tidak ikut plan sepatutnya. Dan inilah juga akibatnya kalau pemandu kurang berhati-hati...

8 comments:

ison said...

Jalan Tandek-Longob di Tingkalanon memang berbahaya sekali. Statistik sudah menunjukkan bahawa kemalangan jalan raya lebih kerap berlaku di jalan yang bengkok berbanding jalan lurus. Malangnya jalan tidak dibuat lurus walaupun pelannya lurus. Adess...

maikong said...

saya tertanya2..kenapa jalan tandek-tingkalanon-nolotan-longob-damai-simpang damai-jalan tandek-jalan kota marudu..semua ini adalah simpang maut(tajam/tiada tanda amaran)..adakah org kita(tuan punya tanah berdekatan tidak membenarkan tanah mereka d usik...so semua plan jln raya mungkin lurus..tetapi halangannya...

Mr. Aki said...

inilah baini rakyat bising..SAM bising, tingok kan hasilnya...kamu inda pacaya...las2 karajaan juga kana bantai...jangan talampau bingkuk bah..!!!

kasi lurus yg bingkuk, macam mana kalau kaluarga kamu yg kana ? mr. aki simpati kaluarga ini.

SANGURU said...

tn maikong, ada banyak sebab, klu tuan balik nanti barulah cerita panjang. Nda muat klu dicerita satu per satu.
"Bengkok kerana tidak guna pembaris akal dan hati yg tulus"

SANGURU said...

klu saya balik kg dan lalu tempat kemalangan ini, saya pasang signal, pada pengamatan saya, ia bukan bersifat selekoh tajam sebaliknta simpang T. Pemandu waktu malam mesti benar2 bersedia melaluinya kerana silap sikit boleh terjun ke hadapan.
Pada pendapat saya, jika difikirkan lokasi ini diklasfikasikan sebagai simpang, maka buatlah sesuatu , standard simpang. Jika masih dianggap selekoh, maka perbaiki keadaannya.

Little Mike (LM) said...

sejak mula lagi sya sudah dapat merasakan ada sesuatu yang 'menyedihkan' berlaku jika jalanraya tidak dibantu oleh langkah2 yang bercirikan keselamatan... Pelan asal yang gagal dilaksanakan mengikut spek yang sepatutnya, tiada papan tanda amaran, tiada lampu jalan, papan tanda pemberitahuan kawasan murid2 melintas atau selekoh tajam.. Saya pernah menulisnya dalam entri lepas dan artikel itu bukan semata-mata satu penulisan... Harap dapat dilakukan sesuatu agar jangan laluan ini terus menelan nyawa

maikong said...

yalah tn sangguru, memang panjang ceritanya..tapi itulah org kita sendiri juga yg mendapat susah....
jadi harap paparan SAM boleh membuatkan pengguna jln raya tandek agar lebih berhati-hati dgn simpang2 ini..dan sikap pemandu kita mesti berubah...don't drunk and drive..

RumbiaMasolog said...

'itulah bah.... klu semua org berkerjasama, bertolak-ansur dan bertimbang-rasa.. perkara ini mungkin dapat dielak.. Cuba klu dulu tuan tanah yg terlibat merelakan tanah mereka di'langgar' agar jalan boleh diluruskan.. mgnkn kemalangan di kawasan tersbut dpt dielakkan.. atau klu dulu JKR bertegas dan menggunakan akta yg sesuai agar pengambilan tanah dapat dijalankan maka perkara ini mgkn dpt dielakkan..
bagi sya tuan tanah sedikit sebanyak harus ada rasa tanggungjawab juga...

Namun menyesal tiada erti lg.. apa yg harus dilakukan adalah penyelasaian... Dan sya rasa cadangan2 yg diberikan sudah cukup bagus dan saya rasa JKR pun tahu apa yg harus dilakukan.. Jadi lakukan la sesuatu sebelum lebih banyak nyawa melayang....