SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, October 8, 2009

Jangan Dicalar Permata Itu

Sejak menerima perlantikan tempoh hari, kesibukan itu kadang-kadang memanjang dan memendek. Meskipun demikian, sempat juga membuka blog khususnya SAM walaupun tanpa meninggalkan artikel dan komen baru. Apa yang saya dapati, di samping beberapa kemajuan KM dilaporkan, serangan peribadi terhadap kolumnis SAM juga berjaya mencuri perhatian kebanyakan pembaca. Ya... walaupun angkara ini dicetuskan oleh seorang atau beberapa orang sahaja. Memang dari satu segi berbalas hujah ini amat dituntut di dalam melahirkan sebuah masyarakat yang matang. Akan tetapi, sekiranya hujah itu tanpa asas yang betul dan dibaluti dengan emosi melampau, itu cuma mengundang bencana dan kerugian. Serangan peribadi tidak akan ada penghujungnya. Setiap kita punya cacat celanya yang tersendiri. Jika serangan peribadi ini berterusan, samalah seperti kita berusaha mencalarkan permata yang sedang berkilau. Yang rugi, Kota Marudu, Sabah dan Malaysia! Teruskanlah berhujah, tapi berhujahlah atas isu yang sedang dibincangkan. Hal-hal yang berkaitan dengan peribadi, tanganilah secara peribadi. Bersemuka dengan mana-mana kolumnis SAM yang berkaitan. Perbuatan mencalar permata ini boleh menyebabkan permata-permata yang baru mula berkilau akan kembali malap. Tapi sekiranya itu permata yang tulen, calarlah bagaimana sekalipun, ia tetap akan berkilau. Ingatlah, pembangunan di KM adalah tanggungjawab kita bersama. Marilah kita bersatu menarik rambut kemiskinan dari tepung Marudu... Nota: Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak...

20 comments:

ison said...

Kalau sayalah, orang nak hentam macam mana pun tak kisahlah sebab semua pun ada kebebasan untuk cakap apa saja. satu saja cara untuk mengelak kalau mau, buang saja ruangan komen atau benarkan komen dari ahli2 berdaftar saja supaya pengulas sekurang2nya ada pengenalan diri, tapi semua tu pun perlu ditentukan semasa perbincangan nanti.

Cuma kepada semua pengulas, masing2lah bertanggungjawab atas perkataan sendiri. samada orang kenal anda atau tidak, Tuhan tetap tahu siapa yang menulis dan apa tujuan tulisannya.

Saya tidak boleh jamin semua ahli SAM kerana masing2 mempunyai paras kesabaran tersendiri. Saya boleh katakan bersabar dan tidak perlu layan sangat, tapi kalau mau balas juga balik ulasan tu terpulang kepada individu, terutama kepada individu yang terkena.

Bagi saya, perjuangan saya dalam SAM tidak ada kena-mengena dengan kepentingan mana2 pihak. Kalau kena puji kena pujilah. Kalau kena kutuk kena kutuklah. Terserahlah menurut budi bicara masing2.

Apa yang paling penting, saya terus bersuara apa saja yang saya fikir wajar untuk disuarakan. Saya anak marudu, maka wajarlah jika blog ini terus dinamakan Suara Anak Marudu.

Terima kasih Umar. Teruskan perjuangan.

SANGURU said...

bagi saya, biarkan sahaja orang memuji, mengkritik atau mengutuk. Jika peribadi saya dikritik dengan pembohongan, saya akan menjawab dengan fakta yang tepat, bernas dan (keras + lembut + lawak).
Jika SAM dikritik dan ahli SAM dikritik tanpa asas dan bertujuan sengaja memburukkan imej SAM/mana-mana ahli SAM maka saya akan kehadapan membela dan mempertahan. Saya dilatih begitu sebagai ketua/pemimpin.
Cuma...ada sesetengah kes yang saya tidaklah secara total akan mempertahan, bila saya berbuat demikian, adalah sebabnya tu...

Kepada semua pembaca SAM, terika kasih kerana terus bersama SAM. Kepada penulis SAM, teruskan menulis dengan cara dan prinsip kita. "KEBENARAN DIUTAMAKAN, KEBIJAKSANAAN JADI TUNJANGAN"

Sulaiman Hanim said...

