SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, October 29, 2009

JASAMU DIHARGAI

KOTA MARUDU, SABAH: Sumbangan demi sumbangan diberikan oleh Encik Jaimbol Dangus, CEO Urban Storm Sdn. Bhd yang berpengkalan di ibu negeri, Kota Kinabalu. Terbaru anak watan Kota Marudu ini telah menyumbang sebanyak RM1000 kepada SK Taritipan untuk kegunaan program lawatan pelajar sekolah berkenaan ke Muzium Negeri dan Zoo. Beliau juga menyumbangkan sebanyak RM500 kepada Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) SK Tandek untuk kegunaan majlis Hari Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang sekolah tersebut yang dijangka akan dilaksanakan pada 18 November ini. SAM berbangga dengan semangat usahawan muda ini membantu pihak yang memerlukan.

10 comments:

maikong said...

bagus....sokong sangat / terima kasih sumbangan tn Jaimbol..

IsOn said...

Terima kasih tuan. :D

MindaGuru said...

Bagus..patut dicontohi oleh usahawan lain...

kyro said...

Syukur alhamdulillah...ada sudah jutawan Tandek yang begitu prihatin.Saya bangga punya rakan sekampung seperti tuan.

akibaragon said...

Nahh...miagal no boh Jaimbol.Sama2 kita rasa pemberian tuhan.

Momogot dati ong taun dapan,manganjur ko dot Pesta Tandek boh...supaya ogumu tulun mongoi sid daton.Terus man nu diri promosi ih homestay nu om ih tinggalan arang batu ri.Apa macam bos...?Awasi ti idea ku boh.hehe

SANGURU said...

semoga terus melimpah ruah rezeki. Ibarat bersedekah umpama sebutir benih jagung yang akan menghasilkan bertongkol2 jagung...
Kita fahamlah maksud dan tamsilannya kannn...
Teruskan tuan. Kita semua ada peranan dalam membawa kebaikan kpd ummah...

Anonymous said...

Biasanya kalau bersedekah dan memberikan bantuan itu dengan Hati yg Tulus dan telus...Akan banyak lagi REZEKI yg datang....Tetapi kalau BERSEDEKAH,MEMBANTU dengan ada NIAT yg TERSELINDUNG...Itupun bagus juga tetapi biasanya mau d ambil kira pada PRU saja tu mungkin? he he heh eh he

Umar al-Longobi said...

terima kasih.

Anonymous said...

Tn.Jaimbol MD Urban storm.Sdn.Bhd, Tuan mau tanding kah d N.5 Tandek atau MP P.168 KM? Atas tiket apa? PKR kah? nesihat saya pada Tn jinakan dan perhambakan diri dulu dengan rakyat d sini dalam masa paling kurang 3 tahun dari sekarang...Sediakan peruntukan 3 Tahun itu sebanyak Rm:1.5 juta lah, Setiap tahun Rm:500,000.00 cukup laah tu...Bolehlah tuan melawat dan terus melawat d kawasan tu.....

SANGURU said...

Tuan CEO, teruskan kebaikan tuan. Jangan patah hati dek kritikan/provokasi rakan2 sendiri. Kami doakan rezeki tuan berterusan dan terus beriltizam membantu orang.