Koreksi dan teguran itu bukan semestinya membinasakan,merosakkan dan menjahanamkan seseorang. Yg membinasakan dan menjahanamkan seseorang itu adalah perbuatan dan sifat semula jadi seseorang itu sendiri...Sifat2 yg menjurus kearah kemungkaran,Penghianatan,
dan tingkah laku yg sudah d atur oleh kelahirannya sendiri...Penyakit ini bisa d robah dengan mendakatkan diri kepada Allah yang Maha esa dengan cara pentaubatan yg benar2 d sertai dari dalam hati yg Insaf.....

Little Mike (LM) said...

setakat kata-kata pedas, keras, melulu, caci merca dan sewaktunya hanyalah peristiwa bahasa dan suasana minda... tapi dalam aplikasi karekter, biar la kita berbaik-baik di dalam semua cara...

senario kata-kata ini sekadar fenomena. boleh disempadankan di dalam perlakuan peribadi

MindaGuru said...

Saya berpeluang melawat kilang mencanai dan menulenkan batu permata..ia hanya bersinar apabila mengalami "siksaan" yang amat keras semasa proses rekabentuk. sebelum itu ia sama seperti batu lain yang hampir2 tidak berguna.Jadi saya setuju dengan doc,Sh dan LM.

Namun dari satu segi kita manusia ada hati dan rasa, bukan seperti batu...jadi kawan2 pengulas jagalah hati dan rasa itu..Apapun tahniah sdr. Umar.

SANGURU said...

Penjelasan:
Ada seorang dua dikalangan anonymous ni sebenarnya, mereka anak watan KM sendiri, bahkan rakan sendiri bahkan kaum keluarga sendiri yang sengaja menyerang peribadi penulis SAM, bukan semata2 kerana SAM...kerana itu ada ulasan mereka tidak fokus bahkan bias dan ketara menjurus kepada seseorang khususnya saya. Bukan semata2 kerana saya tekong SAM.
Harap pembaca dari luar KM tidak terkejut atau hairan dengan fenomena ini.. Amat memalukan perkara ini berlaku kalangan sebangsa dan sedaerah. Patutlah daerah miskin ini....

SANGURU said...

Beberapa rakan bertanya mengapa saya dikritik hebat . biarlah saya nyatakan 3 jenis pengkritik yg sering menghentam perkibadi saya:
1. Mereka yang rasa tidak selamat dalam poliitik kerana mereka sedar pengaruh saya di Tandek di kalangan rakyat biasa jauh lebih besar dari mereka. Jesteru, mereka takut saya ikut melobi/bersaing jadi YB/MP seperti tahun 2004, 2008. Kpd pembaca baru, sila baca dlm blog peribadi saya utk mengetahui kenapa saya melobi. Yg pasti bkn kemaruk...
Khusus utk golongan ini: usah tuan2 risau, saya tidak akan melobi lagi...silakan. sy berjanji, namun sy akan terus bersama rakyat. Seharusnya tn2 berterima kasih kerana sayalh yang telah mengelorakan kesedaran rakyat dan bangsa saya sejak 2004 lagi, dan impak positinya tuan2 yg telah terima...
2. Mereka yang kesal kerana saya tidak dapat menyertai beberapa jenis persatuan berkaitan bangsa Kimaragang, bangsa saya sendiri. Ada yg kata saya berbuat demikian kerana tidak jadi ketua. No. Sy sbnrnya x minat pstn bersifat kesukuan , saya sahabat rakyat tak kira kaum. Cukuplah apa yg sy sudah hulurkan bantuan kpd pstn2 ini.
3. Mereka yg x senang hati dengan paparan SAM yg mutakhir, telus, berani. Maaf, kami akan memaparkan kebobrokan utk membaiki keadaan dan kerajaan dan utk kebaikan semua. Dan sbg tekong, sy sentiasa d hadapan. Bkn utk menerima habuan tetapi mempertahan...

Nah, inilah sebabnya kata2 jawapan saya amat keras. Ini khas utk golongan tertentu dan bkn kpd semua pembaca SAM.

Alahaiiii...marudu oo maruduuu...
Osusa yomogunnn...

Anonymous said...

Kepada penulis Sdra Umar al-longobi syabas dan tahniah kerana posting yg bagus kalo bole tambahkan lagi aura penulisan anda he he he he...Kepada Saudara Ison,Tekong,SH,MG,LM syabas saya ucapkan...Taguran dan sindiran itu perkara biasalah...yg penting kita senantiasa melihat kedapan,
bertindak dan berfikiran kearah yg positif sentiasa....Jangan khuatir kami pengomen dari luar KM akan sentiasa memberikan sokongan kepada Anda dan KM...!!!

Sam. Malaysia7 said...

Serangan peribadi dalam penulisan d blog SAM hanya mungkin kerana gerigitan bah....Tetapi ia bukanya satu yg d katakan membenci mahupun membinasakan keriar seseorang itu...Kerana kita tahu banyak manusia banyak lah regamnya...Kalaulah seperti saya ahli2 SAM tidak ada seorangpun yg saya kenali langsung secara peribadi....Kerana saya bukan warga KM tetapi saya Warga negeri Sabah dan Negara Malaysia....D samping itu juga semenjak 2 bulan yg lalu say berminat ikut serta membuat komen yg positif kepada Blog ini...Salam perkenalan buat saudara2 d SAM KM....

Anonymous said...

Lain macam saja penjelasan sanguru ni. Nampak angin semacam je. Ataupun ada komen yang menyentuh hati. Patutlah sanguru suka menulis tentang angin..hmm...hmm

Sanguru nak jelaskan apa sebenarnya? Cuma menambahkan kekeliruan pembaca SAM je walaupun saya cuba memahami sebaiknya.

Baiklah jika sanguru fikir ada sesuatu yang dibanggakan dalam diri(hebat dan berani), ayuh sekarang, bagilah gerak NGO sabah membantu menyelesaikan isu PTI/IC Palsu di sabah. Bergerak bersama2 SABAHKINI. Ini tak habis2 bercakap pasal terkenal ditandek lah. Jangan ikut resmi ayam. Baru bertelur sebiji, riuh satu kampung.

Sanguru kata tak berminat dengan persatuan bersifat kesukuan (Kimaragang). Jadi, ayuh berjuang untuk rakyat sabah dan semua. Confirm jadi YB punya. Tak perlu melobi (sebab 1).

Langsung tak kedengaranlah suara sanguru pasal isu ini.

Umar al-Longobi said...

syabas kpd semua pengulas. sy percaya, ulasan2 yg dilontarkan adalah demi melihat KM melonjak setingkat lagi pada masa akan datang.

aura? hehehe... sy penulis kaki lima saja anon. ambillah yg baik. buruk buang di teluk marudu. btw, penambahbaikan akan sentiasa dilakukan.

terima kasih semua.

SANGURU said...

Setiap kali dekat2 pilihanraya, ramai yang takut PTI. Ada debuah parti di Malaysia, masa pembangkang, la paling lantang cakap pasal PTI. Bila dah masuk BN, macam hilang sound...
Apa motif suara lantang itu? Adakah kerana benar2 patriotisme? Kenapa ada pasang surut?
Kini ada pihak lain bersuara lantang lagi. Dan akan ada lagi...
Persoalan dlm benak dan hati saya: adakah kerana patriotisme sejati? Saya x mahu ikut2an bersuara lantang jika didorong oleh faktor lain selain patriotisme, hak dan kebenaran.
Gabungan NGO Sabah lebih memfokus kpd bagaimana saling membantu sesama NGO dalam kerja2 kebajikan untuk rakyat. Kami belum berminat tentang PTI, IC dll itu. Biarlah pihak yg lebih afdal melakukannya...

maikong said...

wah ini adalah entri utk p/mortem beberapa entri yg amat laku(hangat dipasaran)..entri macam ini saya amat sokong..bagi saya pembaca/komen setia(warga tandek bukan menetap di KM) akan memberi komen sebaik mungkin utk kita sama2 fikirkan..walaupun komen yg tidak seberapa..so tambahan saya kepada semua..komenlah berdasarkan fakta entri itu sendiri, demi utk semua pembaca/pengkomen/SAM..dll..
I LOVE SAM...GO,GO....

maikong said...

cadangan saya kepada pembaca/pengkomen setia blog ini..setiap komen kita sertailah dgn satu cadangan/pujian/teguran yg boleh membawa arah kebaikan kita...

Anonymous said...

Salam buat semua. saya sendiri tak faham dengan apa yang sanguru maksudkanpada 8 oct 8:18. sebenarnya ramai anony ni yang memberikan curahan idea dan kritikan yang membina. Sekiranya sanguru hendak menghentam anony yang menghentam sanguru ,terus spesifik kepada anony tersebut seperti mencatatkan tarikh dan masa anony tersebut entri barulah anony lain tak terkilan. Ini macam lain makan nangka, lain terkena getahnya. Anonymous juga adalah nama di dalam ruangan maya ini , cuma maksudnya saja tanpa nama dan ramai antara para anony ini adalah merupakan golongan atas pagar yang akan menyokong jika patut dan akan mengkritik jika diperlukan. Serangan peribadi hanya dilakukan oleh beberapa anony yang mungkin ada masalah dengan sanguru dan yang lain-lain. Saya sendiri tidak kenal sanguru mahupun staf SAM yang lain dan kalian juga tidak mengenali saya, cuma anony digunakan agar ruangan maya ini lebih rancak dan berwarna warni dengan pelbagai nukilan hasil karya minda masing-masing.Saya memberikan komentar berdasarkan apa yang dilangsungkan diruangan maya ini.Oleh yang demikian marilah kita semua para anony dan semua staff SAM agar sama-sama membutirkan bait-bait kata yang bernas , berfakta dan telus serta jujur.Sekiranya ada tersilap dan salah harap dimaafkan. Nobody perfects.

Umar al-Longobi said...

setuju dgn saranan maikong:

"cadangan saya kepada pembaca/pengkomen setia blog ini..setiap komen kita sertailah dgn satu cadangan/pujian/teguran yg boleh membawa arah kebaikan kita..."

tambahan:

1. pujian itu terserah. bagi ok, tidak pun ok.
2. teguran dialu2kan tapi jgn bersifat serangan peribadi. bahaskan isu.
3. cadangan-ini sy setuju 100%. pengkritik yg baik adl yg mampu memberikan alternatif! bukan menyerang secara semborono shj.

Anonymous said...

Sanguru 1:18am....Nampak dengan jelas yg jiwa dan fikiran anda MEMBENCI PBS...Apa yg anda maksudkan itu adalah PBS kan...?Kenapa sampai begitu membencinya anda kepada PBS dan Pemimpin PBS d KM/Tandek? Apakah yg Dtk Dr.Max dan YB.Anita ambil dari anda? Dulunya anda mau bertanding ADUN/MP kah? Belajarlah merendah diri jika mau menjadi pemimpin !!!

Anonymous said...

Wahai Sanguru yg berpengaruh....

1. Mereka yang rasa tidak selamat dalam poliitik kerana mereka sedar pengaruh saya di Tandek di kalangan rakyat biasa jauh lebih besar dari mereka. Jesteru, mereka takut saya ikut melobi/bersaing jadi YB/MP seperti tahun 2004, 2008.(Kata2 Sanguru)

****Sanguru Benar2kah anda seorg yg berpengaruh d KM/Tandek? Jika Dakwaan anda seperti d atas tu adalah TEPAT dan BERASAS silakanlah turun beradu d Gelanggang KM ataupun Tandek pada PRU Ke-13 nanti...Jika anda benar2 berani turun menjadi Calon darimana jua Parti pun saya RELA turun membantu anda BERKEMPEN d KM ataupun d Tandek.....Silakan !!!

Anonymous said...

Tn sanguru yang berpengaruh kata anony 9.47pm..

Bolehkah tn memberitahu kami beberpa perkara tentang NGO?
a.Apa aktiviti2 kebajikan NGO Sabah yang dirancang di akhir2 tahun 2009?
b. Bila mesyuarat agung NGO Sabah akan diadakan?
c.Berapa banyak persatuan NGO yang hadir semasa tn dilantik sebagai pengerusi NGO Sabah dan siapa2 kaitu?
Saya cuma mau tau hal-hal ini, manatau ada aktiviti yang boleh dijoin2...

SANGURU said...

sy kenal anon2 yg berkenaan serta rakan2 tuan2...antara kita ada yg berkeluarga jadi x perlulah saya menjawab soalan2 yg klu dijawabpun tidak membawa makna yg besar, dan tidak membawa banyak impak yg besar kepada rakyat...
Teruskanlah apa yg tuan2 perjuangkan, tidaklah saya menghalang dan melemahkan perjuangan sesiapapun bahkan memang saya suka melihat lebih banyak persatuan namun tidaklah mampu saya menganggotai kesemuanya...
Apapun, tq sb rajin ziarah dan rajin juga meninggalkan kata2...